Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)
MEKAH ATAU PETRA? TEMPAT SEBENAR KAABAH
~BAHAGIAN KE-2
Ketika kita membaca tentang gambaran kota suci, Petra menepati gambaran tentang kota suci di masa lampau berbanding bumi tandus di Hijaz.
Dan tanah untuk pertanian ini tidak mungkin wujud tanpa adanya air. Terdapat taman-taman umum dan milik pribadi dan air yang mengalir yang dialirkan ke penjuru kota menerusi 5 saluran besar dengan keseluruhan panjang melebihi 55 000 meter.
Hijaz hanya mempunyai purata curahan hujan 4.3 inci setahun.
Bagaimana mungkin suhu padang pasir yang tinggi dan keadaan yang tandus dapat menyediakan peradaban bagi ribuan penduduknya?
Padahal sepatutnya ada bukti tentang kewujudan saluran atau terowong air dan sistem pengairan di sana (Hijaz).
Petra, sebaliknya, mempunyai curahan hujan yang tinggi dan mempunyai bukti wujudnya saluran atau terowong air dan sistem pengairan ini.
"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat, yang kamu sukai.
Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya."
{QS 2:144}
"Sesungguhnya, rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah - yang diberkahi, dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."
(QS 3:96}
Bakkah secara tradisi dalam hal ini telah dihubungkan dengan Mekah.
Dua kata dalam bahasa Arab ini sangat mirip.
Bakkah adalah sebuah kata dari bahasa Semitik kuno yang bermaksud 'menangis atau meratapi'.
Dalam hal ini, Bakkah dapat di ertikan sebagai 'tempat untuk menangis'.
Apa yang membuat sebuah rumah menjadi tempat untuk menangis?
Tentu saja kerana tempat itu mempunyai banyak erti/lambang yang penting.
Dan apa yang lebih penting daripada Al Hajar Aswad (batu hitam) yang ditempatkan di Kaabah?
Rasulullah (sawas) berusaha dalam menjelaskan pentingnya dan kecintaannya kepada Al Hajar Aswad di dalam perkataan dan tindakannya.
Dan adalah cukup untuk diketahui bahwa Rasulullah (sawas) mencium Al Hajar Aswad dan bersujud di atasnya dan Rasulullah (sawas) tidak pernah bersujud di atas bagian apapun dari Kaabah kecuali Al Hajar Aswad.
Dan keagungan dalam perkara ini mencapai kemuncaknya ketika Rasulullah (sawas) bersabda:
“Hadapkan (mukamu) pada Sudut itu kerana itulah (tangan) Kanan Allah di dalam ciptaanNya.
Dia (swt) bersalaman dengan ciptaan-Nya menggunakan sudut itu, jabatan tangan dari seorang hamba atau orang luar dan Allah bersaksi bagi seseorang yang menghadapkan wajahnya pada sudut itu bahwa ia telah telah tiba.”
Dan apa yang dimaksud dengan Sudut itu adalah Al Hajar Aswad kerana batu itu ditempatkan di dalamnya dan para Imam (as) telah mengikuti sunnah Rasulullah dalam menjelaskan pentingnya Al Hajar Aswad di dalam perkataan dan tindakan mereka.
Mereka (as) telah menjelaskan bahwa batu hitam itu adalah pembawa Kitab Wasiat dan Perjanjian yang Adam (as) tangisi selama 40 hari dan Adam membuat tempat duduk supaya dia dapat menangis dekat batu itu supaya ia dapat menebus dosa-dosanya iaitu dosa melanggar perjanjiannya dengan Allah.
"Dan sesungguhnya, telah Kami perjanjikan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perjanjian itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat."
{QS 20:115}
Inilah Baitullah yang menjadi tempat untuk meratap dan memohon belas kasihan Allah buat hamba-hamba-Nya.
Ketika air di dalam semua pundi-pundi telah habis, Siti Hajar merasa sangat haus dan begitu juga dengan anaknya. Ia memandang Ismail yang berguling-guling kehausan.
Siti Hajar lalu meninggalkannya kerana tidak tahan melihat anaknya dan ia melihat bahawa bukit Safa adalah bukit yang paling dekat dengannya. Ia lalu berdiri di atas puncak bukit Safa dan memandang ke lembahnya dengan teliti agar dapat melihat seseorang (yang dapat menolongnya) tetapi ia tidak melihat siapapun.
Lalu ia menuruni Safa dan ketika ia sampai di lembahnya, ia menarik jubahnya ke atas dan berlari ke lembahnya seperti orang yang sedang kesedihan dan menderita sampai ia menyeberangi lembah itu dan tiba ke bukit Marwa dimana ia berdiri di puncaknya dan mulai melihat-lihat berharap melihat seseorang namun ia tidak melihat seorang pun.
Siti Hajar berlari antara Safa dan Marwa sebanyak tujuh kali.
Dan disinilah di Petra, tempat dimana bukit Safa dan Marwa berada.
Lihatlah bukit-bukit ini sendiri.
Bagaimana mungkin bukit-bukit ini dapat dibandingkan dengan bukit yang ada di Hijaz?
Di Hijaz hanya terdapat 2 batu besar yang ditempatkan di dalam bangunan masjid.
Anda tidak dapat memanjat batu itu pada hari ini, sedangkan di dalam hadis-hadis Islam terdapat bukti-bukti bahawa bukit Safa dan Marwa mesti dipanjat.
“Memanjat bukit Safa dan Marwa dan berdoa untuk kemakmuran dan kesejahteraan zahir dan batin sangatlah dianjurkan.”
(Fiqh us-Sunnah 5:90)
Sa’id bin Mansur menceritakan bahwa Saudah, istri kepada ‘Urwah bin al-Zubair, melakukan Sa’i di antara Safa dan Marwa dan oleh kerana dia seorang wanita yang besar dan gemuk maka ia menyelesaikannya dalam masa 3 hari.
Yang perlu diingat adalah bahwa kota kuno Mekah dipenuhi oleh berhala yang ditempatkan pada tanah-tanah di perbukitan tetapi di Hijaz tidak ada tapak atau podium bagi berhala-berhala ini ataupun jalan lintasan atau lorong yang membawa kita kepada berhala-berhala tersebut.
Tidak ada sebarang bukti bagi kewujudan berhala-berhala ini.
Di Petra terdapat bukti untuk tapak/platfom dan jalan-jalan lintasan yang menuju kepada penyembahan berhala.
Malah terdapat sebuah jalan yang membawa secara langsung dari satu bukit ke bukit lainnya.
Dan ketika Nabi (sawas) melakukan tawaf di Kaabah baginda (sawas) melakukan Ramal (berlari kecil) pada tiga putaran pertama dan di empat putaran terakhir baginda (sawas) biasanya berjalan dan ketika melakukan tawaf di antara Safa dan Marwa baginda (sawas) biasanya berlari di tengah-tengah jalan laluan air hujan. (Sahih Al Bukhari, Hadis 2:685)
Jalan laluan air hujan ini dapat ditemukan pada jalan yang memisahkan antara bukit Safa dan bukit Marwa.
Tanah tandus Hijaz tidak dapat dibandingkan dengan lembah Petra di Jordan.
Tetapi bagaimana pula dengan telaga air Zamzam?
Apakah terdapat bukti-bukti yang menyokong kewujudannya di Petra?
Menariknya, kata ’telaga’ di dalam bahasa Arab bererti tempat penyimpanan air.
Ianya boleh bermaksud telaga atau tangki air (dibawah tanah).
Petra diketahui sebagai kota yang mempunyai sistem.
Sebagaimana Kaabah, telaga zamzam juga telah hilang disepanjang sejarah, namun telaga ini berada di area dimana Kaabah yang dulu berdiri.
Terdapat beberapa batu besar yang masih berdiri pada hari ini yang menggarisi tempat suci Kaabah dimana membunuh dan berburu binatang dilarang.
Dikenali sebagai Blok Djinn disana terdapat sebanyak 26 batu yang ditemukan yang menggarisi kota Petra.
Bagi umat Muslim yang pertama kali berhaji ke Mekah, blok-blok batu besar ini akan dapat dilihat dari sejak awal mula perjalanan dan ianya dapat ditemui di semua penjuru kota.
Tinggi setiap batu tersebut kira-kira 20 kaki dan batu-batu itu sebagai penanda yang jelas yang menunjukkan daerah Baitullah yang suci.
Di Hijaz tidak ada penanda yang membatasi daerah Baitullah yang suci.
Berikut ini adalah garis kasar yang menepati atau sesuai dengan Petra tentang bagaimana kaum Muslim melakukan Haji berdasarkan kitab Tabari jilid 9 halaman 14.
Hari pertama akan meliputi memakai pakaian berhaji (ihram) dan ritual penyucian di mata air yang dikenali pada hari ini sebagai mata Air Musa (Wadi Musa).
Umat islam yang melakukan haji ini kemudiannya akan mengikuti jalan Siq ke jantung kota Petra.
Lalu mereka akan mengelilingi Kaaba dan melewati antara Safa dan Marwa dan bermalam di Mina.
Panjang semua perjalanan ini antara 7-8 kilometer.
Di pagi hari kedua, para peziarah apabila selesai makan akan memulai perjalanan menuju bukit Arafah yang dikenali pada hari ini sebagai Bukit Harun dan berhenti disana untuk berdoa dari tengah hari sampai matahari terbenam.
Peziarah kemudian akan menuruni bukit melalui Muzdalifah dan menuju tempat perkemahan Dhu Al Hulaifa dan mengumpulkan batu untuk keesokan harinya.
Panjang perjalanan ini juga 7-8 km.
Di hari ketiga peziarah akan kembali ke Mina dan melontar batu ke tiang yang terbesar.
Setelah melontar batu ke tiang, mereka kemudian akan meneruskan dengan mengelilingi Baitullah dan melewati bukit Safa dan Marwa sebanyak 7 kali.
Jumlah hari yang dihabiskan untuk memanjat bukit-bukit ini akan berbeza bagi setiap peziarah.
Ada peziarah dapat melakukannya dalam waktu sehari, yang lainnya dalam waktu 3 hari.
Dan setelah menyelesaikannya, para peziarah akan kembali ke Mina yang keseluruhan jaraknya mencapai 7-8 km.
Pada hari ke-4 atau ke-6 bergantung kepada kemampuan masing-masing, para peziarah akan kemudian melontar batu kepada 3 tiang mrngikut turutan, dan kembali ke Kaabah untuk mengelilinginya buat kali terakhir.
Disinilah para peziarah akan menyelesaikan perjalanan yang ditempuhinya sepanjang 3-5 km.
Dengan garis kasar perjalanan ini maka adalah lebih mudah untuk difahami bagaimana seorang umat islam melakukan ibadah haji di masa lampau.
Tetapi bagaimana pula dengan wahyu yang diterima oleh Muhammad (sawas) dan gua tempat dimana beliau menerima wahyu dari Allah?
Dimanakah tempatnya di Petra?
Di dalam 'Kitab Sirah Rasulullah' , Ibn Ishaq mengatakan kepada kita tentang lokasi Bukit Hira':
“Sekarang (Umar) al-Khattab telah terlalu menggangu Zaid sehingga memaksa Zaid untuk lari ke perbukitan tinggi di Mekah, dan Zaid berhenti di Bukit Hira, menghadap ke kota.”
Di sebelah utara menghadap ke kota berdiri perbukitan yang lain yang mempunyai jalur jalan yang sama seperti Siq yang menuju ke jantung kota.
Sepanjang waktu, aliran air hujan membentuk jalur jalan ini dan di sebuah gua dikunjungi orang ramai terpahat batu berhala direlung-relung batu.
Bahkan terdapat pahatan bulan sabit yang sama di dalam gua.
Gambaran ini amat menyerupai dengan gambaran tentang gua Hira.
Aku sedang menemani Nabi di gua dan ketika melihat pahatan kaum Jahiliyyah, aku berkata:
“Ya Rasulullah! Jika salah seorang dari mereka (kaum Jahiliyah) mengangkat kakinya, ia akan melihat kita.”
Nabi bersabda, “Apa yang kamu pikir tentang dua (dewa), yang mana yang ketiganya adalah Allah?” – Bukhari 6:186
Gua ini adalah tempat yang baik untuk bermeditasi dan beribadah.
Rasulullah akan berdoa bersendirian di Hira setiap tahun selama satu bulan untuk melakukan tahannuts (berkhalwat) sebagaimana kebiasaan kaum Quraish pada masa jahiliyyah.
(Ibn Hisham 51, hlm 92)
Baginda (sawas) biasanya bersendirian di dalam gua Hira untuk berdoa terus-menerus selama berhari-hari sebelum akhirnya pulang untuk melihat keluarga baginda.
Baginda (sawas) biasanya membawa makanan yang cukup untuk tinggal beberapa lama di gua dan kemudian kembali lagi kepada Khadijah untuk mengambil makanan dan kembali ke gua dan begitulah seterusnya, sehinggalah tiba-tiba kebenaran diturunkan kepadanya ketika Nabi berada di dalam gua Hira.
Sekarang ketika sudah terbukti melalui bukti-bukti bahawa tempat asli Kaabah adalah di Petra dan bukannya di Hijaz, marilah kita melihat ketidaktepatan dan pemalsuan sejarah yang telah tersebar sepanjang sejarah.
Penyebutan tentang Kaabah dan bahkan ritual Haji tidak terdapat di Hijaz semasa era Nabi (sawas).
... bersambung...
Pendahuluan
Bahagian 1
Comments
Post a Comment