Bab 2 : Seruan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)

Abu Abdullah (a.s) berkata: “Rasulullah (SAW) berkata: “Khabar gembira kepada sesiapa sahaja yang menyedari akan Qaim dari Ahlul Bait (a.s) dan mengikuti ajarannya sebelum kebangkitan Qaim, membantu pembantunya; dan meninggalkan musuh-musuhnya; dan mentaati (perintah-perintah) dari para Imam (a.s) yang memimpin sebelum beliau (a.s). Merekalah sahabat-sahabatku dan kecintaanku; dan yang paling terhormat dari kalangan umatku. Rifaa’ berkata: (dan ciptaan Allah yang paling mulia kepadaku)”.(5)
Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Beliau (Al-Qaim) yang akan khuruj (keluar) tidak akan muncul sehingga telah muncul 12 lelaki (para 12 orang Imam (a.s)) dari Bani Hashim sebelum beliau, kesemua mereka menyeru manusia kepada mereka (a.s)”.(6)
Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) berkata: “Zuhurnya (munculnya) Sufyani, Yamani dan Khurasani adalah pada satu tahun, satu bulan, satu hari, seperti susunan butiran manik-manik, sebahagian manusia akan mengikuti sebahagian dari mereka; dan akan berlaku kesengsaraan pada setiap wajah. Jauhilah orang-orang yang menjauhi mereka dan tidak ada panji yang lebih terpimpin dari panji Yamani, panji beliau adalah panji kepimpinan kerana beliau menyeru/memanggil kepada Sahib Al-Zaman (Pemilik Urusan/Al-Mahdi) kalian. Maka apabila Yamani zuhur (muncul), beliau akan mengharamkan ke atas semua manusia dan Muslim sebarang urusniaga senjata; dan jika Yamani zuhur maka bangkitlah kepada beliau. Sesungguhnya, panjinya adalah petunjuk dan tidak dibenarkan seorang Muslim pun untuk berpaling dari beliau. Dan sesiapa yang berpaling maka dia adalah dari penghuni neraka kerana beliau menyeru/memanggil kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus”.(7)
Di sini para Imam (a.s) yang suci menjelaskan kedudukkan dan jawatan Al- Yamani (a.s); dan menjelaskan juga kewajiban untuk menyertai beliau (a.s); dan ingatlah bahawa Allah (SWT) hanya akan mewajibkan kita mentaati Imam yang maksum.
Rujukan:
(5)-Ghaybat Al-Toosi ms.456, Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.130.
(6)-Kitab Al-Ghibah oleh Sheikh Al-Tusi, ms.437. Al-Ershad oleh Sheikh Al-Mufid, Jilid 2, ms.327. E’lam Alhoda be’lam Alwara, Jilid 2, ms.280.
(7)-Ghaybat Al-Numani, ms.264.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah