Bab 4 : Mimbar Mesir
Abaya Al-Asady berkata: “Aku mendengar Amirul Mukminin Imam Ali (a.s) berkata: “Demi sesungguhnya aku akan membina suatu mimbar di Mesir”. Maka saya berkata: “Wahai Amirul Mukminin, kamu berkata seperti kamu akan bangkit dari kematianmu”. Beliau (a.s) berkata: “Alangkah tersasarnya, wahai Abayah! Kamu telah masuk ke dalam mazhab yang salah, seorang lelaki dari keturunanku akan melakukannya”.(9)
Juga disampaikan hadis dari beliau (a.s) ketika menyebut berkaitan Al-Mahdi (a.s) dan para sahabat beliau (a.s):
“…dan seorang yang AMAT BENAR akan berjalan bersama PANJI PETUNJUK…beliau kemudian pergi ke Mesir dan mendirikan mimbarnya dan bersyarah kepada manusia…dan memasukkan ilmu ke dalam hati orang-orang yang beriman. Maka tiada seseorang pun dari kalangan beriman yang memerlukan ilmu yang dimiliki oleh saudaranya dan ketika itu penafsiran ayat berikut menjadi kenyataan…..
“…maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurnia-Nya” (QS: Surah An Nisa’: 130). (10)

Di dalam hadis ini, beliau (a.s) telah menjelaskan bahawa Mimbar Mesir akan dibangunkan dahulu sebelum kehadiran Al-Mahdi (a.s) ke Mesir, bermakna ia adalah suatu pentas media yang dibina dan diatur oleh mereka yang beriman dan mulia di Mesir.
Pada tahun 2008 setelah beriman dengan seruan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), Abdullah Hashem dan sekumpulan mereka yang beriman berhijrah ke Mesir dan selama beberapa tahun seterusnya telah menghasilkan dan menyebarkan pelbagai bahan video dan media berkaitan seruan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) ke empat penjuru bumi, tugas yang masih mereka laksanakan sehingga ke hari ini.
Rujukan:
(9)-Bihar Al-Anwar, Jilid 53, ms.59.
(10)-Bihar Al-Anwar, Jilid 53, ms.85 & Bisharat Al-Islam, ms.74.
(9)-Bihar Al-Anwar, Jilid 53, ms.59.
(10)-Bihar Al-Anwar, Jilid 53, ms.85 & Bisharat Al-Islam, ms.74.
Comments
Post a Comment