Bahagian 2: Menjawab Bantahan Penyokong Pejabat Najaf



Bantahan Kedua:
Dalam dokumen mereka, pengikut Pejabat Najaf mendakwa bahawa Imam Al-Mahdi a.s sentiasa berhubung dengan syiahnya dalam kedua-dua keghaibannya, sama ada ghaib kecil atau ghaib besar, dan mereka menggunakan dua hadith di bawah sebagai dalil dan mendakwa Imam Ahmad Al-Hassan a.s. tidak boleh memasuki keghaiban dan sentiasa berhubung dengan ansarnya, atau jika tidak dia tidak menunaikan tugasnya:
“Ini menunjukkan Imam Al-Mahdi sendiri yang berada dalam keghaiban masih dan tetap berhubung dengan syiahnya. Maka apa yang menghalang Ahmad Al-Hassan berhubung dengan Ansar Imam Al- Mahdi? Sudah tentu tiada, malah sangat perlu bagi beliau sentiasa berhubungan dengan Ansar, kerana tugas utama beliau adalah mempersiapkan Ansar. Inilah tujuan utama Al-Yamani diutuskan.”
Dan inilah hadith yang mereka ajukan:
Jabir meriwayatkan dari Abu Jaafar a.s: Jabir berkata: Aku bertanya kepada beliau tentang ayat ini:
{Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.
(QS: 10:47)}
Beliau a.s menjawab: “Maksud batinnya ialah di setiap abad untuk umat ini akan ada seorang Rasul dari keluarga Muhammad yang akan keluar kepada mereka pada abad itu, dan mereka adalah yang terpilih dan mereka juga adalah utusan..” (Tafsir Al-Ayashi, Jilid 2, halaman 123, hadis 23 dan Al-Majlisi juga meriwayatkan dalam kitab Bihar Al-Anwar)
Kita semua tahu bahawa ketika dalam keghaiban kecil, Imam Al-Mahdi mempunyai empat duta atau wakilnya, yang melalui mereka Imam Al-Mahdi berkomunikasi dengan syiahnya, iaitu bukan secara terus atau ‘direct’ tetapi melalui 4 orang wakil itu. Manakala ketika keghaiban besar dan sehinggalah kemunculan Imam Ahmad Al-Hassan a.s., Imam Al-Mahdi berada dalam keghaiban ‘total’.
Dan kami telah pun membuktikan di atas dengan hadith-hadith yang menyatakan Imam Ahmad Al-Hassan a.s akan melalui keghaiban dan pekara atau hal ini (keghaiban) adalah pekara  yang DITEKANKAN oleh Nabi dan Para Imam a.s melalui hadith-hadith mereka.
Jadi, sebagai ‘respon’ kepada hadith di atas yang mereka gunakan, kita juga boleh berhujah bahawa di antara keghaiban besar Imam Al-Mahdi a.s dan seruan Imam Ahmad Al-Hassan a.s, tidak wujud seorang hujjah. Tapi kita tahu dari hadith-hadith Ahlulbait a.s yang menyatakan bahawa keghaiban Imam Al-Mahdi a.s dari kita adalah sebagai hukuman kepada kita, dan kita terpaksa melalui masa tanpa kehadiran hujjah dalam tempoh masa tertentu.
Bantahan ketiga:
Siapakah yang akan menyeru apabila Sufyani keluar?
Bermula pada 23hb. Januari 2015 Imam Ahmad Al-Hassan a.s. telah keluar dari Ghaiba/keghaiban selepas berlangsung selama enam tahun seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith. Kami tidak pernah menyatakan bahawa Imam a.s masih dalam keghaiban, malah beliau a.s telah keluar dan berada bersama bapanya Imam Mahdi a.s dan apabila sampai waktunya dia a.s akan memberitahu kepada kita tentang kebangkitan Al-Sufyani.
Juga, kalian menyebut hadith yang secara dasarnya menyokong dakwaan kami dan bertentangan dengan dakwaan kalian sendiri, iaitu:
Diriwayatkan dari Hathlam ibnu Bashir, aku berkata kepada Ali ibnu Al-Hussein a.s: “Gambarkan kepadaku tentang kemunculan Al-Mahdi dan jelaskan kepadaku secara terperinci dan tanda-tandanya,” Imam Ali Zainal Abidin a.s berkata: ”Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf Al-Silmy di bumi Al-Jazirah(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al-Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu.” (Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.213)
Hadith ini menyatakan bahawa Al-Mahdi akan menghilang, bagaimanapun kalian silap menafsir hadith ini bila menyatakan: “Hadith di atas jelas menyatakan bila Sufyani muncul, Al-Mahdi sudah ada, dan selepas itu menghilang. Pastilah Al-Mahdi sepatutnya sudah ada kerana dialah orangnya yang boleh mengenali Al-Sufyani dan menyeru untuk menentang Al-Sufyani.”
Ada beberapa kesilapan di situ:
Pertamanya, hadith itu tidak menyatakan apabila Sufyani bangkit , sebaliknya ia menyebut “apabila Sufyani MUNCUL..…”
Kedua, Al-Mahdi yang disebut di sini bukannya Imam Al-Mahdi a.s tetapi Imam Ahmad Al-Hassan a.s., kerana kita tahu bahawa Imam Al-Mahdi a.s. telahpun keluar dari keghaiban besar dan tidak akan melalui satu keghaiban lagi. Maka yang akan melalui keghaiban adalah Imam Ahmad Al-Hassan a.s yang telah sedia ada tapi akan ghaib selama enam tahun dan telah keluar dari keghaiban sekarang ini dan in sha Allah akan menunjukkan dan menjelaskan pekara berkaitan Al-Sufyani bila masanya tiba.
Bantahan Keempat:
Mengambil ilmu dan hukum sebelum kebangkitan Al-Qa’im.
Ali anak kepada Muhammad Raf’a dari Ali ibnu Abi Hamza dari Abi Baser, berkata: “Bilakah Faraj?” Beliau bersabda: “Al-Qa’im adalah Imam anak kepada Imam. MEREKA MENGAMBIL HALAL DAN HARAM DARINYA SEBELUM KEBANGKITAN BELIAU A.S.” Aku bertanya: “Semoga Allah memperkukuh keadaanmu, bagaimana jika manusia tidak menjumpai Imamnya, dari siapa harus mengambilnya?” Beliau menjawab: “Jika berlaku sebegitu, cintailah orang yang telah kamu cintai dan tunggulah faraj, pantasnya akan sampai kepada kamu.” (Mu’jam Ahadis Imam Mahdi, Jilid 3, ms.417)
Sekali lagi, dalam jawapan balas kepada hadith ini, ‘Black Banners’ tidak pernah mendakwa yang Imam a.s. telah bangkit, dan oleh kerana itu kami mengambil Halal dan Haram dari beliau a.s. sekarang selepas beliau a.s keluar dari keghaiban dan ajaran beliau a.s sebelum tahun 2008.
Kami juga tidak memahami tafsiran kalian tentang “cintailah orang yang telah kamu cintai ” adalah berkenaan Nathim Al-Uqaily, dan menggunakan kenyataan Ifham sebagai hujah sedangkan kami sudah membuktikan di atas bahawa yang pertama kecundang ketika Fitnah dan yang akan menentang Imam a.s dan berpaling tadah adalah mereka-mereka yang rapat dan dilihat sebagai istimewa kepada Imam a.s sebelum ini.
Hujah ini agak melucukan dan tidak perlukan hujah lain daripada kami.
Bantahan Kelima:
Kenali pemilik akaun ‘Facebook’ melalui ilmunya.
Sebenarnya, sekiranya akaun ‘facebook’ ini dan ‘posting-posting’nya sejak akhir-akhir ini adalah JELAS bahawa ia bukan dari Imam a.s dan bertentangan sama sekali dengan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip dan inti seruan Imam a.s yang kita ketahui sebelum ini.
Kerjasama dengan thaghut, penggunaan bahasa kesat, kata-kata yang tidak sesuai, kemarahan yang tidak terkawal, kekurangan sifat terhormat dan belas kasihan, dan mem-‘block’ dan men-‘delete’ komen-komen, tidak mengucapkan solawat ke atas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya a.s dalam setiap ‘post’nya, membuktikan bahawa ia bukanlah Imam a.s. yang sebenar.
Jadi Ya!, kami sebenarnya menerima hujah kalian dan akaun ‘facebook’ itu benar-benar membuktikan bahawa ia bukanlah dari Imam a.s!.
Dan lain-lain yang kalian sebut sebagai ilmu dari ‘facebook’, adalah Samiri juga mengambil ilmu yang banyak dari Musa a.s dan ajaran-ajarannya dan juga Samiri adalah rapat dengan Musa a.s sebelum pemergian Musa a.s.
Bantahan Terakhir:
Al-Qa’im akan berhubung dengan Ansarnya melalui  Internet
Abu Abdullah a.s berkata: “Apabila Qa’im kami bangkit, Allah akan panjangkan untuk syiah kami pendengaran dan penglihatan antara mereka dan Al-Qaim, apabila beliau ingin bercakap, maka mereka akan mendengar dan melihat beliau, sementara beliau kekal berada di tempatnya.” (Muntakhab Al-Athar, ms.483, Bihar Al-Anwar Jilid 52, ms.336)
Kalian salah dalam menafsir hadis ini!
سمعت أبا عبد الله (ع) يقول: إن قائمنا إذا قام مد الله لشيعتنا في أسماعهم وأبصارهم حتى لا يرون بينهم وبين القائم بريد يكلمهم فيسمعون وينظرون إليه وهو في مكانه. وروى الصافي أيضاً
Ya. Seperti yang Aba Abdullah a.s sebutkan, BILA AL-QAIM KAMI BANGKIT, dia akan berhubung dengan medium seperti yang disebutkan dalam hadith di atas.
Jadi, adakah Imam Ahmad a.s itu BANGKIT ketika keghaibannya sejak dari tahun 2008 sehingga ke hari ini ? Tidak.
Dan ‘Black Banners’ tidak pernah mendakwa sedemikian. Jadi, adalah jelas bahawa kalian telah membantah hujah-hujah kalian sendiri dengan meletakan hadith yang menyatakan kebangkitan, dan bukannya kemunculan!
JADI, adalah jelas bahawa Imam Ahmad a.s belum lagi bangkit dan pihak Pejabat Najaf adalah pembohong, dan pemutarbelit fakta!!

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah