Penghormatan kepada Nabi Isa a.s
Islam yang sejati memberi penghormatan kepada Isa (a.s), memuja Isa (a.s) dan memelihara sebahagian ajarannya dari dihapuskan oleh para ulama kristian. Imam Ash-Shodiq (a.s), Imam Syiah ke-6 berkata, “Isa (a.s) anak Maryam adalah roh Tuhan dan kalam-Nya”. Ahlulbait Nabi Muhammad (sawas) memenuhkan kitab-kitab dengan hadis-hadis tentang Isa (a.s), yang sebagiannya adalah ajaran-ajaran sejati dari Isa anak Maryam. Terdapat beratus hadis-hadis dari Ahlulbait yang menyebutkan ucapan-ucapan Isa (a.s), juga hadis-hadis yang menceritakan tentang kehidupan Isa (a.s) dan juga hadis-hadis yang mendedahkan wahyu-wahyu yang diutuskan kepada Isa (a.s). (Iaitu) wahyu-wahyu yang tidak tercatat di dalam rekod-rekod atau kitab-kitab kristian masakini. Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) meriwayatkan bahawa Isa (a.s) berkata: “Barangsiapa yang tidak mengenali rohnya (sendiri) maka dia tidak akan mengenaliku dan barangsiapa yang tidak mengenali roh di antara dua sisinya maka dia tidak akan mengenali ...