Bagaimana Seruan ‘Black Banners’ Bermula ?
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala Puji-Pujian hanya milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi a.s.
Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi a.s.
Kami adalah Ansar Allah, Ansar Imam Mahdi a.s. dan anak dan wasinya dan Imam Ahmad Al-Hassan a.s.
***
Bagaimana seruan ‘Black Banners’ bermula?
Pada hari kematian Raja Abdullah, iaitu 23hb. Januari 2015, duabelas lelaki mendakwa bahawa mereka dibawa oleh Imam Ahmad Al-Hassan a.s untuk bertemu dengan Imam Mahdi a.s dan Imam Mahdi a.s mendedahkan kepada mereka konspirasi yang berlaku terhadap Imam a.s, bagaimana Pejabat Najaf dan Sheikh-Sheikh mereka berkomplot mengkhianati Imam a.s dan menandatangani dokumen untuk menyerahkan Imam a.s kepada Kerajaan Thaghut, merampas hak Imam a.s, merampas identiti Imam a.s dan menyamar sebagai Imam a.s. Imam a.s juga mendedahkan yang beliau a.s berada dalam keghaiban sejak tahun 2008. Imam a.s juga mendedahkan banyak pekara lain yang akan dibincangkan kemudian, in sha Allah, dalam topik-topik akan datang.
Pada hari itu juga, 12 lelaki itu memberitahu khabar gembira kemunculan Al-Hujjah a.s dan mereka juga mengumumkan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s yang memberi khabar gembira itu dan Imam a.s jugalah yang mengibarkan panji hitam, ‘The Black Banners’, seperti yang disebut di dalam hadith-hadith Ahlul Bait a.s.
Apakah nas atau dalil yang membuktikan dakwaan mereka pada hari kematian Raja Abdullah itu? Di sini kami sertakan salah satu ‘link channel YouTube’ di mana satu video telah dimuatnaik sebagai bukti dakwaan di atas, anda boleh lihat tarikh ia dimuatnaik, iaitu 23hb. Januari 2015.
Tapi mengapakah ia begitu penting bahawa mereka adalah yang pertama memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah a.s selepas kematian Raja Abdullah? Ini adalah kerana ia membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s bersama mereka dan mereka berada dipihak yang benar. Mengapa?
Lihat hadith yang berikut ini:
“Rasulullah saw bersabda: “Hijaz akan di perintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama haiwan (Raja Fahd ~harimau kumbang). Jika kamu melihatnya dari jauh kamu akan melihat dia bermata juling dan jika kamu menghampirinya, kamu melihat tidak ada apa-apa yang salah dengan matanya. Saudaranya bernama Abdullah akan mengantikannya. Kecelakaan besar bagi syiah kamu (Nabi saw mengulanginya sebanyak tiga kali). Berilah khabar gembira kematiannya dan aku akan berikan berita gembira kemunculan Al-HUJJAH”. (Kitab 250 tanda-tanda Al-Qa’im, ms.122)
Hadis ini sendiri adalah satu mukjizat. Ia dipenuhi dengan segala ‘detail’ seperti yang kita tahu. Raja Fahd dari Saudi Arabia yang namanya bermaksud sejenis haiwan(harimau kumbang), dan dia juga kelihatan juling dari jauh dan kelihatan ‘normal’ dari dekat, bila dia meninggal, adiknya Raja Abdullah menggantikannya memerintah Hijaz dan umat syiah ditekan dengan teruk di bawah pemerintahannya. Dan di bahagian akhir hadith tersebut, Nabi saw bersabda: “berikan khabar gembira [kematian Raja Abdullah] dan aku akan memberikan khabar gembira kemunculan Al-Hujjah”.
‘Black Banners’ mendakwa bahawa yang pertama memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah mestilah benar (sepertimana Imam Ahmad Al-Hassan a.s dan Ahlul Bait a.s berkata bahawa orang yang pertama mendakwa adalah pendakwa sebenar, kerana tiada yang menuntut wasiat kecuali tuan empunyanya). Jadi konsepnya adalah sama, mengapa? Kerana hadith tentang kematian Raja Abdullah, Rasulullah saw berkata berikan khabar gembira kematian (Raja Abdullah) dan aku akan berikan khabar gembira kemunculan Al-Hujjah. Jadi tiada orang selain Nabi Muhammad saw yang boleh memberi khabar gembira kemunculan Al-Hujjah. Namun, oleh kerana Nabi Muhammad saw tidak berada bersama kita secara fizikal pada masa dan zaman ini, jadi siapakah yang mewakili Nabi Muhammad saw pada ketika ini? Imam Ahmad Al-Hassan a.s yang namanya sama dengan nama Nabi saw dan nama bapanya sama dengan nama bapa Nabi saw. Jadi ini bermakna yang pertama datang dan memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah selepas kematian Raja Abdullah mestilah berbicara bagi pihak Al-Hujjah dan berhubung dengan Al-Hujjah (Imam Mahdi a.s). Ini kerana Nabi Muhammad saw menyatakan dirinya sendiri yang memberikan khabar gembira, jadi yang mewakili baginda saw pada ketika inilah yang memberikan khabar gembira itu.
Juga di dalam riwayat oleh Imam As-Shadiq a.s kepada Abu Baseer: Dari Abi Baseer yang mendengar dari Imam Shadiq a.s berkata: “Barangsiapa menjamin untukku kematian Raja Abdullah, aku akan menjamin untuknya Al-Qa’im. Apabila Raja Abdullah meninggal, manusia tidak akan berkumpul/bersetuju atas seseorang pun selepasnya, dan pekara ini tidak akan berakhir kecuali oleh sahabat kalian (Al-Qa’im a.s) in sha Allah, dan kerajaan kiraan tahun akan berakhir, dan digantikan dengan kerajaan kiraan bulan dan hari. Lalu aku berytanya: Adakah itu berlangsung lama? Dia a.s menjawab: Tidak”. (Biharul Anwar, Jilid 52, ms.21).
Jadi Imam As-Shadiq a.s menjamin untuk kita bahawa Al-Hujjah a.s akan muncul tidak lama selepas kematian Raja Abdullah.
Dan benar, 12 lelaki mendakwa pada 23hb, Januari bila Raja Abdullah meninggal, hari yang sama Imam Ahmad Al-Hassan a.s membawa10 dari mereka dan menambah dua lagi lelaki, lalu membawa mereka bertemu Imam Al-Mahdi a.s dan mereka adalah terbaik dari 313 ansar, sahabat Al-Qa’im a.s selepas Imam Ahmad Al-Hassan a.s dan Imam Ahmad Al-Hassan a.s yang mengarahkan mengibar panji hitam, ‘Black Banners’ seperti yang disebut dalam hadith-hadith Ahlul Bait a.s. Dan Imam Ahmad a.s lah yang memberi khabar gembira kemunculan Al-Hujjah, Muhammad Al-Hassan Askari.
Imam Ahmad Al-Hassan a.s menyebut di dalam kitabnya: “An Advice to the students of the Academic Hawzas and to all truth seekers”: Imam Al-Baqir a.s: ”Imam Qa’im a.s akan ghaib selama beberapa tempoh berlalu,” seraya menunjukan tangannya ke arah “Ze tuwa”. Kemudian Imam a.s berkata: “Sebelum dia a.s bangkit, salah seorang pembantunya akan mendatangi salah seorang sahabatnya dan bertanya: “Berapa ramai bilangan kamu di sana?” Akan dijawabnya: “Kami seramai empat puluh orang”. Kemudian dia akan bertanya: “Bagaimana tindakan kamu sekiranya kamu melihat Tuan kamu(Shohibul Asr a.s)”. Balas mereka: “Demi Allah, sekiranya dia menentang gunung sekalipun, kami akan bersama-sama dengannya”. Setelah itu, dia akan pergi kepada mereka dan berkata: “Tunjukkan ketua atau sepuluh orang yang terbaik dikalangan kamu, lalu ditunjukkan mereka kepadanya.” Kemudian mereka berpergian bersama sehingga berjumpa dengan Tuan mereka, dan meninggalkan mereka pada malam berikutnya.” (Ghaibat Al-Nu’mani, ms.187, Tafsir Al-Ayashy, Jilid 2, ms.56, Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.341, Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, Jilid 5, ms.2)
Imam As-Shadiq a.s berkata: “Al-Qa’im tidak akan bangkit sehinggalah 12 lelaki mendakwa mereka bertemu dengannya, lalu manusia menuduh mereka berdusta” (Ghaybat Al-Nu’mani, ms.277)
Comments
Post a Comment