Posts

Showing posts with the label Sahabat Imam

Bab 11 : Para Sahabat Imam Al-Mahdi (a.s)

Image
Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Jauhilah keangkuhan bangsa Arab yang membawa kejahatan di dalam masa yang hampir”. Aku berkata: “Semoga aku menjadi tebusan untukmu!. Berapa ramaikah bangsa Arab akan bersama Qaim (a.s)”?. Beliau (a.s) menjawab: “Sangat sedikit”. Aku berkata: “Demi Allah, mereka yang berbicara akan perkara ini dari kalangan bangsa Arab adalah ramai!”. Beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan dijernihkan. Amat ramai manusia yang akan gagal dari penyaringan ini”.(21) Abu Bashir berkata: Imam Abu Abdullah (a.s) berkata: “Sangat sedikit dari bangsa Arab yang akan bersama Qaim”.(22) Amirul Mukminin Imam Ali (a.s) mengumumkan: “Para sahabat Mahdi kesemuanya adalah mereka yang muda dan tiada yang tua melainkan sedikit bilangannya seperti celak yang disapu pada mata atau garam yang ditabur ke dalam makanan”.(23) “Kebanyakkan pengikut beliau (Al-Mahdi (a.s)) adalah orang-orang muda dan sangat sedikit yang tua”.(24) Hanya segelintir kecil sahaja y...

Bab 9 : Sahabat di Mesir

Image
Imam Ali (a.s) memberitahu kita berkaitan Sahabi Masr (Sahabat Mesir): Imam Ali (a.s) berkata: “Tiada sesiapa yang mengenalinya (sebagai Sahabat Mesir) walau beliau bersama mereka. Dia seorang penyabar seperti Aulia’ (yang terpilih oleh Allah (SWT)) dan dia akan mengangkat Panji Hitam. Demi Allah, dialah orang yang akan menyiapkan untuk Mahdi”.(17) “Dia dikenali tetapi dia tersembunyi (statusnya sebagai Sahabat Mesir tidak diketahui)”.(18) Setelah mendengar berita berkaitan 12 orang lelaki (a.s) yang kini membongkar kepalsuan pejabat Najaf, Abdullah Hashem telah memohon kepada Allah (SWT) agar beliau diberikan petunjuk kepada kebenaran dan sebaik sahaja mendapat jawabannya, beliau meyakini seruan dari 12 orang lelaki (a.s) yang mulia ini. Abdullah mula menghasilkan beberapa video secara rahsia untuk menyeru dan memanggil manusia agar sedar akan pembongkaran yang besar ini dan mengangkat Panji Hitam Imam (a.s) ketika pihak pejabat Najaf masih terus memuji beliau dan ini membukt...

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah

Image
Ini adalah zaman kemunculan Al-Mahdi kalian. Apa buktinya? Selain dari tanda-tanda akhir zaman yang sering disebutkan, tanda yang paling jelas tanpa sebarang keraguan adalah hadis berikut: Tentang Hijaz, diriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Akan memerintah seorang lelaki yang mempunyai nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan melihat apa-apa (masalah) di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah, berilah amaran kepada pengikut kami tentang beliau! (Baginda (SAW) mengulangi kalimat ini sampai tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira dengan kematiannya, akan aku sampaikan berita gembira kepada kalian dengan kemunculan Al-Hujjah”.(14) Sebagaimana yang telah diramalkan dan dinyatakan di dalam hadis di atas, Hijaz (Arab Saudi) sememangnya telah diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama binatang, iaitu Raja Fahd (Fahd bermakna harimau bint...

Pertemuan 12 Ansar dengan Imam Mahdi a.s

Image
Semoga Allah melimpahkan salam kepada anda wahai sahabat Al-Qaim, salam ke atas anda semua, wahai 12 orang yang diberkati. -Adakah keadaan seperti yang dijelaskan dalam kitab “Nasihat kepada pelajar Hauzah” bahawa anda adalah 40 orang lelaki kemudian Imam Ahmad Al-Hassan a.s datang kepada anda dan mengarahkan anda menunjuk kepada 10 orang lelaki terbaik dikalangan anda dan beliau a.s membawa anda untuk berjumpa Imam Al-Mahdi a.s? -Adakah Imam Ahmad Al-Hassan a.s telah pun bersama anda untuk beberapa ketika selepas keghaibannya berakhir?, atau beliau pertama kali muncul kepada anda pada hari kematian Raja Abdullah?, bermaksud jika keghaiban bermula pada 2008, adakah ianya berakhir pada hujung 2014?                Bismillahir rahmanir rahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, Allahumma sholli ala Muhammad wa ali Muhammad Al-Aimmatan wal-Mahdiyyin. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Kepada Ansar...

Jabir Ibn Yazid Al-Ju’fi

Image
Adalah sahabat terkemuka Imam Muhammad Al-Baqir a.s. Jabir Ibn Yazid Al-Ju’fi menyimpan banyak rahsia yang mana sahabat lain kepada Imam Baqir a.s tidak mampu untuk menanggungnya dan bila sebilangan sahabat berbicara tentang hadith rahsia tersebut, mereka merasakan ianya aneh dan mustahil! 1~Ziad Ibn Abi Halal berkata: Manusia merasa keliru dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Jabir Al-Ju’fi kepada mereka hingga sampai ke peringkat mereka merasakan Jabir mereka-reka hadith-hadith tersebut. 2~Jabir sendiri berkata bahawa Imam Baqir a.s memberitahunya 70,000 hadith dan dia tidak memberitahu kepada seseorangpun. Satu hari dia pergi menemui Imam Baqir a.s dan berkata: “Semoga aku menjadi tebusan Tuan, Tuan meletakan beban yang berat di dadaku dengan memberitahu hadith-hadith ini, sehingga sampai ke peringkat ada ketikanya aku merasakan dadaku mendidih dan aku rasakan aku akan menjadi gila”. Lalu Imam Baqir a.s menyatakan kepadanya bila sahaja dia merasakan demikian, agar di...