Fitnah keghaiban “SENYAP”
Seperti yang kita ketahui dari hadith-hadith dan disahkan oleh pengarang-pengarang Ansari dalam kitab-kitab mereka bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s akan mengalami keghaiban.
Jadi, kita harus bertanyakan 3 soalan:
1. Berapa lama keghaiban ini?
2. Apa yang akan berlaku kepada umat semasa keghaiban ini?
3. Bagaimana keadaan Imam Ahmad Al-Hassan a.s semasa keghaiban ini?
2. Apa yang akan berlaku kepada umat semasa keghaiban ini?
3. Bagaimana keadaan Imam Ahmad Al-Hassan a.s semasa keghaiban ini?
1- Berapa lama keghaiban ini ?
Al-Asbagh ibn Nabata berkata: “Aku mendatangi Amirul Mukminin a.s dan aku mendapati beliau sedang melakar garis-garis di tanah, lalu aku berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin, mengapa aku melihat anda memikirkan sesuatu dan melukis garis-garis di tanah? Adakah anda menginginkannya (dunia)?”. Maka beliau a.s berkata: “Demi Allah, aku tidak pernah menginginkannya atau menginginkan dunia ini, tetapi aku berfikir tentang seorang lelaki yang akan lahir daripada kesebelas daripada anak-anakku, beliau adalah Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan hak sebagaimana ia dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (sebelumnya). Akan ada kekeliruan dan keghaiban baginya, umat akan sesat di dalamnya, dan sebahagian yang lain akan mendapat petunjuk di dalamnya”. Lalu aku bertanya: “Jadi berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi?”. Lalu beliau a.s berkata: “Enam hari, atau enam bulan, atau enam tahun”.
(Ghaibah Al-Tusi ms.165, hadis 127)
Yang ke-11 dari anak a.s Imam Ali? Anak ke-11 adalah Imam Mahdi a.s. Jadi yang akan lahir daripada Imam Mahdi a.s? Ahmad Al-Hassan a.s.
2- Apa yang akan berlaku kepada orang yang beriman semasa keghaiban ini ?
Rasulullah saw berkata: “Wahai Ali, kamu adalah dari aku dan aku adalah dari kamu, dan kamu adalah saudara dan wazirku dan bila aku wafat akan muncul kebencian yang selama ini tersimpan di dada manusia. Dan akan ada selepasku bencana ‘Fitnah Senyap’, yang mana setiap yang tersimpan di dalam dan tersembunyi (setiap munafik) akan jatuh di dalamnya. Dan itu adalah apabila Syiah kamu kehilangan yang kelima daripada ketujuh anak-anak kamu. Penduduk langit dan bumi akan berdukacita bagi kehilangannya! Berapa ramai orang-orang dan wanita akan menjadi pedih dan cemas dan keliru apabila dia hilang!”.
(Bihar Al-Anwar, Jilid 26, ms.350, Ghayat Al-Maram Jilid 1, ms.212)
Siapakah “kelima dari anak-anak yang ketujuh” dari anak-anak Imam Ali a.s?
Pertama mari kita mengira dan melihat anak ke-7, maka kita boleh lihat yang 5 dari ke-7.
anak pertama adalah Al-Hassan a.s
kedua ialah Al-Hussein a.s
ketiga ialah Ali Zainal Abidin a.s
keempat adalah Muhammad Al-Baqir a.s
kelima adalah Ash-Shodiq a.s
keenam adalah Musa Al-Kadzim a.s
ketujuh adalah Ali Ar-Ridha a.s
kedua ialah Al-Hussein a.s
ketiga ialah Ali Zainal Abidin a.s
keempat adalah Muhammad Al-Baqir a.s
kelima adalah Ash-Shodiq a.s
keenam adalah Musa Al-Kadzim a.s
ketujuh adalah Ali Ar-Ridha a.s
Jadi anak ke-7 adalah Imam Ali Ar-Ridha a.s
Kini kita boleh melihat siapa yang ke 5 dari Imam Ali Ar-Ridha a.s:
pertama adalah Muhammad Al-Jawwad a.s
kedua Ali Al-Hadi a.s
ketiga ialah Hassan Al-Askari a.s
Ke empat adalah Muhammad Al-Mahdi a.s
kelima adalah Ahmad Al-Hassan! (Salam sejahtera ke atas mereka semua)
kedua Ali Al-Hadi a.s
ketiga ialah Hassan Al-Askari a.s
Ke empat adalah Muhammad Al-Mahdi a.s
kelima adalah Ahmad Al-Hassan! (Salam sejahtera ke atas mereka semua)
3- Jadi bagaimana keadaan Imam Ahmad a.s semasa keghaiban ini ?
“… Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami, meninggikan suaranya dan bersabda: “Berwaspadalah apabila yang kelima daripada anak ketujuh dariku ghaib”. Lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah dengan keghaiban itu?”. Lalu Baginda saw bersabda: “Berdiam diri, sehinggalah Allah mengizinkannya untuk muncul … “.
(Al-Bihar 36/333, Ithbat Al-Hudat 1/589, Ensiklopedia Hadis Imam Mahdi 63, 164)
“Sheikh” Ansari mengesahkan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s masuk ke dalam keghaiban selepas serangan terakhir pada Hauzah Ansar di Iraq pada 2008. Dalam satu jawapan beliau, Ibtissam Ahmad (salah satu orang ‘admin’ laman web rasmi arab) berkata: “Imam a.s bersembunyi dari musuh-musuhnya dan tidak ghaib….”; dan dia menghuraikan; dan mengatakan bahawa Imam a.s masih di dalam komunikasi dengan Ansar; dan dia masih menjawab soalan; dan lain-lain di dalam “persembunyian ini”, namun di dalam jawapan lain dia menyebutkan dari riwayat-riwayat di mana ia mengatakan bahawa Imam a.s akan “ghaib”; dan bukannya “menyembunyikan diri tetapi masih berkomunikasi dengan Ansar”. Juga riwayat mengatakan bahawa jika Imam a.s ghaib, beliau akan “senyap”.
Jadi di manakah riwayat-riwayat yang mengatakan bahawa Imam a.s akan “ghaib tetapi masih berkomunikasi dengan Ansar”?.
Comments
Post a Comment