​Panji Hitam

NOTA: Sebahagian orang berkata: “Panji hitam harus muncul dari Khurasan seperti yang dinyatakan di dalam hadis namun kalian semua bukan dari Khurasan!”. Namun: Di dalam muka surat 86 dari kitab “Hiwar Qassasi Mubasat” oleh Ansari Sheikh Abd Al’Ali Al-Mansouri, beliau menyatakan: “Maksud Khurasan adalah tanda yang menunjukkan ke arah timur secara umum dan bukannya menunjuk kepada kawasan yang tertentu di Iran”.
Bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wajib menyokong panji hitam adalah:
Thawban berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Panji hitam akan muncul dari timur, hati mereka seperti kepingan besi, maka sesiapa yang mendengar tentang mereka hendaklah pergi kepada mereka dan patuh kepada mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. 
(Bihar Al-Anwar, Bab 51, muka surat 84; Ghayat Al-Maram, Jilid 7, muka surat 104)
Di dalam kitab “Al-Yamani Al-Maw’oud Hujjat Allah” oleh Ansari Sheikh Haidar Al-Ziyadi, beliau mengulas tentang hadis di atas:
“Dan inilah perkataan Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mendengar tentang mereka hendaklah pergi kepada mereka dan memberi kesetiaan kepada mereka”, bermaksud Rasulullah SAW menuntut kepatuhan kepada mereka; dan ianya wajib ke atas sesiapa yang mendengarnya; dan Para Maksumin tidak akan menuntut kesetiaan untuk selain dari maksum yang dilantik oleh Allah SWT. Maka Rasulullah tidak melantik Yamani dan menuntut kepatuhan terhadapnya dari dirinya sendiri {ini adalah andaian mereka yang tidak beriman, maka malanglah kepada mereka yang tidak beriman, dari api neraka} {dan beliau tidak berkata-kata di atas kemahuannya sendiri}. Malahan, tiada Nabi atau Imam atau wakil dari yang pertama atau yang terakhir pernah menuntut kepatuhan kepada mereka yang bukan maksum, malahan slogan mereka sentiasa: “Ketaatan hanyalah pada Allah dan Penghukuman hanyalah dari Allah; dan Pelantikan hanyalah dari Allah”. Bagi perlantikan seseorang manusia yang selain dari Allah, maka ini adalah kehendak syaitan. Baginda SAW juga menekankan tentang kepatuhan ini dan tidak ada alasan kepada siapapun dari kepatuhan ini walaupun mereka ini muda atau tua atau lelaki mahupun wanita!. Kerana Baginda SAW bersabda hendaklah memberi taat setia walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana Baginda SAW mengetahui terdapat golongan yang ingkar dan menggunakan alasan yang bodoh, maka Baginda SAW membuatkan mereka tanpa alasan langsung!. Dan saya berharap saudara sekalian yang membaca untuk bertanya diri sendiri jika anda dari golongan yang ingkar atau tidak!. Tiada alasan… walaupun terpaksa merangkak di atas salji!. Tuntutlah pembelaan untuk Allah, jangan menuntut untuk diri anda kerana anda akan berada bersama syaitan di neraka!!”.
Maka kami berkata kepada Ansari Sheikh Haidar Al-Ziyadi dan ansar yang lain: “Kami berharap kalian juga bertanya diri kalian apakah kalian dari golongan yang ingkar atau tidak?!!. Ianya tiada alasan!. Walaupun terpaksa merangkak di atas salji!. Tuntutlah pembelaan untuk Allah wahai Sheikh dan para Ansar sekalian!. Jangan tuntut untuk diri anda atau Ofis Najaf anda akan bersama dengan syaitan di neraka!”.
Teks arab untuk perkataan beliau adalah seperti di bawah:
عن ثوبان قال : قال رسول الله (ص) : ( تجئ الرايات السود من قبل المشرق ، كأن قلوبهم من حديد ، فمن سمع بهم فليأتهم فليبايعهم ولو حبوا على الثلج ) 
وهنا قول رسول الله (ص) (فمن سمع بهم فليأتهم فليبايعهم) أي انه (ص) يطلب لهم البيعة وطلبه واجب على كل من سمع به والمعصوم لا يطلب البيعة إلا لمعصوم منصب من الله فرسول الله لم ينصب اليماني ويطلب له البيعة من تلقاء نفسه (ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ) ، (وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى) (النجم:3) ولم يطلب أي نبي أو إمام أو وصي من الأولين والآخرين البيعة لشخص غير معصوم إطلاقاً بل كان شعارهم البيعة لله والحكم لله والتنصيب لله أما تنصيب الناس واختيارهم فذلك من مطالب الشيطان ، كما أكد (ع) بشدة على هذه البيعة ولا عذر لأي شخص منها كبيراً كان أو صغير ذكراً كان أو أنثى فقال (ع) فبايعوه ولو حبواً على الثلج لعلمه بالمتخاذلين المحتجين بحجج واهية فلم يجعل لهم عذر إطلاقاً ، وأرجو من الأخ القارئ أن يسال نفسه هل هو من المتخاذلين أم لا ، فلا عذر … ولو حبواً على الثلج واثأر لله ولا تثأر لنفسك فتكون والشيطان سواء في الجحيم .
