Bahagian 1: Menjawab Bantahan Penyokong Pejabat Najaf

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kepada Ansar Allah,
Pihak Pejabat Najaf dan pengikutnya menyatakan beberapa hujah untuk menolak bahawa Imam Ahmad a.s “berdiam diri” sepenuhnya dan keghaiban dan lain-lain pekara yang berkaitan dengannya. Kamu boleh membaca bantahan mereka pada link di bawah:
Ini adalah jawapan balas kami kepada mereka:
Bantahan Pertama:
Ketiadaan Al-Qa’im a.s
Pengikut Pejabat Najaf cuba membantah dengan menggunakan hadith yang kami gunakan untuk membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s. berada dalam keghaiban dan tidak berhubung dengan Ansarnya selama masa keghaiban itu. Dan ini hadithnya:   
                              
Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali a.s: Aku berada di sisi Nabi saw di dalam rumah Ummu Salamah…sehinggalah kepada sabda Nabi saw: Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali a.s berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaibah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi a.s, jilid 1, ms.296)
في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج.
Mereka mendakwa di dalam sumber pertama hadith itu perkataan “silence” tidak disebut, malah perkataan yang dinyatakan adalah “Yasseer” (يصير) bermaksud “akan terjadi”, dan “Esber” (اصبر) bermaksud “bersabar”, dan “Asabt” (أصبت) bermaksud “[kamu] benar”.
Sekarang mari kita letakkan tiga perkataan alternatif ini kedalam konteks hadith untuk melihat adakah ia sesuai:
Lalu Imam Ali a.s bertanya kepada Rasulullah saw bagaimanakah keadaan keghaiban itu(ghaiba) atau gambaran keadaan keghaiban itu. Dalam jawapan balas Rasulullah saw kepada Imam Ali a.s jika kita gunakan perkataan alternatif yang pertama iaitu “Yasseer” atau “akan berlaku”, ia menjadi tidak masuk akal yang Rasulullah saw memberikan jawapan yang sebegitu kerana Imam Ali a.s bukannya bertanya: “Wahai Rasulullah, adalah ia akan berlaku?” Sedangkan soalan Imam Ali a.s adalah ….” bagaimanakan keadaan keghaiban itu?”. Jadi perkataan “Yaseer” atau “akan berlaku” tidak sesuai dalam konteks hadith ini.
Begitu juga dengan perkataan “Asabt”, yang bermaksud “benar”, atau “kamu benar”, dan ini adalah tidak sesuai LANGSUNG dalam konteks ini kerana ia akan menjadi seperti ini:
“Ali a.s bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah keghaiban itu ? Rasulullah saw menjawab: “Kamu benar” atau “benar” sehinggalah Allah izinkan ia muncul”. Jadi ia tidak sesuai LANSUNG dalam konteks ini, ia tidak sesuai sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris sekalipun. Jadi sudah pastilah ia satu kesilapan!!
Bagaimanapun ada hadis lain yang menyebut “bersabar” dan ianya adalah seperti berikut:
Abdul Rahman ibn Abi Layla berkata: Ali a.s berkata: “Aku ada bersama Nabi saw di rumah Ummi Salamah…[sehingga dia menyebutkan]..kemudian Ali a.s berkata: “Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami seraya meninggikan suaranya  dan berkata: “Berhati-hatilah! Berhati-hatilah! Bila anak kelima dari anak ketujuh dari anak-anakku hilang” Lalu Ali a.s berkata: “Wahai Rasulullah saw! Bagaimanakah keadaan dia semasa keghaiban itu!” Lalu Nabi saw bersabda: “Dia akan bersabar, sehinggalah Allah mengizinkannya untuk keluar”. (Bihar Al-Anwar Jilid 36, ms.335dan Jilid 52, ms.380)
Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata dalam kenyataan Al-Bara’a (kenyataan berlepas diri) 13 haribulan Rejab, dikeluarkan pada 13 haribulan Jamadi Al-Thani 1425 A.H. “Dan aku berkata kepada kalian, apa kaitan antara aku dengan kerajaan yang tidak akan kekal! Tapi aku telah diperintahkan dan aku akan bersabar, sepertimana Imam Ali a.s bersabar, sehinggalah Yang Maha Pengasih (Al-Rahman) memberikan keizinan atas urusanku”.
Sekarang kita dapat lihat versi dengan perkataan “الصمت” atau “berdiam diri” atau “silence” adalah satu-satunya yang 100% dapat diterima akal dan amat sesuai dengan konteks hadith di mana Nabi saw menjawab soalan Imam Ali a.s dan menyatakan bahawa keghaiban itu adalah “silence” atau “berdiam diri”.
Baiklah, kalau sekiranya pengikut Pejabat Najaf masih menolak perkataan “Silence”, apakah ada hadith lain yang menyatakan bahawa keghaiban itu adalah “silence” atau “berdiam diri” dan tiada komunikasi dengan Ansar? YA, ada! Lihat hadith yang berikut ini:
“ ***  Rasulullah saw bersabda kepada Imam Ali a.s: “Wahai Ali, kamu dari aku dan aku dari kamu, dan kamu adalah saudaraku, dan wasiku, dan setelah kewafatanku akan muncul kebencian yang tersimpan di dada-dada manusia kepadamu. Dan akan ada selepasku malapetaka fitnah senyap, setiap ‘Walijah’ dan ‘Bitana’ akan jatuh ke dalamnya. Iaitu ketikamana syiahmu kehilangan anak ke-5 dari anak ke-7mu. Setiap penghuni syurga dan penghuni akan meratapi kehilangannya! Berapa banyak lelaki beriman dan wanita beriman akan berada di dalam kesedihan, kegelisahan dan kebingungan bilamana dia ghaib!”
(Bihar Al-Anwar, Jilid.36ms.338)
Maksud perkataan ‘Walijah’ mengikut kamus Arab adalah: “keakraban[kawan atau saudara] terhadap manusia lainnya dan seseorang yang istimewa, atau seseorang yang manusia lainnya bergantung selain dari keluarganya atau seorang sahabat rahsianya”. 
Manakala maksud perkataan ‘Bitana’ dalam kamus Arab pula adalah: “seseorang yang amat dipercayai dan istimewa dan manusia yang dia percaya, seseorang yang selalu bersamanya dan menemaninya, dan mereka adalah rapat dengannya dan dia tidak menyembunyikan rahsia daripada mereka”.
{Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘Bitana’ “orang dalam” (yang dipercayai)} [QS: 3:118]
Dan “dia” di sini adalah Al-Qa’im keluarga Muhammad saw iaitu Imam Ahmad Al-Hassan a.s, dan dia adalah anak ke-5 dari anak ke-7 dari Amirul Mukminin a.s, dan malapetaka fitnah senyap yang akan berlaku bila dia hilang iaitu keghaibannya yang akan berlangsung selama 6 tahun seperti yang disebut di dalam hadith, dan fitnah keghaiban senyap ini adalah ujian dan tapisan dan pembahagian yang mana ‘Walijah’ and ‘Bitana’ sekalipun akan gagal, iaitu golongan istimewa dari kalangan Ansar dan pimpinan mereka dan mereka yang berpeluang bertemu dengan Al-Qa’im dari Keluarga Nabi Muhammad saw iaitu Imam Ahmad Al-Hassan a.s dan mengambil banyak ilmu dan rahsia dari Imam a.s, yang tiada yang tahu selain dari mereka, dan merekalah yang berbicara tentang dia a.s dan beriman dengan seruannya a.s..!
Al-Asbagh ibn Nabata berkata: “Aku mendatangi Amirul Mukminin a.s dan aku mendapati beliau sedang melakar garis-garis di tanah, lalu aku berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin, mengapa aku melihat anda memikirkan sesuatu dan melukis garis-garis di tanah? Adakah anda menginginkannya (dunia)? Maka beliau a.s berkata: “Demi Allah, aku tidak pernah menginginkanya atau menginginkan dunia ini, tetapi aku berfikir tentang seorang lelaki yang akan lahir daripada kesebelas daripada anak-anakku, beliau adalah Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan hak sebagaimana ia dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (sebelumnya). Akan ada kekeliruan dan keghaiban baginya, umat akan sesat di dalamnya, dan sebahagian yang lain akan mendapat petunjuk di dalamnya “Lalu aku bertanya, “Jadi berapa lamakah  kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi? Lalu beliau a.s berkata: “Enam hari, atau enam bulan, atau enam tahun”. (Ghaybat Al-Toosi, ms.165, hadith 12)
                               عن الأصبغ بن نباتة قال: (أتيت أمير المؤمنين (عليه السلام) فوجدته متفكراً ينكت في الأرض، فقلت: ما لي أراك متفكراً تنكت في الأرض، أرغبة منك فيها؟ فقال: لا والله ما رغبت فيها ولا في الدنيا يوماً قط ولكني فكرت في مولود يكون من ظهر الحادي عشر من ولدي هو المهدي الذي يملأ الأرض عدلاً وقسطاً كما ملئت جوراً وظلماً، تكون له (((غيبة وحيرة)))، يضل فيها أقوام ويهتدي فيها آخرون. فقلت: وكم تكون تلك الحيرة والغيبة؟ قال: ستة أيام أو ستة أشهر أو ست سنين!!! فقلت: وإن هذا لكائن؟ فقال: نعم، كما أنه مخلوق وأنى لك بهذا الأمر ياأصبغ، أولئك خيار هذه الأمة مع أبرار هذه العترة. فقلت: ثم ما يكون بعد ذلك؟ فقال: ثم يفعل الله ما يشاء، فإن له بداءات وإرادات وغايات ونهايات).
المصادر: الغيبة / الطوسي ص165 وص336 , بشارة الإسلام ص60 , كمال الدين وتمام النعمة ص
Sa’eed ibn Jubayr berkata: Aku mendengar Ketua Ahli Ibadah, Ali anak Al-Hussein a.s berkata: “Al-Qa’im kami mempunyai sunnah Nabi-Nabi: …manakala sunnah Nabi Musa a.s pula, ialah ketakutan dan menghilangkan diri”
(Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.217, Kamalul Din wa Tamamul N’ima, ms.322 dan ms.577, Kashf Al-Ghumma, Jilid 3, ms.329)
Jadi, jika keghaiban ini, seperti yang kamu dakwa hanyalah bersembunyi dan Imam a.s masih berhubung dengan Ansar dan Imam a.s boleh menjelaskan kesemua pertanyaan mereka, kenapakah masih akan ada kekeliruan dan “malapetaka fitnah senyap”?
Jadi kita faham dari hadith di atas bahawa Al-Qa’im a.s akan ada ketakutan dan kewaspadaan dan dia a.s akan melalui keghaiban dan ketika keghaiban ini, sahabat-sahabat Al-Qa’im yang beriman dengannya akan menjadi kebingungan, dan berada dalam malapetaka fitnah senyap selepas Al-Qa’im berada dalam keghaiban, dan ramai dari mereka akan kecundang..

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah