Bab 11 : Para Sahabat Imam Al-Mahdi (a.s)
Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Jauhilah keangkuhan bangsa Arab yang membawa kejahatan di dalam masa yang hampir”. Aku berkata: “Semoga aku menjadi tebusan untukmu!. Berapa ramaikah bangsa Arab akan bersama Qaim (a.s)”?. Beliau (a.s) menjawab: “Sangat sedikit”. Aku berkata: “Demi Allah, mereka yang berbicara akan perkara ini dari kalangan bangsa Arab adalah ramai!”. Beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan dijernihkan. Amat ramai manusia yang akan gagal dari penyaringan ini”.(21)
Abu Bashir berkata: Imam Abu Abdullah (a.s) berkata: “Sangat sedikit dari bangsa Arab yang akan bersama Qaim”.(22)
Amirul Mukminin Imam Ali (a.s) mengumumkan: “Para sahabat Mahdi kesemuanya adalah mereka yang muda dan tiada yang tua melainkan sedikit bilangannya seperti celak yang disapu pada mata atau garam yang ditabur ke dalam makanan”.(23)
“Kebanyakkan pengikut beliau (Al-Mahdi (a.s)) adalah orang-orang muda dan sangat sedikit yang tua”.(24)
Hanya segelintir kecil sahaja yang kekal bersama Panji Hitam, sekumpulan kecil para pemuda dan pemudi dari seluruh dunia berbanding dengan orang-orang Arab yang sudah berumur; dan mendominasi Pejabat Najaf.
Rujukan:
(21)-Ghaibat Numani.
(21)-Ghaibat Numani.
(22)-Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Numani, Al-Ghaibah Al-Numani, ms.239.
(23)-Ghaibat Numani, ms.170; Roozgaarhaai, Jilid 1, ms.415, hadis 480.
(24)-Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.334.
Comments
Post a Comment