Bab 10 : Penyaringan
Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) berkata: “Demi Allah, kalian akan diuji, dijelaskan dan disaring seperti penyaringan bijirin yang pahit dari gandum”.(19)
Abu Abdullah (a.s) berkata: “Akan ada nanti sangat sedikit bangsa Arab yang bersama Qaim (Mahdi)”. Maka dikatakan kepada beliau (a.s): “Tetapi sangat ramai dari mereka (bangsa Arab) yang menyebut akan urusan ini (Qaim)”!!!. Maka beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan diklasifikasikan; dan ramai manusia akan gagal”.(20)
Adalah amat jelas dari kata-kata para Imam (a.s) yang suci bahawa akan berlaku penyaringan dan penapisan; dan ramai dari mereka yang mendakwa beriman dengan Qaim akan terkeluar dari keimanan sebagaimana hampas akan terlekat pada penapis; dan hanya yang tulen dan berkualiti akan melepasi tapisan.
Rujukan:
(19)-Ghaibat Al-Numani, ms.32.
(20)-Ghaibat Al-Numani, ms.204.
(19)-Ghaibat Al-Numani, ms.32.
(20)-Ghaibat Al-Numani, ms.204.
Comments
Post a Comment