Rasulullah SAW bersabda: (…Sebelum panji hitam dinaikkan dari timur. Mereka akan bertanya tentang kebenaran namun mereka tidak akan mendapatinya, kemudian mereka akan bertanya tentang kebenaran namun mereka tidak akan mendapatinya, kemudian mereka akan bertanya tentang kebenaran namun mereka tidak akan mendapatinya. Maka mereka akan berlawan dan mereka diberikan kemenangan. Maka barangsiapa yang mengenalinya dari kalian, atau dari keturunan kalian, maka hendaklah dia menuju kepada Imam dari Ahlulbaitku, meskipun terpaksa merangkak di atas salji, kerana merekalah panji petunjuk, mereka akan menunjuk kepada seorang lelaki dari Ahlulbaitku, namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku, maka dia akan memerintah dunia ini; dan memenuhinya dengan keadilan; dan keamanan sepertimana ianya dipenuhi dengan penindasan; dan kezaliman).
 (Mo’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, Jilid 1, muka surat 382)
ورد عن رسول الله : (… حتى ترتفع رايات سود من المشرق فيسألون الحق فلا يعطونه ، ثم يسألونه فلا يعطونه، ثم يسألونه فلا يعطونه ، فيقاتلون فينصرون . فمن أدركه منكم ، أو من أعقابكم فليأت إمام أهل بيتي، ولو حبواً على الثلج ، فإنها رايات هدى، يدفعونها الى رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي ، واسم أبيه اسم أبي ، فيملك الأرض فيملؤها قسطاً وعدلاً كما ملئت جوراً وظلما)([4]).
Dari Thawban (dia meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah berkata: 
*”Sebelum perbendaharaan kamu, tiga akan berbunuhan antara satu sama lain, kesemua mereka adalah anak khalifah yang berbeza, bagaimanapun tiada dari mereka yang akan berhasil. Selepas itu, panji hitam akan keluar dari timur dan bertempur di dalam satu perang besar ke atas mereka. Kemudian dia Nabi SAW telah menyebutkan seorang pemuda, lalu berkata, sekiranya kamu melihatnya hendaklah kamu berbaiah kepadanya kerana dia adalah KHALIFAH AL-MAHDI“*.
(Bisharat Al Islam, muka surat 30)
قال رسول الله (ص) ( يقتل عند كنزكم ثلاثة كلهم
ابن خليفة ثم لا تصير إلى واحد منهم ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق فيقاتلوهم قتالا لا يقاتله قوم ثم ذكر شابا فقال إذا رأيتموه فبايعوه فانه خليفة المهدي ) بشارة الإسلام ص30
Imam Ali (a.s) di atas mimbar Kufah, berkata: 
*”Di sana pasti terdapat penggiling yang akan menghancurkan dan apabila gandarnya mula bergerak, Allah akan mengutuskan hamba gasar, yang tidak diketahui asal-usulnya, kejayaan akan bersamanya, para sahabatnya akan mempunyai rambut yang panjang(simbolik untuk idea), Ashabul Sibal, pakaian mereka hitam, Ashab Panji Hitam. Celakalah sesiapa yang menentang mereka, mereka akan dibunuh, demi Allah seolah-olah aku sedang melihat mereka dan amalan mereka; dan apa yang akan dilihat oleh pelaku kejahatan; dan bangsa Arab yang tidak berakhlak. Allah akan membuatkan mereka bangkit ke atas mereka tanpa sebarang belas kasihan, mereka akan membunuh mereka di bandar mereka sendiri, di persisiran Furat kawasan laut dan kawasan gurun”*.
(Ghaybat Al-Nu’mani, muka surat 265] 
وعن أمير المؤمنين (ع) إنه قال من على منبر الكوفة : ( لابد من وجود رحى تطحن فإذا قامت على قطبها وثبتت على ساقها بعث الله عليها عبداً عنيفاً خاملاً أصله يكون النصر معه أصحابه الطويلة شعورهم أصحاب السبال سود ثيابهم أصحاب رايات سود ويل لمن ناواهم يقتلونهم هرجاً والله لكأني أنظر إليهم وإلى أفعالهم ومايلقى الفجّار منهم والأعراب الجفاة يسلطهم الله عليهم بلا رحمة فيقتلونهم هرجاً على مدينتهم بشاطئ الفرات البرية والبحرية جزاء بما عملوا وما ربك بظلام للعبيد ) غيبة النعماني ص265
Imam Al-Baqir (a.s) berkata: *”(Seakan-akan [aku melihat] segolongan manusia yang datang dari Timur, mereka menuntut hak/kebenaran namun tidak diberikan, kemudian mereka menuntut hak/kebenaran namun tidak diberikan, lalu apabila mereka mendapati demikian maka mereka akan menyandang pedang dibahu mereka lalu mereka diberikan apa yang mereka tuntut, namun mereka menolaknya sehingga mereka bangkit dan mereka tidak mendesaknya kecuali ke atas ashab kalian, yang terbunuh di antara kalian adalah syahid)*.
(Ghaybat Al-Nu’mani muka surat 281)
فعن الإمام الباقر (ع): ( كأني بقوم قد خرجوا بالمشرق يطلبون الحق فلا يعطونه ، ثم يطلبونه فلا يعطونه ، فإذا رأوا ذلك وضعوا سيوفهم على عواتقهم فيعطون ما سألوه فلا يقبلونه حتى يقوموا ، ولا يدفعونها إلا الى صاحبكم ، قتلاهم شهداء ، أما إني لو أدركت صاحب ذلك لاستبقيت نفسي لصاحب هذا الأمر )(5]).
Rasulullah SAW bersabda: 
*”Jika kamu melihat Panji Hitam keluar dari Khurasan, maka pergilah kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana ia adalah Khalifah Allah, Al-Mahdi* (dan di dalam riwayat yang lain- *”Khalifah Al-Mahdi”*)”*.
(Sayyed Ibn Tawous Al-Hasani, muka surat 52)
Di dalam kitab “Jame’i Al-Adella” oleh Sheikh Ansari Abdel Rizzaq Al-Dirawi, dia berkata tentang Panji Hitam: 
“…Barangsiapa yang mendahului panji ini akan musnah dan barangsiapa yang tertinggal akan binasa!.
Kerana Ubayed ibn Karb berkata: Aku mendengar Amirul Mukminin (a.s) berkata: 
*”Sesungguhnya kami, Ahlul Bait” mempunyai panji, barangsiapa mendahuluinya akan hilang dan barangsiapa meninggalkannya akan binasa; dan barangsiapa mengikutinya sesungguhnya ia mengikuti [kami]” [sehinggalah beliau (a.s) berkata] maka Ashab Panji Hitam adalah hujah dari hujah-hujah Allah SWT, kerana panji yang mana Ali kibarkan di dalam Peperangan Jamal telah sampai kepadanya”*.
***Abu Basir meriwayatkan: Imam Jaafar bin Muhammad (a.s) berkata: 
*”Kebangkitan Qaim tidak akan tiba, melainkan setelah lengkap satu putaran. Lalu aku bertanya: Berapa lama putaran itu?. Seraya Imam (a.s) berkata: 10,000. Jibrail di sebelah kanan dan dan Mikail di sebelah kiri; dan kemudian dia akan mengibarkan bendera; dan berjalan dengannya. Tiada manusia di timur dan barat dunia ini melainkan melaknatnya; dan ianya adalah panji Rasulullah SAW, yang Jibrail telah membawanya semasa peperangan Badar”*. *Kemudian beliau (a.s) berkata, “Wahai Abu Muhammad, Demi Allah ia bukan dari kapas, bukan sutera dan bukan serat”*. *Lalu aku bertanya: “Dan dari apakah ia?”. Lalu Beliau (a.s) menjawab: “Dari dedaun dari syurga, dikibarkan oleh Rasulullah SAW di hari Badar, kemudian baginda membalutnya dan memberikannya kepada Imam Ali (a.s); dan ia akan kekal bersama kami di situ, Ali (a.s) sehinggalah Hari Basrah tiba, lalu Amirul-Mukminin (a.s) mambalutnya lalu Allah membuka kepadanya. Kemudian beliau membalutnya dan ia bersama kami di sana*. *Tiada sesiapa pun mengibarkannya sehinggalah Al-Qaim bangkit, apabila ia bangkit ia akan mengibarkannya dan tiada seorang pun di Timur atau di Barat kecuali mereka melaknatnya. Ketakutan akan berada di depannya selama sebulan dan di belakangnya selama sebulan; dan di sebelah kanannya selama sebulan; dan di sebelah kirinya selama sebulan”*.
*Kemudian beliau (a.s) berkata: “Wahai Abu Muhammad, dia akan keluar sebagai Mawtoor *(Mawtoor adalah seseorang yang ahli keluarganya dibunuh dan ia tiada di situ untuk menuntut bela darahnya, jadi dia adalah Mawtoor dari ayahnya Al-Hussein (a.s), seperti yang di jelaskan oleh Sheikh Ansari Abd Al’Ali Al-Mansouri di dalam kitabnya “Hiwar Qassasi Mubasat” muka surat 82)* marah dan bersedih kerana Allah murka ke atas makhluknya. Jubah Rasulullah SAW akan berada pada tubuhnya, jubah yang dipakai pada Perang Uhud; dan serbannya adalah awan; dan perisainya adalah perisai Rasulullah SAW […]; dan pedangnya (pedang Rasulullah SAW-Zulfiqar) dia akan menyandang pedang dibahunya selama 8 bulan, dia akan membunuh […], dia akan memulakan dengan Bani Sheeba, lalu dia akan memotong tangan-tangan mereka; dan mengantungnya di Kaabah; dan berkata: “Ini adalah pencuri-pencuri (hak) Allah, kemudian dia akan mengambil (menuju) Quraish, lalu dia tidak mengambilnya kecuali dengan pedang dan tidak memberinya kecuali dengan pedang”*.
(Ghaibah Al-Nu’mani, muka surat 19; Bihar Al-Anwar, Jilid 52, muka surat 360)
Jabir berkata yang Abu Jaafar (a.s) telah berkata: “Panji hitam yang datang daripada khurasan akan muncul di Kufah dan jika Imam Mahdi muncul di Mekah, baiah akan diberikan kepada Imam Mahdi”.
(Kitab Al-Fitan oleh Na’eem ibn Hammad Al-Mirouzi, muka surat 198)
عن جابر عن أبي جعفر (ع) قال: ( تنزل الرايات السود التي تقبل من خراسان الكوفة فإذا ظهر المهدي بمكة بعث بالبيعة إلى المهدي) كتاب الفتن- نعيم بن حماد المروزي ص 198.
Di dalam kitab “Al-Wasiyah” oleh Sheikh Ansari Nathim Al-Uqaili muka surat 164: 
“Jadi yang menguruskan penentangan melawan Sufyani di Iraq dan mengalahkannya, beliau adalah pemegang panji hitam Iraq yang muncul dari timur Khurasani dan kejadian ini berlaku sebelum kemunculan Imam Mahdi di Mekah; dan jika Imam Mahdi bangkit, taat setia akan diberikan kepada beliau sebagaimana seperti riwayat berikut yang menjelaskan: Abu Jaafar (a.s) berkata: Panji hitam yang datang daripada Khurasan akan muncul di Kufah dan jika Imam Mahdi bangkit di Mekah, taat setia akan diberikan kepada Imam Mahdi” dan Rasulullah SAW telah berkata: “Akan muncul Panji Hitam daripada Khurasan, tiada apa yang akan kembali kepada mereka sehinggalah ditubuhkan di Eliyaa”.(yang bermaksud Baitul Maqdis)
Jadi riwayat ini bermaksud, Panji Hitamlah yang akan melawan Sufyani di Iraq dan akan mengalahkan Sufyani sehinggalah mereka akan sampai di Baitul Maqdis.
Nathim Al-Uqaili di dalam kitabnya di muka surat 128, dia berkata: “Abi Tufayl berkata yang Imam Ali (a.s) telah memberitahunya.. “Wahai Amer, jika kamu mendengar akan Panji Hitam yang datang daripada Khurasan dan kamu sedang terkurung di dalam kotak, maka pecahkan kunci dan kotak tersebut sehingga kamu terkorban di bawah mereka -bermaksud di bawah Panji hitam tersebut- dan jika kamu tidak mampu (untuk memecahkan kotak tersebut) maka bergulinglah sehingga kamu terkorban di bawah mereka”. Banyak riwayat yang menggambarkan mengenai panji hitam yang datang daripada timur yang dipimpin oleh khalifah Imam dan pemimpin barisan hadapan tentera Imam Mahdi merupakan Shuaib ibn Saleh dan mereka akan menyerahkan panji tersebut kepada Imam Mahdi dan akan memberi baiah kepadanya.
Abu Abdullah (a.s) berkata: “Amat sedikit orang-orang Arab bersama Al-Qaim” dan dia berkata kepadanya ramai daripada mereka akan membicarakan mengenai perkara ini (Al-Qaim) jadi beliau (a.s) berkata: “Manusia akan diuji, diasingkan dan diklasifikasikan; dan ramai akan keluar ekoran perkara ini”.
(Ghaybat Al-Nu’mani, muka surat 204)
Kebangkitan akan muncul daripada Basrah:
العدد القوية – علي بن يوسف الحلي – ص 75 – 76 6 – قال سلمان الفارسي رضي الله عنه : أتيت أمير المؤمنين علي بن أبي ‹ صفحة 76 › طالب ( عليه السلام ) خاليا ( 1 ) . فقلت : يا أمير المؤمنين متى القائم من ولدك ؟ فتنفس الصعداء وقال : لا يظهر القائم حتى يكون أمور الصبيان ، وتضيع حقوق الرحمن ، ويتغنى بالقرآن ، فإذا قتلت ملوك بني العباس أولي العمى والالتباس ، أصحاب الرمي عن الأقواس بوجوه كالتراس ، وخربت البصرة هناك يقوم القائم من ولد الحسين ( عليه السلام ) ( 2 ) .
Al-Udad Al-Qawya – Ali ibn Yusef Al Hulli muka surat 75-76, Salman Al-Farisi (r.a) berkata: “Aku telah pergi kepada Ali ibn Abu Talib (a.s) ketika kami sedang berehat. Lalu aku bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, bilakah Al-Qaim daripada anakmu akan muncul?. Dia sambil bernafas sedalamnya dan berkata: “Al-Qaim tidak akan muncul sehinggalah perkara mengenai manusia (pengikut Imam Mahdi ) akan berlaku dan hak Al-Rahman akan hilang dan Al-Quran digunakan untuk menyanyi; dan jika raja daripada Bani Al-Abbas terbunuh, yang utama akan berada di dalam keadaan buta dan kekeliruan, orang ramai akan menembak pada wajah ultra, kemusnahan di Basrah; dan daripada sana (Basrah), Al-Qaim daripada anak Al-Hussein akan bangkit.
Imam Ali (a.s) hanya menggambarkan Basrah yang di mana Al-Qaim akan muncul di dalam riwayat ini.
Imam Jaafar Ibn Muhammad (a.s): “Al-Qaim tidak akan bangkit sehinggalah pusingan itu lengkap”. Jadi, aku bertanya: “Bagaimanakah ia akan lengkap?”. Beliau menjawab: “10,000. Jibrail akan berada di kanannya dan Mikail akan berada di kirinya; dan dia akan megibarkan panji serta berjalan dengannya; dan tiada manusia daripada timur; dan barat kecuali yang dia sumpahi; dan panji itu adalah panji Rasulullah SAW. Jibrail telah datang semasa perang Badar para sahabat bertanya: “Apakah itu?”. Baginda menjawab: “Sehelai daun daripada syurga. Rasulullah SAW telah mengibarkannya pada hari peperangan Badar sesudah itu baginda membungkus dan memberikan kepada Ali (a.s); dan panji itu tetap bersama dengan Ali (a.s) sehinggalah hari Basrah terjadi. Imam Ali (a.s) mengibarkannya dan Allah SWT akan membuka pintu kejayaan kepada beliau; dan sesudah itu beliau membungkus panji tersebut; dan tetap berada di dalam jagaan kami di sana; dan tiada siapa akan mengibarkannya kembali kecuali dengan munculnya Al-Qaim. 
(Muka surat 361, Jilid 52, Bihar Al-Anwar; Ghaibat Al-Nu’mani, muka surat 307-308)
Bersama kami di sana?. Di mana?. Di bandar manakah yang telah dinyatakan oleh Imam?. “The day of Basra” (Hari Basrah). Beliau telah menggambarkan Basrah di dalam riwayat yang sebelumnya dan menjelaskan secara jelas yang Al-Qaim akan bangkit di Basrah. Imam Jaafar ibn Muhammad (a.s) telah berkata: “Kami mempunyai urusan yang agung di Basrah”.
(Muka surat 134, Malahem Wal Firan)(Kami=Ahlul Bait (a.s))
حدثنا محمد بن القاسم عن محمد بن عبد الله عن جعفر بن محمد ع أنه قال: إن لنا
بالبصرة وقعة عظيمة
Imam Ali (a.s) berkata:
*”Akan ada di sekeliling Basrah satu gerakan yang tidak akan aku sebutkan. Dan Arab akan memprotes ke atas Ajam dan mereka akan tinggal di Ihwaz tanpa menghiraukan orang lain. Dan betapa banyak perkara yang aku sembunyikan di mana akal tidak dapat memahami dan kesabaran tidak dapat membawanya serta urusan yang aku abaikan, kerana risau sesetengah akan berkata: “Di mana kamu mendengar perkara ini?”. Dan aku mendakwah dengan sasaran yang rendah seperti yang telah diarahkan ke atasku”*.
(Maza Qala Ali Fi Akhiruzaman, muka surat 504, Khutbah Al-Tatanjiya)
(Apa yang Imam Ali (a.s) katakan berkenaan akhir zaman- Khutbah Al-Tatanjiya)
Hadis ini dengan jelas menunjukkan kepada kamu bahawa ada perkara yang ada di dalam pengetahuan Imam Ali (a.s) namun beliau (a.s) tidak dedahkan kerana Nabi SAW mengarahkan beliau (a.s) supaya tidak berbicara tentangnya.
Dan menjadi pertanyaan kenapa Imam Ali (a.s) berkata:
*”Akan ada di sekeliling Basrah satu gerakan yang tidak akan aku sebutkan”*.
(Muka surat 504, Khutbah Al-Tatanjiya)
Imam Ali (a.s) ketika dia membicarakan tentang sahabat-sahabat Al-Mahdi a.s: 
*”Yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basrah dan yang terakhir dari mereka adalah dari Ibdaal”.*
(Bisharat Al-Islam, muka surat 148)
Imam Jaafar (a.s) berkata ketika beliau (a.s) membicarakan tentang sahabat-sahabat Al-Mahdi (a.s).
*”Dan dari Basrah adalah Abdulrahman, –Ahmad– dan Maleeh”*.
[Bisharat Al-Islam, muka surat 181]
Ahmad adalah yang pertama beriman dan washi Imam Al-Mahdi (a.s).
Imam Jaafar (a.s) berkata:
*(Sahabat Urusan ini adalah dari Basrah)* 
(Haft Al-Sharif, muka surat 175)
Imam Ali (a.s) di atas mimbar Kufah, berkata: 
*”Di sana pasti terdapat penggiling yang akan menghancurkan dan apabila gandarnya mula bergerak, Allah akan mengutuskan hamba gasar, yang tidak diketahui asal-usulnya, kejayaan akan bersamanya, para sahabatnya akan mempunyai rambut yang panjang(simbolik untuk idea), Ashabul Sibal, pakaian mereka hitam, Ashab Panji Hitam. Celakalah sesiapa yang menentang mereka, mereka akan dibunuh, demi Allah seolah-olah aku sedang melihat mereka dan amalan mereka; dan apa yang akan dilihat oleh pelaku kejahatan; dan bangsa Arab yang tidak berakhlak. Allah akan membuatkan mereka bangkit ke atas mereka tanpa sebarang belas kasihan, mereka akan membunuh mereka di bandar mereka sendiri, di persisiran Furat kawasan laut;  dan kawasan gurun”*.
(Ghaybat Al-Nu’mani, muka surat 265] 
Persisiran Furat adalah wilayah lautan dan manakala wilayah padang pasirnya adalah Basrah, jadi tiada sebarang kota yang wujud di muka bumi ini dengan diskripsi ini kecuali Basrah.
Amirul Mukminin (a.s) berkata tentang tanda-tanda akhir zaman:
*”Dan kemunculan lelaki dengan Panji Hitam di Basrah, bergerak mengetuai para pemudanya menuju Syam”*.
(Muka surat 274, Alamat Akhir Al-Zaman oleh Sayed Ali Ashoor)
Nabi Allah SAW bersabda:
*”Dan seorang lelaki dari Timur dengan panji hitam kecil akan membunuh lelaki dari Syam dan dia adalah lelaki yang mentaati Al-Mahdi (a.s)”*.
(Al-Mahdi Al-Mawood Al-Muntather, bab 30, muka surat 328)

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah