Bab 1 : Wasiat Nabi Muhammad (SAW) Yang Ditulis Pada Malam Kewafatannya

“Yang berusaha mendengarkan perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh
Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal” (QS: Surah Az-Zumar: 18)
Buku ini adalah usaha yang kecil yang disusun oleh para pembantu Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), waris dan utusan Imam Muhammad Al-Mahdi (a.s) kepada penganut agama Islam, utusan dari Isa (a.s) kepada penganut agama Kristian dan utusan dari Ilyasa’ (a.s) untuk penganut agama Yahudi dan juga Yamani dari keluarga Muhammad (SAW) dan Mahdi (a.s) pertama dari 12 para Mahdiyiin (a.s).
Buku ini bertujuan untuk melakukan perbandingan terhadap aturan dan gerakan dakwah suci Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) merujuk kepada ramalan-ramalan yang telah berusia ribuan tahun oleh para Imam (a.s) dari keluarga suci Muhammad (SAW); dan Nabi yang agung, Muhammad (SAW) sendiri. Gambaran yang telah terhasil adalah salah satu hubungan yang jelas dan harmoni di antara ramalan-ramalan dan hakikat realiti yang telah telah membongkar; dan terus membongkar hingga kini, pada tangan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) suatu keharmonian yang tidak mungkin dapat difabrikasikan oleh sesiapapun walau oleh para penghasut; dan penipu yang paling bijak; dan licik. Kami menasihati semua yang mengelarkan diri mereka pencari kebenaran untuk membaca buku ini dengan hati yang jelas, ikhlas dan terbuka; dan melakukan muhasabah yang mendalam terhadap kebenaran yang
begitu ketara berkaitan peristiwa-peristiwa ini.
BAB 1
Wasiat Nabi Muhammad (SAW) Yang Ditulis Pada Malam Kewafatannya
Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikkan, berwasiat untuk ibubapa dan karib kerabatnya secara ma’aruf, (ini adalah) kewajiban ke atas orang-orang yang bertakwa. (QS: Surah Al-Baqarah: 180)
Di dalam ayat di atas kita dapat memahami bahawa Allah (SWT) telah mewajibkan mereka yang beriman (mukmin/mukminat) untuk menulis wasiat ketikamana mereka merasakan ajal mereka sudah hampir. Olehitu, apakah Penghulu Para Mukmin meninggalkan wasiat?. Atau apakah Baginda (SAW) gagal untuk melaksanakan perintah terakhir dari Allah (SWT) ini?.
Ibnu Abbas (r.a) berkata: “Hari Khamis, tahukah kamu ada apa hari Khamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata: “Hai Abul Abbas ada apa hari Khamis?”. Ia menjawab: “Hari itu sakit Rasulullah (SAW) semakin berat”, kemudian Baginda (SAW) bersabda:
“Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya”. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi (SAW). Mereka berkata: “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?”. Namun Rasulullah (SAW) bersabda: “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”. (1)
Rujukan:
(1)-Shahih Bukhari no.2997; Shahih Muslim; Akhir Kitab Wasiyyah, Jilid 5, ms.75; Musnad Ahmad, Jilid 1, ms.335, Jilid 5 ms.116; Tarikh Tabari, Jilid 3 ms.193; Tarikh Ibn al-Athir, Jilid 2 ms.3204.
Peristiwa ini juga telah didokumenkan di dalam sumber kitab-kitab Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Namun mari kita kembali kepada peristiwa kewafatan Baginda (SAW) di mana Nabi (SAW) kemudiannya memanggil Ali (a.s) dan sekumpulan kecil orang-orang yang beriman. Baginda (SAW) bersabda:
“Wahai Abal Hassan (Imam Ali (a.s)) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (SAW) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, Baginda (SAW) bersabda:
Wahai Ali, sesungguhnya akan ada selepasku 12 orang Imam dan selepas mereka 12 orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama dikalangan 12 orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al-Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al-Akbar, Faruq Al-A’zham, Al-Makmun; dan Al-Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlul Baitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya; dan dia tidak akan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al-Hassan Al-Birr Al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al-Hussein yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid, Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Jaafar Ash-Shadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al- Kadzim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al- Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al-Thiqah Al-Taqiy Al-Jawad. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al-Nasih Al-Hadi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al-Hassan Al-Fadhil Al-Askari. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad Alaihissalam. Maka itulah 12 Imam dan akan datang selepasnya 12 Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah); dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al-Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Al-Mahdi a.s)”.(2)
Rujukan:
(2)-Ghaybat al-Tusi, ms.1505;
Sheikh Al-Hurr Al-Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms.549, hadis no. 376;
Sheikh Al-Hurr Al-Amili di dalam kitabnya Al-Iqadh, ms.393;
Sheikh Hassan bin Sulaiman Al-Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al-Bashair, ms 159;
Al-Allamah Al-Majlisi di dalam kitab Bihar Al-Anwar, jilid 53, ms.147, hadis no.6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms.81, hadis no.81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”);
Sheikh Abdullah Al-Bahrani di dalam kitabnya Al-‘Awalim, jilid 1, ms.370, hadis no.59;
Sayyid Hashem Al-Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms.370, hadis no.59;
Al-Faydh Al-Kashani di dalam kitabnya Nawadir Al-Akhbar, ms. 294;
Sheikh Mirza Al-Noori di dalam kitabnya Al-Najm Al-Thaqib, jilid 2, ms.71;
Sheikh Al-Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al-Rasul, jilid 2, ms.96.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi (SAW) dengan tema “menjaga umatnya dari kesesatan” yang lengkap. Tiada lagi wasiat Nabi (SAW) selain dari wasiat ini. Maka atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukan kepada Imamah Ahlul Bait (a.s). Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama.
Mustahil Nabi (SAW) tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia bercanggahan dengan ayat Al-Quran yang menekankan penulisan wasiat di dalam Surah Al-Baqarah ayat 180.
Olehitu, seseorang yang mengagungkan Nabi (SAW) sebagai contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah (SWT), tidak mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini. Hadis ini ibarat suatu misteri dan bukti. Ia seolah tersembunyi selama berkurun-kurun walau amat nyata di dalam pelbagai kitab hadis, menunggu Sang Empunya hak untuk menuntutnya.
image
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) adalah satu-satunya insan dan pertama tampil serta mendakwa beliau (a.s) adalah orangnya yang disebut di dalam hadis wasiat oleh Nabi (SAW), suatu wasiat yang dijanjikan oleh Baginda (SAW) sebagai penjaga dari kesesatan bagi sesiapa yang mengikutinya, maka itu, tindakan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendakwa; dan menuntut di atas wasiat ini mestilah terjamin; dan terjaga dari kesesatan atau kesilapan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Nabi (SAW).
Berikut adalah sebahagian dari petikan khutbah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang menjelaskan permulaan dakwah beliau (a.s):
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
Ketika berada di maqam 2 Imam, Imam Ali Al-Hadi (a.s) dan Imam Hassan Al Askari (a.s), berlakunya pertemuan kali pertama saya dengan Imam Al-Mahdi (a.s) di dunia fizikal ini. Di dalam pertemuan ini saya mengenali Imam Al-Mahdi (a.s) dan pertemuan ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Dan setelah pertemuan itu saya telah menghadiri banyak pertemuan bersama beliau (a.s) dan beliau (a.s) telah memaklumkan; dan menjelaskan banyak perkara kepada saya. Namun begitu, beliau (a.s) tidak mengarahkan saya menyampaikan sebarang dakwah kepada sesiapa pun ketika itu sebaliknya beliau (a.s) mengarahkan saya menjadi seorang yang berakhlak mulia; dan taat agar saya mencapai tingkatan yang tinggi kepada Ilahi.
Dan beliau (a.s) merahmati saya dengan ilmu dan memaklumkan kepada saya kesalahan; dan kepincangan serius di Hauzah Najaf ketika itu, sama ada ianya berkaitan kesilapan ilmiah atau amaliah, politik atau ekonomi. Dan juga penjejasan terhadap status Hauzah dan proses ini amatlah mendukakan saya kerana ini membawa erti kemusnahan istana terakhir yang saya sangka mewakili kebenaran di dunia ini. Kepada saya ia bermakna kerosakkan garam, kerana segala yang yang rosak boleh diperbaiki oleh garam, tetapi bagaimana pula jika garam itu sendiri telah rosak?.
“Segala yang yang rosak boleh diperbaiki oleh garam, tetapi bagaimana pula jika garam itu sendiri telah rosak?”
Adalah suatu proses yang mendukakan dan menakutkan pada masa yang sama bila Imam Al-Mahdi (a.s) menzahirkan kepada saya segala penindasan, kezaliman; dan korupsi yang telah berlaku. Dan beliau (a.s) meninggalkan saya berdepan dengan hakikat ini tanpa saya mengetahui apa yang perlu saya lakukan, perlukah saya kembali ke tempat asal saya? Inilah persoalan yang setiap kali saya bertanya kepada diri saya, jawabannya menjadikan saya seorang yang asing di tengah-tengah Hauzah Najaf. Dengan kebenaran yang saya ketahui ini, bagaimana mungkin saya tidak menjadi seorang yang asing kepada manusia di dunia ini?
Hari dan bulan berlalu dan Allah (SWT) berkehendak saya bertemu Imam Al- Mahdi (a.s) dan kali ini beliau (a.s) mengutus saya ke Hauzah Najaf agar saya dapat bertemu; dan menyampaikan saranan Imam Al-Mahdi (a.s) kepada sekumpulan kecil pelajar di Hauzah Najaf. Maka saya menilai pertemuan ini sebagai suatu keutamaan walaupun ianya adalah pertemuan yang ringkas kerana pertemuan ini adalah sesuatu yang bersejarah di dalam hidup saya kerana ini adalah kali pertama Imam Al-Mahdi (a.s) memberikan tugasan kepada saya dengan pendekatan terbuka di Hauzah Najaf.
Limpahan kesejahteraan ke atas mereka yang memuliakan beliau (a.s) dan kisah pertemuan dengan Imam Al-Mahdi (a.s) ini bermula di suatu hari ketika saya sedang tidur; dan saya bermimpi Imam Al-Mahdi (a.s) sedang berdiri berdekatan maqam Sayyid Muhammad, saudara lelaki kepada Imam Hassan Al-Askari (a.s);dan beliau (a.s) mengarahkan saya bertemu dengan beliau (a.s); dan setelah itu saya terjaga dari tidur pada 2.00 pagi; dan saya solat sunat Qiamulail 4 rakaat. Sejurus saya tidur kembali, saya bermimpi lagi melihat Imam Al-Mahdi (a.s) yang sekali lagi mengarahkan saya bertemu dengan beliau (a.s). Saya terjaga pada jam 4.00 pagi dan saya ulangi lagi solat sunat Qiamulail; dan diikuti solat fardu Subuh.
Setelah berlalu dua hari, saya mengembara ke Samara’ dan di sana saya telah menemui Imam Ali Al-Hadi (a.s); dan Imam Hassan Al Askari (a.s). Kemudian saya kembali ke tanahair saya dan bertemu Sayyid Muhammad (a.s), kemudian saya ke Baghdad; dan bertemu Imam Musa Al-Kadzim (a.s); dan Imam Muhammad Al-Jawad (a.s). Kemudian saya bergerak ke Karbala dan bertemu Imam Hussein As-Syahid (a.s). Kemudian saya bertemu Imam Al-Mahdi (a.s) di sebelah paginya di Maqam Imam Al- Mahdi (a.s) di Karbala di hujung Jalan Khidra.
Maka kami berduaan duduk di Maqam yang ketika itu hampir ketiadaan sesiapa pun selain kami kecuali petugas (yang mengurus Maqam) yang sedang berdiri di ruang solat muslimat berjauhan dari kami.
Tarikh hari itu ialah 30 Syaaban 1420 dan saya pulang semula; dan berpuasa Ramadhan dengan rahmat Allah (SWT), kemudian di penghujung Ramadhan saya menuju ke Najaf untuk menyarankan apa yang telah saya ketahui. Maka, diskusi saya dan beberapa pelajar di Hauzah Najaf menjadi tegang; dan diakhiri dengan pemutusan hubungan dengan sebahagian dari mereka; dan persetujuan yang tidak dapat dicapai dengan sebahagian dari mereka. Dan ada juga yang bersetuju dengan saya tanpa membantu saya dan berlalulah hari; dan bulan malah telah berlalu 3 tahun tanpa seorang pun penyokong dari kalangan pelajar Hauzah Najaf. Dan benar juga, ada yang bersetuju dengan saya berhubung penyelewengan tabung dana Hauzah Najaf dan dari situ bermulalah usaha untuk memperbetulkan perkara ini.
Tetapi ia tidak menghasilkan pembaikpulihan yang sebenar, beberapa polisi oleh para Marjik(ulama) berhubung dana ini telah diubah namun tidak ketara dan tidak bermanfaat pun untuk disebut. Dan sikap kebanyakkan para ulama kekal sama yang menyebabkan masyarakat dipenuhi dengan penderitaan dari kesakitan dan kebuluran jasad; dan rohani; dan tidak seorang pun dari mereka yang ini yang berusaha untuk mengubah situasi ini.
Beberapa bulan seterusnya, hubungan saya dan Imam Al-Mahdi (a.s) semakin terserlah; dan saya adalah ‘Utusan’ yang diutus dari beliau (a.s); dan proses ini bukanlah melalui pengisytiharan sendiri tetapi sekumpulan pelajar Hauzah, sebahagian ada yang mengenali saya; dan ada juga yang belum pernah berkomunikasi dengan saya, telah mendengar; dan melihat ‘Kerajaan di Langit’ yang mengesahkan kepada mereka; dan mereka meminta untuk berbaiah (ikrar taat setia) kepada saya.
Dan saya telah memberi amaran kepada mereka berhubung kesukaran urusan ini dan memberitahu mereka bahawa mereka akan berpaling tadah dari saya; dan meninggalkan saya sebagaimana yang telah dilakukan oleh penduduk Kufah yang meninggalkan Muslim bin Aqil. Namun, mereka tetap berbaiah dengan saya dengan diri, wang dan anak-anak mereka sebagaimana pengakuan mereka sendiri walau saya tidak pernah meminta semua itu dari mereka. Ini berlaku pada Jamadil 1423 Hijrah dan setelah itu semakin ramai pelajar Hauzah melakukan baiah kepada saya.
Akan tetapi, ketika datang kepada mereka ketakutan dan tentera Saddam mula memburu saya, mereka telah mengkhianati baiah; dan sumpah setia mereka. Dan setiap individu dan kumpulan mencari alasan untuk menarik balik ikrar sumpah setia mereka; dan mencipta pelbagai tuduhan terhadap saya. Akhirnya mereka bersetuju atas dua perkara. Pertamanya ialah menuduh saya seorang ahli sihir dan keduanya menuduh saya menguasai jin-jin; dan menggunakan jin-jin itu untuk menguasai; dan memperdayakan mereka.
“Sekumpulan pelajar Hauzah, sebahagian ada yang mengenali saya dan ada juga yang belum pernah berkomunikasi dengan saya, telah mendengar; dan melihat ‘Kerajaan di Langit’ yang mengesahkan kepada mereka; dan mereka meminta untuk berbaiah (ikrar taat setia) kepada saya”
Maka saya kembali ke kampung asal setelah pengasingan oleh sekumpulan pelajar Hauzah Najaf dan tiada yang kekal bersama saya melainkan beberapa sahaja pelajar; dan orang-orang yang beriman. Dan pada Jamadilawal 1424 Hijrah, datang kepada saya sebahagian dari pelajar yang beriman dan mereka memperbaharui baiah mereka kepada saya; dan mereka telah membawa saya keluar dari kediaman; dan usaha dakwah bermula kembali.
Pada dua hari terakhir Ramadhan 1424 Hijrah (iaitu pada November 2004), Imam Al-Mahdi (a.s) telah mengarahkan saya untuk menyampaikan dakwah kepada kesemua manusia di bumi seluruhnya dan setiap seruan dakwah adalah dari arahan Imam Al-Mahdi (a.s). Pada hari ketiga Syawal, Imam Al-Mahdi (a.s) mengarahkan saya mengumumkan revolusi menentang penzalim dan melakukan perancangan; dan bertindak dengan pantas kerana saya telah menjemput manusia untuk mendokong kebenaran; dan mereka yang bersama kebenaran; dan mereka yang melaksanakan kebenaran; dan menjulang kalimah “La illa ha illallah” (tiada Tuhan selain Allah) kerana sesungguhnya Kalam Allahlah yang tertinggi!! Sesungguhnya Kalam Allahlah yang tertinggi!!
Sesungguhnya Kalam Allahlah yang tertinggi!! Dan ucapan mereka yang tidak beriman adalah yang paling rendah!!!
Maka bantulah Allah dan Dia akan membantu kamu; dan meneguhkan kaki kamu. Apakah tidak ada pendukung; dan pembantu agama Allah?? Apakah tidak ada pendukung dan pembantu Al-Qaim Al-Mahdi (a.s)?? Apakah tidak ada pendukung dan pembantu wakil Allah??? Apakah tidak ada pendukung dan pembantu Allah???
Dan saya tidak menanti sokongan/kejayaan melalui para ulama dan bagaimana mungkin saya menantikan; dan mengharap sokongan para ulama ketika Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) memberitahu di dalam lebih dari satu hadis; dan mengesahkan ramai dari para ulama akan menentang Imam Al-Mahdi (a.s) dengan lidah; dan gigi mereka sehingga apabila urusan ini menjadi begitu hampir, Imam Al-Mahdi (a.s) akan menghapuskan 70 orang ulama besar; dan 3,000 dari kalangan ulama kecil.
Bagaimana saya akan menunggu sokongan mereka ketikamana Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Allah akan membantu urusan ini dengan mereka yang tiada inovasi dan jika urusan ini tiba hari ini, mereka yang menjadi penyembah berhala akan keluar darinya (urusan ini)”.
Dan berkaitan berhala-berhala ini, Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata mereka adalah para ulama yang tidak beramal, di mana tidak ada berhala pada masa Imam Jaafar Ash Shadiq (a.s) melainkan Abu Hanifah dan mereka yang seangkatan dengannya.
Dan beliau (a.s) berkata: “Dan ketika Al- Qaim (a.s) zuhur (muncul), mereka yang melihat diri mereka sebagai ahli kepada urusan ini akan terkeluar darinya. Dan mereka yang seumpama penyembah matahari dan bulan akan masuk ke dalam urusan ini”
Mereka yang tidak membantu Al-Qaim (a.s) (Al-Mahdi a.s) adalah para ulama yang tidak beramal meskipun manusia menjangkakan merekalah para pembantu Al-Qaim (a.s). Olehitu, bagaimana mungkin saya mengharapkan bantuan dan sokongan dari para ulama ini ketika mana para Imam (a.s) telah menegaskan bahawa para ulama inilah punca kerosakkan yang mengakibatkan pengasingan; dan perpecahan umat.
Dengan ini… Wahai warga Iraq !!! Sesungguhnya ayah saya telah mengutus saya kepada kesemua manusia di bumi ini dan beliau (a.s) telah bermula dengan kalian semua. Dan dengan ibu kepada semua kota, Al-Najaf, sesungguhnya saya dibantu oleh Jibrail, Mikail, Israfil dan Kerajaan Langit; dan berapa ramai yang telah menerima saya dengan kebenaran, hijab telah diangkat dari mereka; dan penglihatan mereka kini adalah seperti besi kerana mereka dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang lain; dan mereka mendengar apa yang tidak didengari oleh orang lain; dan apakah ada tanda dan bukti lain yang lebih kukuh dari ini kepada jiwa; dan roh?
Berhubung dengan harapan dan impian, seringkali datang kepada saya delegasi dari pelbagai negara, ada yang jauh dari Najaf; dan ramai dari kalangan mereka telah melihat di dalam mimpi mereka apa yang menjuruskan mereka kepada dakwah kebenaran ini. Meskipun jika ada satu atau dua mimpi, sebagai contoh, berkaitan permusuhan terhadap Keluarga Muhammad (SAW), namun bagaimana mungkin mereka yang sebegini mampu berdepan dengan ratusan, malah ribuan mimpi-mimpi yang majoritinya melibatkan salah satu dari para Ahlul Bait Maksumin (a.s) di dalamnya?
Apatah lagi ketika para Ahlul Bait (a.s) berkata: “Sesiapa yang melihat kami (di dalam mimpi), telah melihat kami. Kerana Iblis (l.a) tidak dapat menyerupai imej kami”.
Olehitu para penzalim tidak mempunyai alasan penolakan lain selain menafikan mimpi-mimpi itu sebagai bukti kebenaran meskipun mereka sedia mengetahui bahawa mimpi yang benar adalah sebahagian dari kenabian dan Nabi (SAW); dan para Ahlul Bait (a.s) mengambil perhatian terhadap mimpi; dan berminat untuk mendengar khabar dari mimpi serta mereka (a.s) sangat berminat menafsirkan mimpi-mimpi kerana kenabian sebahgian para Nabi (a.s) adalah melalui mimpi; dan tafsiran sebagaimana yang dialami oleh Nabi Daniel (a.s).
Begitu juga, Narjis, ibunda kepada Imam Al-Mahdi (a.s) pergi ke Iraq untuk menikahi Imam Hassan Al-Askari (a.s) berdasarkan mimpinya yang benar walaupun beliau telah merbahayakan dirinya melalui peperangan dan dipenjarakan, sedangkan beliau adalah cucunda kepada Ceaser, pemerintah kerajaan Rom yang besar.
Begitu juga Wahab, seorang penganut Kristian yang membantu Imam Hussein As-Syahid (a.s) kerana mimpi pertemuannya dengan Isa (a.s).
Dan begitu juga seorang bangsawan Bani Umayyah, Khalid ibn Sa’id Al-Aas dari kerajaan Umayyah, telah beriman setelah bermimpi bertemu Nabi (SAW).
Malangnya walau dengan kesemua ini, mereka yang jahil dan zalim telah menafikan kebenaran ini; dan menolak mimpi-mimpi itu tanpa bermuhasabah; dan berfikir secara jujur. Demi kebenaran saya memberitahu kalian, apa yang berlaku kepada manusia kini adalah pencerahan dan penzahiran yang besar melalui mimpi-mimpi tetapi kebanyakkan manusia tidak beriman kepada rahmat dari Allah (SWT); dan kebanyakkan mereka tidak bersyukur kepada Allah (SWT).
Ini adalah kelebihan yang dikurniakan Allah (SWT) tetapi majoriti manusia tidak berterima kasih kepada Allah (SWT). Segala kesyukuran dan pujian kepada Allah (SWT), Tuhan sekalian alam.
Saya juga telah menjelaskan kepada ramai orang akan pentingnya beberapa peristiwa yang mendatang dan semuanya menjadi realiti sebagaimana yang saya telah maklumkan. Di antara perkara yang saya maklumkan ialah kumpulan yang berbaiah pertama kali kepada saya dahulu akan mengkhianati saya iaitu satu tahun setengah yang lalu dan mereka yang berbaiah dengan saya tahun ini (2004) juga akan mengkhianati saya.
Begitu juga ramalan saya berhubung tamatnya pemerintahan anak-anak haram, Saddam dan tenteranya yang najis begitu juga ramalan-ramalan lain yang tidak cukup dinyatakan di dalam satu kenyataan, maka tanyalah mereka yang telah berkomunikasi dengan saya sebelum ini. Malah, tanyalah mereka akan suatu mukjizat yang telah mereka saksikan dengan mata-mata mereka sendiri. Maka demi Allah (SWT), saya bertanya kepada kalian, di tangan siapa kah Kerajaan Langit, apakah pada Allah (SWT) atau Iblis laknatullah?
Oleh itu, seandainya kalian mengatakan bahawa semua ini adalah sihir atau perbuatan jin dan inilah pendirian kalian, maka seorang penentang itu adalah yang berkata Kerajaan Langit itu pada tangan Iblis Laknatullah dan Allah (SWT) melaknat mereka yang berkata sedemikian di dalam jahilan; dan kebodohan serta bertegas ke atasnya; dan tidak kembali bertaubat kepada Allah (SWT).
Dan pada hari ini saya memohon sokongan dan bantuan kalian sebagaimana datuk saya Imam Hussein As-Syahid (a.s) memohon dari kalian. Apakah ada sesiapa yang akan membantu kami? Kerana jika kalian berpaling dan mengkhianati kami, sebagaimana datuk-datuk kalian telah lakukan, saya akan bersabar sebagaimana sabarnya ayah saya sehingga Allah (SWT) Yang Maha Penyayang menzahirkan urusan saya sebagaimana saya telah bersabar tahun lalu ketika mereka meninggalkan saya sebagaimana Muslim bin Aqil ditinggalkan, ketika mana ketiadaan pembantu dan penyokong melainkan beberapa orang sahaja. Mereka ini tidak meninggalkan saya melainkan kerana ketakutan terhadap Saddam Laknatullah dan kerana kecintaan; dan ketamakkan terhadap dunia. Tetapi Allah (SWT) telah menyelamatkan saya dari Saddam Laknatullah meskipun disebalik segala usaha tentera kufurnya untuk menangkap saya.
Dan sesiapa sahaja yang menolak kebenaran jemputan dan dakwah ini, di sini saya memaklumkan kepada kalian bahawa sejumlah mereka yang beriman kepada dakwah ini telah diangkat dari mereka hijab yang menutup mereka dan mereka kini melihat ke arah Kerajaan Langit.
Ratusan malah lebih dari ini telah bermimpi dengan benar akan Imam Al- Mahdi (a.s) atau salah seorang dari para Imam (a.s) atau Fatimah (a.s) atau Nabi (SAW) yang mengarahkan mereka menerima dan mentaati seruan dakwah ini.
Saya bersedia untuk melakukan mubahalah, malah saya mencabar kesemua ulama dan cendikiawan agama Islam, Sunni atau Syiah, termasuk juga pendita-pendita; dan rahib-rahib agama Kristian; dan Yahudi. Satu cabaran yang akan membuktikan bahawa saya adalah Utusan kepada Muslim dari Imam Al- Mahdi (a.s), kepada Kristian dari Isa (a.s) dan kepada Yahudi dari Nabi Ilyasa’ (a.s).
Saya juga bersedia untuk berdebat ilmiah dengan sesiapa pun dari kalangan mereka dengan merujuk kepada kitab-kitab mereka sendiri dan saya hamba Allah (SWT) yang merendahkan dirinya kepada-Nya (SWT), lebih arif; dan memahami Al-Quran dari mereka, lebih arif; dan memahami Injil; dan Taurat; dan ayat-ayat yang telah diubah; dan dipalsukan serta ayat-ayat yang ditambah di dalam kitab-kitab Injil; dan Taurat berdasarkan rahmat; dan ilmu yang dikurniakan Allah (SWT) kepada saya.
Malah, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memberi maklumbalas terhadap ilmu yang dikurniakan kepada saya oleh Allah (SWT) dan saya amat yakin siapa sahaja dari mereka yang mengharapkan petunjuk, mereka ini pasti akan menerimanya. Kepada sesiapa yang tidak beriman lantaran kecintaan mereka terhadap dunia yang jijik ini, maka saya mencabar mereka untuk melakukan sumpah mubahalah di lokasi yang sama agar sesiapa yang hidup nanti akan disaksikan dengan jelas oleh semua manusia dan sesiapa yang mati nanti juga akan disaksikan semua manusia.
Olehitu, sesiapa sahaja yang menerima saya dengan penerimaan yang jujur dan benar akan berjaya di dunia ini; dan di akhirat nanti akan berbahagia. Kepada sesiapa yang menafikan saya dan menolak kebenaran akan kehilangan dunia; dan akhirat mereka, maka tidak lama lagi kalian akan melihat sendiri apakah dosa yang telah kalian lakukan dan bagaimana kalian telah menyalahi rahmat ini serta kalian akan mengalami penyesalan yang sia-sia. Dan tidak lama lagi saya akan menjadi saksi dan pemutus ke atas kalian.
Wahai benih keturunan pembunuh Hussein As-Syahid (a.s) anak Imam Ali (a.s)..!!! Ingatlah bagaimana ulama-ulama kamu telah membunuh beliau (a.s) dan bagaimana para pejuang kalian seperti Shimr anak Al-Jawshan, Shams anak Rab’y dan datuk moyang kamu yang membantu mereka yang terlaknat ini. Dan kini jika saya mahu, saya boleh namakan siapa di antara kamu adalah Shimr anak Al-Jawshan dan Shams anak Rab’y di masa ini.
Tetapi tunggu..!!! Apakah yang harus saya lakukan terhadap mereka yang bodoh dan tidak mampu memahami walau satu hadis pun..!!?? Dan janganlah kamu merasa gembira ..
