Imam-Imam Palsu


Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata di dalam kitabnya, “The Enlightenments of the calls of the messengers”: “…Dan para Rasul a.s datang dengan bukti yang jelas, walaupun demikian manusia membunuh mereka, manusia membunuh mereka dan karakter mereka, dan manusia menjadi pengikut setiap pemimpin pelanggar hukum yang sombong dan dilaknat, yang meniru peranan para wakil Allah SWT, seperti Samiri dan orang-orang yang sepertinya {Dan sesungguhnya Utusan Kami datang kepada mereka dengan bukti yang jelas, tetapi kemudiannya ramai dari mereka selepas itu adalah penentang di bumi} dan ia juga berlaku kepada wakil Imam Mahdi a.s…”
Jadi, siapakah Wakil kepada Imam Mahdi a.s? Dia ialah Ahmad Al-Hassan a.s. Jadi mengikut kata-kata Imam a.s, seseorang akan meniru peranan Imam Ahmad a.s!
Siapakah lagi di dunia ini yang mempercayai bahawa Imam Mahdi a.s mempunyai wakil ~ kecuali Ansar?. Dari itu, siapakah lagi yang akan meniru peranan Wakil Imam Mahdi ~ kecuali Ansar?. Ini kerana Syiah biasa (Syiah Marajik) tidak mempercayai akan adanya wakil kepada Imam Mahdi, jadi mana mungkin mereka meniru peranan Wakil  Imam Mahdi, sedangkan mereka tidak mempercayai kewujudannya? Lalu, mengikut kata-kata Imam a.s di atas, seseorang (atau sekumpulan orang) akan meniru peranan Wakil Imam Mahdi, seperti Samiri dan orang-orang yang seumpama dengannya.
Perhatikan, bahawa Samiri mendakwa beriman kepada Nabi Musa a.s dan Samiri adalah seorang yang zuhud dan berada di barisan depan dari pasukan Musa dan seorang ahli ibadat dan mempunyai maqam (kedudukkan) yang tinggi, sehingga ia mampu melihat perkara yang orang beriman lain tidak mampu melihatnya, dan dia adalah dari kalangan sahabat terbaik Musa a.s mengikut kata Imam Ahmad Al-Hassan a.s di dalam kitab Al-Ijil.
Lagipula Nabi Muhammad saw memberi amaran kepada kita tentang “Imam-Imam Palsu”: “Aku bimbang tentang kalian walaupun tanpa kehadiran Dajjal”. Baginda saw ditanya: “Kenapa kamu bimbang berkenaan kami, wahai Nabi Allah?”. Nabi Muhmmad saw menjawab: “Aku bimbang tentang kalian dari Imam-Imam Palsu”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Selepasku akan ada 12 Imam yang adil”. Nabi Muhammad saw juga bersabda: “Juga akan muncul 12 Imam palsu, setiap dari mereka akan mendakwa sebagai imam”. “Bagaimana keadaan orang islam wahai Nabi?. Pasti kami adalah terbaik dari kalangan manusia..…”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Pemimpin mereka adalah pengkhianat yang pandai berdusta, dan ulama mereka adalah pengkhianat yang mendakwa mengikuti sunnahku”. “Ulama menjadi pengkhianat?”. Nabi Muhammad saw berkata: “Mereka mendakwa mengikuti Sunnahku dan hukum-hukumku, namun sebenarnya mereka tiada kaitan denganku dan aku berlepas diri dari mereka”. Nabi Muhammad saw bersabda: “Ulama adalah wali para Nabi selagi mereka tidak mengikut kehendak dunia”. Baginda saw ditanya: “Dan bagaimana ulama menjadi pengikut kehendak dunia?”. Nabi Muhammad saw menjawab: “Dengan tunduk kepada suruhan pemerintah dan jika kalian akan menyaksikan mereka melakukan hal itu, maka tentanglah mereka dan perbuatan mereka. Akan tiba masanya bila para Imam yang berkuasa atas wang dan harta kalian, mereka berkata kepada kamu namun semua ucapannya adalah dusta dan penuh penipuan. Mereka cuba menjalankan peranan seorang Imam, namun mereka gagal dan mereka tidak akan senang dengan kamu kecuali kamu mempercayai pendustaan mereka, dan jika kamu terbunuh kerana menentang mereka, maka kematian kamu adalah syahid.”

Comments

  1. I am Imam (Founder) al (the) Mahdi (Mahdism/Matheism)

    here is the proof:

    Definition of Law: "Law is the conditions of natural harmony for all species/situations. ~ Mahdi Ibrahim"

    For more information:

    https://www.facebook.com/matheism/
    https://www.millahibrahim.org/
    https://matheism.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah