Jabir Ibn Yazid Al-Ju’fi


Adalah sahabat terkemuka Imam Muhammad Al-Baqir a.s. Jabir Ibn Yazid Al-Ju’fi menyimpan banyak rahsia yang mana sahabat lain kepada Imam Baqir a.s tidak mampu untuk menanggungnya dan bila sebilangan sahabat berbicara tentang hadith rahsia tersebut, mereka merasakan ianya aneh dan mustahil!
1~Ziad Ibn Abi Halal berkata: Manusia merasa keliru dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Jabir Al-Ju’fi kepada mereka hingga sampai ke peringkat mereka merasakan Jabir mereka-reka hadith-hadith tersebut.
2~Jabir sendiri berkata bahawa Imam Baqir a.s memberitahunya 70,000 hadith dan dia tidak memberitahu kepada seseorangpun. Satu hari dia pergi menemui Imam Baqir a.s dan berkata: “Semoga aku menjadi tebusan Tuan, Tuan meletakan beban yang berat di dadaku dengan memberitahu hadith-hadith ini, sehingga sampai ke peringkat ada ketikanya aku merasakan dadaku mendidih dan aku rasakan aku akan menjadi gila”. Lalu Imam Baqir a.s menyatakan kepadanya bila sahaja dia merasakan demikian, agar dia pergi ke gurun dan menggali satu lubang lalu meletakkan kepalanya dan berkata kepada bumi….”Sesungguhnya aku mendengar Imam Al-Baqir a.s berkata demikian dan demikian….”
3- Imam Baqir a.s berkata: “Jabir adalah lautan ilmu dan hujjah dariku kepada manusia.”
4- Ketika Jabir masih remaja, dia pergi menemui Imam Baqir a.s buat pertama kalinya dan memberitahu Imam a.s yang dia inginkan ilmu,.. Lalu Imam a.s memberinya dua kitab dan memyuruhnya merahsiakan kandungan salah satu kitab itu dari manusia dan jika dia melakukan itu, maka laknat Ahlulbait a.s akan berada ke atasnya selama-lamanya..dan bagi kitab yang satu lagi Imam a.s mengarah-kannya supaya mendedahkan kepada masyarakat selepas kejatuhan Kerajaan Umayyah- lalu apabila Walid l.a terbunuh, Jabir mengenakan serban merah di kepa-lanya dan pergi ke masjid kufah dan membacakan hadith-hadith…..
بحار الانوار، ج 46، ص 427، ح 6.
بحار الانوار، ج 46، ص 340، ح 30.
منتهی الامال، ج 2، ص 195 و 196.
Dari cerita-cerita berikut maka kita mengetahui maqam atau tahap ilmunya Jabir (dia juga dikenali sebagai Salman Al-Farsi di zaman Imam Baqir a.s).
1~Beberapa orang datang menemui Jabir Al-Jufi dan mengajaknya menolong mereka membina masjid. Jabir berkata: “Aku tidak akan menolong kalian membina masjid di mana orang beriman akan terjatuh darinya dan meninggal dunia…” lalu mereka berkata yang Jabir seorang yang tamak dan pemalas, dan memang tidak ingin membantu mereka. Keesokkannya seorang pekerja terjatuh dan meninggal dunia.
2~Salah seorang dari kawan Jabir memberitahu bahawa Hisham mengarahkan Jabir mengadap beliau- Aku pergi bersamanya sehinggalah kami melalui sebuah gurun, dan kami melihat seorang gembala yang mempunyai banyak biri-biri. Seekor dari induk biri-biri itu memanggil anaknya yang berada di kejauhan -tiba-tiba Jabir tertawa- Jadi aku bertanya kepadanya: “Kenapa kamu tertawa?”. Jabir berkata: “Induk biri-biri ini memanggil anaknya, akan tetapi anaknya tidak mahu datang- lalu induk biri-biri berkata kepada anaknya supaya menjauhi tempat di mana anaknya berada kerana pada tahun lepas, di tempat yang sama, saudaranya dimakan oleh serigala”. Lalu aku berkata: “Sekarang aku akan mengetahui sama ada kamu seorang yang benar atau tidak!”. Lalu aku bertanya kepada gembala itu, dan dia mengesahkan cerita Jabir itu. Jadi aku kembali menemui Jabir dan berkata kepadanya: “Ya, kamu telah berkata benar”.
3~Perawi yang sama meriwayatkan: satu hari aku dan Jabir tiba di Kufah -di sana ada seorang lelaki yang mempunyai cin-cin permata yang sangat mahal. Jabir meminta lelaki itu menunjukkan cincin itu kepadanya. Lelaki menyerahkan cincinnya kepada Jabir untuk dilihat. Jabir mengambil cincin itu lalu membuangnya ke dalam sungai. Lelaki itu menjadi marah- Jabir berkata kepadanya: “Adakah kamu ingin mengambilnya semula?”. Lelaki itu menjawab: “Ya”. Jabir menunjukkan ke arah sungai, lalu air sungai menaikkan kembali cincin itu dan lelaki itu pun mengambil kembali cincinnya.
4~Seorang lelaki datang kepada Jabir dan Jabir bertanya kepadanya, adakah dia ingin bertemu dengan Imam Al-Baqir a.s. Lelaki itu menjawab: “Ya”. Jabir mengusap mata lelaki tersebut dan secara tiba-tiba lelaki itu mendapati dia berada di Madinah. Lelaki itu menjadi keliru dan berkata kepada dirinya sendiri: “Jika aku mempunyai paku, nescaya aku akan pakukan di satu tempat di sini, dan bila aku datang menunaikan haji pada tahun hadapan, aku dapat melihatnya sebagai satu tanda”.  Lelaki itu berkata lagi -sedang aku berfikir tentang pekara itu, lalu Jabir datang dan ditangannya ada paku- dia memberikannya kepadaku dan aku menjadi takut -lalu Jabir berkata kepadaku: “Ini adalah perbuatan hamba Allah SWT dengan izin-Nya- Kalaulah kamu melihat apa yang tuan aku, Imam Al-Baqir a.s mampu lakukan, apa yang bakal kamu katakan nanti?..kemudian ia ghaib dari pandanganku. Aku pergi ke rumah Imam Al-Baqir a.s dan aku melihat Jabir berada di sana. Kemudian Imam Al-Baqir a.s berkata kepada Jabir: “Kamu lemaskan dia di dalam ilmu seperti mana Nabi Nuh a.s melemaskan umatnya di dalam air.” Kemudian Jabir berkata kepadaku: “Barangsiapa yang tunduk kepada suruhan Tuhan -langit dan bumi akan tunduk kepadanya. Sekarang ke mana kamu ingin pergi?”. Aku menjawab: “Kufah”. Jabir berkata: “Kalau begitu, Kufah!”. Sebelum dia menghabiskan kata-katanya, aku mendapati aku berada di Kufah- Aku lihat Jabir sedang duduk di sana. Lalu aku bertanya kepada orang-orang di situ, adakah Jabir pernah meninggalkan tempatnya duduk? Mereka menjawab: “Tidak”.
بحار الانوار، ج 69، باب 37، روایات 1 و 2 و 15

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah