Bab 6 : Lembu Betina
“Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “(….Sepertimana itu Qaim (a.s) (iaitu Mahdi (a.s)). Hari-hari keghaibannya akan berpanjangan agar kebenaran itu menjadi lebih jelas dan keimanan akan disucikan dari kekotoran akibat kemurtadan setiap dari pengikut yang berniat jahat yang bersifat munafik dan mengharap pewarisan, pemerintahan, kekuasaan; dan jaminan di dalam pemerintahan Qaim (a.s)….(Sehingga beliau (a.s) berkata) “dengan itu, apabila tiada apa lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya; dan dari Al-Quran kecuali tulisannya; dan (ketika) pemilik urusan (Mahdi) ghaib dengan sebab yang dijelaskan, (ini berlaku) kerana wujudnya fitnah yang dahsyat pada hati-hati manusia, sehingga mereka yang paling akrab kepada beliau (a.s) akan menjadi paling terpinggir (musuh yang paling jahat) kepada beliau (a.s). Maka itu Allah akan membantu beliau (a.s) dengan tentera-tentera yang kamu tidak dapat melihat mereka dan akan menzahirkan agama Nabi-Nya melalui tangan beliau (a.s); dan menzahirkan agama-Nya ke atas seluruh muka bumi walaupun mereka yang mempersekutukan Allah membencinya”.(12)
Di dalam buku “Lembu Betina” oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), Jilid 1, Bab “Fitnah (Ujian) Lembu Betina, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menyebut bahawa Samiri (laknatullah) adalah seorang taat, ahli zuhud, ulama, ahli ibadah, mujahid (berperang menentang penzalim), pernah melihat Jibrail (a.s) dari dunia ghaib di mana beliau sahaja dapat melihatnya dan beliau adalah ketua dari kalangan sahabat Nabi Musa (a.s); dan sahabat yang paling baik dari kalangan para sahabat Nabi Musa (a.s).
Malangnya Samiri yang dihormati, ahli ibadah, mujahid dan tinggi ilmunya ini merasakan beliau lebih berkelayakkan untuk memimpin Bani Israil berbanding Nabi Harun (a.s) ketika Nabi Musa (a.s) naik ke Bukit Tursina. Maka beliau telah membuat patung lembu betina untuk pengikut Nabi Musa (a.s) dan Nabi Harun (a.s). Untuk meyakinkan mereka, Bani Israil, beliau telah membuat patung lembu betina yang mengeluarkan suara seperti suara lembu yang hidup.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata:
“Oleh itu, sebagaimana wujudnya Samiri yang bersama Musa (a.s) dan wujudnya Judas Iscariot bersama Isa (a.s), maka seperti itu juga berlaku kepada Muhammad (SAW) iaitu wujudnya mereka yang sama seperti Samiri; dan begitu jugalah akan wujud Samiri; dan sekutunya bersama Mahdi (a.s). Inilah sunnah Allah (SWT) dan kamu tidak akan mendapati sebarang perubahan terhadap sunnah Allah (SWT)”. (13)
“Oleh itu, sebagaimana wujudnya Samiri yang bersama Musa (a.s) dan wujudnya Judas Iscariot bersama Isa (a.s), maka seperti itu juga berlaku kepada Muhammad (SAW) iaitu wujudnya mereka yang sama seperti Samiri; dan begitu jugalah akan wujud Samiri; dan sekutunya bersama Mahdi (a.s). Inilah sunnah Allah (SWT) dan kamu tidak akan mendapati sebarang perubahan terhadap sunnah Allah (SWT)”. (13)
Di sini kita mendapati bahawa ramalan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjadi kenyataan di mana mereka yang dikenali sebagai “ulama, ahli ibadah” dan yang hampir kepada Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), telah menyesatkan orang-orang yang beriman ketika keghaiban Imam Ahmad Al-Hassan (a.s); dan mereka ini telah menghasilkan “Lembu Betina” (Pejabat mereka di Najaf dan akaun ‘Facebook’); dan menjadikan “lembu betina” ini “mengeluarkan suara” (suara seorang penyamar (menyamar sebagai Imam Ahmad Al- Hassan (a.s)) yang disiarkan di dalam akaun ‘Facebook’ ini.
Rujukan:
(12)-Kamaul Din ms.56; Ghaybat Al-Toosi ms.172; Bihar Al-Anwar, Jilid 51, ms.2.
(13)-Al-Jawab Al-Moneer.
(12)-Kamaul Din ms.56; Ghaybat Al-Toosi ms.172; Bihar Al-Anwar, Jilid 51, ms.2.
(13)-Al-Jawab Al-Moneer.
Comments
Post a Comment