Wahai para penindas..!!! Janganlah kamu bergembira dengan pemergianku dan hijrahku dari tanah-tanah kamu, kerana tidak lama lagi aku akan kembali bersama ayahku, Muhammad bin Hassan, Al-Mahdi (a.s), yang tidak akan memberi apa pun kepada kami selain pedang dan kematian di bawah bayangan pedang..!!!!”.(3)
Rujukan:
(3)-Perhatikan di sini Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) memberitahu bahawa beliau (a.s) akan pergi dan tidak akan kembali kecuali bersama ayah beliau (a.s). Pembacaan seterusnya akan membolehkan anda sedari bahawa sesungguhnya perkara ini telah berlaku dengan tepat di bawah bayangan pedang..!!!!
Wahai kalian yang berpuashati dengan apa yang datuk moyang kamu telah lakukan dan mengikuti Shimr anak Jawshan, semoga laknat Allah turun ke atasnya dalam kehidupannya; dan Shams anak Rab’y, semoga laknat Allah SWT diturunkan ke atasnya; dan di dalam rumahnya; dan penyesalan kamu akan menjadi sia-sia nanti….. Wahai pembunuh para Nabi dan zuriat para Nabi.
Wahai para penindas..!!! Janganlah kamu bergembira dengan pemergianku dan hijrahku; dari tanah-tanah kamu, kerana tidak lama lagi aku akan kembali bersama ayahku, Muhammad bin Hassan, Al-Mahdi (a.s), yang tidak akan memberi apa pun kepada kami selain pedang dan kematian di bawah bayangan pedang..!!!!.
Dan kamu tidak akan mendapati melainkan kerugian di dunia ini dan di akhirat disebabkan apa yang tangan- tangan kamu telah lakukan; dan pendustaan, fitnah, tuduhan palsu; dan kekejian yang lidah-lidah kamu telah ucapkan, di mana ayahku akan tiba dengan kemarahan; dan kebencian terhadap apa yang telah diperlakukan terhadapku; dan penghinaan kamu terhadapku. Dan kamu kelak akan tahu bahawa segala ilmu kamu tidak akan memanfaatkan kamu lagi, kamu akan sedar kepada siapa kamu tujukan perancangan jahat kamu dan apakah kemuliaan Allah (SWT), Muhammad (SAW), Ali (a.s); dan keluarga beliau (a.s) yang telah kamu cemari.
Wahai para pemutarbelit ucapan dan pembunuh para Nabi; dan zuriat-zuriat para Nabi !!! Allah tidak akan membenarkan kamu mencapai leherku sebagaimana Dia telah membenarkan kamu mendapat leher datukku, Imam Hussein As-Syahid (a.s).
Begitulah kesudahannya dan hari ini adalah hari yang mulia di sisi Allah (SWT) dan ini adalah amaran dari amaran pertama; dan sesungguhnya ia adalah salah satu dari amaran-amaran yang besar.
Ini adalah amaran kepada kesemua manusia dan aku kembali kepada ayahku Imam Muhammad Al-Hassan, Al-Mahdi (a.s); dan aku akan memberitahu beliau (a.s) bagaimana kamu telah mendustakanku; dan mencemari kemulianku dengan pemalsuan; dan tuduhan palsu; dan akhirnya kamu telah berusaha untuk memenjarakanku; dan membunuhku bukan kerana sebarang jenayah yang telah aku lakukan tetapi kerana kamu mengetahui kebenaran yang aku bawa ini akan mensia-siakan segala kepalsuan kamu.
Dan kamu berjabat tangan dengan mereka yang menafikan kewujudan Allah (SWT), seperti golongan komunis dan tidak kamu tidak menafikan apa pun yang mereka lakukan.
Aku meletakkan semua keyakinanku kepada Allah (SWT). Maka rencanakanlah perancangan jahat kamu bersama rakan-rakan sekutu kamu dan janganlah kamu meraguinya. Kemudian laksanakanlah hukuman terhadapku tanpa sebarang penangguhan.
Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun daripada kamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka dan aku disuruh supaya aku termasuk di dalam golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya). Lalu mereka mendustakannya (Nuh a.s), maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera; dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan; dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu. (QS: Surah Yunus: 72-73)
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.(4)
Ini adalah kenyataan oleh Utusan dari Imam Al-Mahdi (a.s) kepada kesemua manusia di bumi, pada 27 Syawal 1424 Hijrah.
Rujukan:
(4)-Khutbah Pertemuan Imam Al-Mahdi oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah