Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan
Rasulullah (sawas) bersabda: “Panji Hitam dibangkitkan dari Timur, mereka akan menuntut hak mereka, namun tidak akan diberikan dan mereka akan menuntutnya sekali lagi, namun juga tidak diberikan; dan mereka akan menuntutnya untuk kali terakhir, namun juga tidak diberikan, maka mereka akan berperang; dan diberikan kemenangan, maka barangsiapa di antara kamu atau dari keturunan kamu yang melihat mereka, maka hendaklah kamu pergi kepada Imam dari Ahlulbaitku, meskipun merangkak di atas salji, kerana mereka adalah panji kebenaran”.
Panji Hitam dari timur adalah salah satu dari tanda-tanda akhir zaman yang paling dinantikan di dalam sejarah Islam. Baik Sunni mahupun Syiah, kedua-duanya mengetahui Al-Mahdi akan muncul mengibarkan panji hitam dan kemunculan itu menandakan waktu yang getir untuk kesemua umat Islam di mana mereka harus memutuskan untuk berjuang di pihak kebenaran atau kesesatan.
Panji ini adalah lagenda dan urusannya tidak harus dipandang ringan. Ianya bukan sekadar bendera hitam tetapi panji yang membimbing kepada Imam Mahdi (a.s), Sang Penyelamat, yang telah dijanjikan kepada seluruh umat Islam untuk muncul pada akhir zaman.
The Black Banners Of the East Satellite Channel
Mempersembahkan kepada anda
Satu program yang disunting dan dipersembahkan oleh Caroline Al Almahdi
Untuk membongkar kepalsuan, untuk menyingkap kebenaran
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)
Adakah kamu masih tidur?
Seruan kebangkitan
Panji ini adalah Panji Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu. Ianya adalah tanda bahawa kebangkitannya tidak lama lagi. Namun ia bukan hanya sekadar khabar gembira, tetapi juga merupakan satu ujian untuk komuniti Muslim. Sama ada Muslim akan memberikan kepada Penyelamat mereka ini haknya atau mengkhianatinya dan mengecewakannya.
Rasulullah (sawas) berkata, “Pada panji Al-Mahdi akan tertulis: ‘Al-Bay’ah lillah’ atau Ketuanan Allah. Namun walaupun riwayat-riwayat ini begitu jelas seperti bagaimana panji ini kelihatan dan apa yang tertulis di atasnya, sehingga sekarang, tiada sesiapa pun yang membangkitkan panji yang menyerupai ramalan-ramalan ini. Urusan ini telah dipelihara oleh Tuhan, menantikan penuntutnya yang sah untuk bangkit bersamanya.
Panji Hitam adalah rahsia Ilahi yang telah tersimpan ratusan tahun sehinggalah ianya dibangkitkan oleh gerakan yang diketuai oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), utusan dan wakil Imam Mahdi (a.s).
Ali bin Abi Talib (a.s) berkata, “Al-Mahdi akan bangkit bersama dengan panji Rasulullah (sawas). Ia tidak pernah dikibarkan semenjak kewafatan Rasulullah (sawas) dan ianya tidak akan dikibarkan sehinggalah kedatangan Al-Mahdi”.
Ahmad Al-Hassan (a.s) adalah satu-satunya manusia pertama yang menaikkan panji hitam yang diramalkan ini dan melalui ajarannya, beliau adalah manifestasi kepada slogan, “Ketaatan kepada Allah” yang telah diramalkan oleh Rasulullah (sawas).
Seruannya ditujukan kepada semua umat manusia di bumi, Sunni, Syiah, Kristian, Yahudi, Atheis, beliau menyeru manusia kepada kebenaran yang mana bersifat sejagat, tidak terhad kepada aliran-aliran yang tertentu. Beliau mencapai sesiapa sahaja yang bersedia dengan ikhlas menyokong utusan Tuhan dan menentang kerosakan di muka bumi.
“Aku menyeru kalian semua untuk mengakui Ketuanan Allah dan menolak Ketuanan Manusia. Aku menyeru kalian untuk ketaatan kepada Allah; dan untuk menolak ketaatan kepada syaitan; dan ketaatan kepada sekutunya dari ulama yang sesat. Aku menyeru kalian supaya takutkan Allah, mengakui KetuananNya dan penolakan apa yang selain darinya tanpa mempertimbangkan kenyataan politik yang dikenakan oleh Amerika. Aku menyeru kalian kepada penolakan kepada kesesatan meskipun ia memenuhi kehendak keperluan kamu. Aku menyeru kamu kepada pengakuan kepada Kebenaran dan untuk mengikut kebenaran meskipun ianya tidak mempunyai apa yang penduduk dunia ini inginkan. Majulah ke arah Kebenaran dan Cahaya sementara kamu tidak mahukan apa-apa pun melainkan Allah SWT; dan Akhirat, jauh dari perhiasan dunia ini; dan kegelapannya.-Petikan Khutbah Haji
Ahmad Al-Hassan (a.s) bukan sekadar menempatkan slogan, “Ketaatan kepada Allah” pada panjinya namun beliau menghidupkannya dan mengajar kepada kita apakah erti sebenar penyerahan penuh seseorang itu kepada Allah SWT pada zaman terakhir ini. Amatlah sedikit pengetahuan kita tentang agama kita sendiri sehinggalah beliau datang mengajar kita dan mengingatkan kita bahawa Rasulullah (sawas) mengabdikan seluruh hidup Baginda untuk berdakwah; dan menunjukkan ketauhidan sebenar. Inilah kebenaran seruan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s).
Pendiriannya jelas dan kukuh. Beliau menerangkan kepada sesiapa yang ingin mengikutinya bahawa jalan kebenaran adalah sukar dan beliau akan mempertahankan Allah SWT; dan urusan-Nya meskipun ia akan menyebabkan kematiannya. Inilah sebab mengapa kami mengikutinya kerana beliau adalah penghancur kepada kepalsuan, satu-satunya individu yang dapat menyelamatkan kita pada hari dan zaman yang penuh dengan kerosakan saujana mata memandang ini.
Ahmad Al-Hassan (a.s) memperingatkan kita tentang satu perkara yang sangat asas namun dilupakan di dalam kesemua agama monoteistik di dunia ini dan ianya adalah hanya Tuhan boleh melantik pemimpin bagi manusia, sementara kesemua ulama lain pada hari ini menyokong doktrin demokrasi, yang telah menjadikan komuniti orang Islam pada hari ini di dalam kehinaan malah hakikatnya memperkasakan undang-undang penzalim yang rosak.
Beliau menyeru kita semua untuk menyedari bahawa hanyalah Tuhan yang mengetahui siapakah yang paling layak untuk memerintah seluruh umat dan dengan itu, Dialah yang melantik pemimpin; dan bukannya manusia. Di dalam Al-Quran ada menyebut:
“Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi”
Gagasan ini bukanlah khayalan malah merupakan contoh pemimpin Ilahiah ada dinyatakan di dalam kesemua agama besar dan di dalam kesemua kes ini, nilai kepimpinan mereka diperincikan oleh keadilan; dan kesaksamaan.
Akidah umat Yahudi mengakui Nabi Daud dan Nabi Sulaiman sebagai pemimpin Ilahiah. Di dalam ibadat umat Kristian yang paling penting, “Bapa Kami” yang disebut sendiri oleh Isa (a.s) di dalam Bible/Injil, umat Kristian diminta untuk memohon kepada Tuhan dengan ayat yang berikut:
“datanglah Kerajaan-Mu, jadilah kehendak-Mu di bumi seperti di syurga”.-Matthew [6:10]
Dan di dalam Al-Quran kita membaca:
“Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki”.-Surah Al-Imran [3: 26]
Ahmad Al-Hassan (a.s) mengajar kita bahawa hanya pemimpin yang dilantik oleh Tuhan mempunyai pengetahuan dan kesucian untuk mengamalkan kekuasaan tanpa menyalahgunakannya. Beliau tidak bertolak ansur dengan pendiriannya meskipun ia bertentangan dengan apa yang dipersetujui majoriti dan mereka yang berkuasa. Beliau benar-benar memperibadikan slogan ramalan “Ketaatan kepada Allah” namun malangnya sepertimana yang berlaku pada setiap zaman kebanyakan manusia tidak mahu mengakui Ketuanan Allah dan tidak mahu patuh kepada Khalifah di zaman mereka.
Mereka gagal di dalam ujian yang Allah berikan kepada mereka sepertimana Syaitan yang sombong apabila dia diperintahkan untuk sujud kepada Adam (a.s)
Di dalam Al-Quran dinyatakan:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam”, maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?”. Menjawab Iblis, “Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah””.-Surah Al-Araf, [7: 11-12]
Iblis terlalu sombong untuk sujud kepada Adam dan menganggap dirinya lebih mulia dari Adam. Di dalam ertikata yang sama, penzalim pada setiap zaman menganggap diri mereka lebih mulia dari utusan pada masa mereka. Di dalam Al-Quran dinyatakan:
“Dan Kami tidak mengutus Rasul-Rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat”.-Surah Al- Furqan, [25:20]
Allah SWT menerangkan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa bentuk kemanusiaan para Nabi dan Rasul adalah ujian bagi manusia, namun berulang kali manusia lupa; dan mengandaikan makhluk luarbiasa akan menjadi mereka yang menyampaikan pesanan Tuhan.
Orang Yahudi tidak dapat menerima bahawa Isa (a.s) adalah penyelamat mereka, maka mereka menyalibnya. Kebanyakan suku kaum Arab menentang Nabi Muhammad (sawas) apabila Baginda muncul untuk kali pertama dan mereka tidak mempercayai kenabiannya. Dan perkara yang sama berulang sekali lagi pada hari dan zaman ini, di mana manusia di seluruh dunia menolak Ahmad Al-Hassan (a.s); dan juga utusannya, Abdullah Hashem (a.s). Mereka mengkritik cara mereka (Ahmad Al-Hassan (a.s) dan Abdullah Hashem (a.s)) bercakap, penampilan mereka; dan cara seruan mereka kepada manusia ke arah ketuhanan.
Mereka mahukan Al-Mahdi (a.s) muncul menurut imaginasi mereka sendiri, mungkin bersama kuda berwarna putih, mungkin juga dengan lingkaran putih di atas kepala, namun ini tidak akan berlaku, kerana Allah SWT berkehendak untuk menguji manusia melalui para Nabi-Nya.
Dia menguji Iblis melalui Adam (a.s) dan Dia akan menguji kita manusia melalui utusan dari kalangan kita dan hanya mereka yang mampu untuk mengakui seseorang dikalangan mereka adalah lebih baik dari mereka; dan telah dipilih oleh Tuhan, akan berjaya. Maka pada akhir zaman ramai orang Islam akan menolak Imam Mahdi (a.s) yang diharapkan dan dibicarakan oleh mereka selama beratus tahun sebelumnya.
Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata:
“Jika Al-Qaim (a.s) muncul, kesemua mereka, yang mengatakan bahawa ini adalah urusan mereka, akan terkeluar darinya dan mereka akan memasuki keserupaan seperti penyembah matahari; dan bulan”.
Tidakkah kamu melihat bahawa apa yang berlaku di sekeliling kamu adalah benar-benar seperti apa yang kamu dakwah dan bacakan kepada yang lain setiap hari?. Bagaimanakah kamu membaca Al-Quran dan kisah para Nabi berulang kali; dan tidak mempersoalkan sama ada utusan pada zaman kamu telahpun berada di kalangan kamu sementara kamu berkehendakkan kepada manusia biasa. Bagaimana jika inilah kebenaran?. Bagaimanakah jika kami adalah benar dan inilah panji hitam yang dirahmati yang ditunggu-tunggu oleh komuniti Muslim, selama beratus tahun?. Bagaimana jika Mahdi (a.s) telah muncul dan menyeru kamu melalui saluran ini untuk menyokongnya; dan menolongnya untuk memperoleh kejayaan dari pembuat kejahatan pada masa kini?. Bukankah ianya berbaloi untuk diperiksa?. Bagaimanakah kamu menghadapi Allah SWT pada Hari Pengadilan jika kamu tidak pernah mengambil kemungkinan bahawa inilah kebenaran?.
Adalah menjadi kewajipan kepada kamu sebagai seorang Islam untuk memeriksa sama ada tuntutan Imam Ahmad Al- Hassan (a.s) adalah benar, maka kamu tidak akan menyesal pada Hari Pengadilan. Kepada sesiapa yang belum mengenali Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), di dalam ‘Khutbah Pertemuan’, Ahmad Al- Hassan (a.s) menjelaskan bagaimana beliau bertemu Imam Mahdi (a.s) serta bagaimanakah seruan beliau bermula.
“Di makam kedua-dua Imam, Al-Hadi (a.s) dan Al-Askari (a.s), adalah merupakan pertemuan pertama saya dengan Imam Al-Mahdi (a.s) di Dunia Nyata ini. Dan di dalam pertemuan ini, saya mengenali Imam Al-Mahdi (a.s) dan pertemuan ini terjadi beberapa tahun yang lalu. Selepas pertemuan ini, saya mempunyai banyak pertemuan lagi dengannya (a.s) dan dia telah memberitahu; dan menjelaskan kepada saya banyak perkara. Tetapi dia tidak perintahkan supaya menyampaikan sebarang risalah (dakwah) kepada sesiapa pun ketika itu, tetapi beliau mengarahkan saya supaya saya berakhlak dan taat; dan supaya saya mencapai makam Akhlak Ilahiyah. Dan dia memberkati saya pengetahuan-pengetahuan dan memberitahu saya mengenai kesilapan; dan kesalahan yang serius di Hauzah Najaf pada masa itu, sama ada kesilapan-kesilapan pengetahuan, kesilapan amalan, social, politik atau ekonomi. Atau sama ada ia adalah kemerosotan beberapa simbol-simbol Hauzah ini dan proses ini adalah sangat menyakitkan saya”.
Ahmad Al-Hassan (a.s) dihantar sebagai utusan Imam Mahdi (a.s) yang mengalami keghaiban selama beratus tahun. Beliau dihantar untuk mempersiapkan manusia untuk kebangkitan Mahdi (a.s) dengan membongkar kesesatan yang masih wujud pada akhir zaman dan membuka jalan bagi manusia untuk menangani perkara ini.
Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata:
“Urusan kami adalah berat lagi sukar. Tiada sesiapapun yang dapat menanganinya melainkan Allah SWT telah meletakkan keimanan ke dalam hati mereka”.
Pada tahun 1999, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mula menyeru manusia di dalam Hauzah Najaf yang merupakan tempat beliau belajar. Seruan beliau tersebar luas sehingga dikenali di peringkat antarabangsa. Namun pada tahun 2007, sebahagian dari manusia yang seharusnya pengikut beliau telah mengkhianatinya dan beliau terpaksa memasuki keghaiban.
Begitu juga seperti leluhurnya, Muhammad bin Hassan Al-Askari (a.s), beliau terpaksa menghilangkan diri dari pandangan manusia disebabkan mereka tidak cukup tulus untuk menangani urusan beliau dan menyokongnya. Dari tahun 2007 sehingga 2015, tiada sesiapapun yang berhubungan dengan Ahmad Al-Hassan (a.s). Keghaiban ini adalah satu ujian yang besar kepada mereka yang beriman kepadanya.
Abu Abdullah (a.s) berkata: “Akan ada nanti sangat sedikit bangsa Arab yang bersama Qaim (Mahdi)”. Maka dikatakan kepada beliau (a.s): “Tetapi sangat ramai dari mereka (bangsa Arab) yang menyebut akan urusan ini (Qaim)”!!!. Maka beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan diklasifikasikan; dan ramai manusia akan gagal”.
Namun pada 2015, Ahmad Al-Hassan (a.s) telah kembali dan mengumumkan kemunculan Imam Mahdi (a.s) pada tanggal 23 Januari 2015 dan menaikkan Panji Hitam dari timur yang mashyur.
Rasulullah (sawas) berkata: Hijaz akan diperintah oleh seorang lelaki yang mempunyai nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan melihat apa-apa (masalah) di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah, berilah amaran kepada pengikut kami tentang beliau! (Baginda (sawas) mengulangi kalimat ini sampai tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira dengan kematiannya dan aku sampaikan berita gembira kepada kalian dengan kemunculan Al-Hujjah”.
Perkara yang dijanjikan oelh Rasulullah (sawas) telah menjadi kenyataan dan pada hari kematian Raja Abdullah, Al- Hujjah, Imam Muhammad bin Hassan Al- Askari (a.s) telah muncul kembali, menemui Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) dan juga sekumpulan 12 orang pengikut beliau.
Pada hari kematian Raja Abdullah, Ahmad Al-Hassan (a.s) dan 12 lelaki menaikkan Panji Hitam dari timur, menepati janji yang disebut oleh Rasulullah (sawas). Dan sekarang beliau menyeru manusi untuk menyokong Al-Mahdi (a.s) dan memberikan kemenangan kepadanya.
Rasulullah (sawas) bersabda, “Panji Hitam akan datang dari timur, seolah-olah hati mereka adalah seperti kepingan besi, maka barangsiapa yang mendengar tentang mereka, maka pergilah kepada mereka untuk berbaiat meskipun jika merangkak di atas salji”.
Ahmad Al-Hassan (a s) adalah wakil dan utusan Imam Mahdi (a.s) kepada seluruh dunia dan beliau menyeru setiap seorang dari kamu untuk menyokongnya; dan memberikan kemenangan kepadanya untuk mempercepatkan kemunculan Imam Mahdi (a.s) yang akan membawakan keamanan kepada dunia selepas ianya dipenuhi dengan kezaliman.
Maka apa lagi yang kamu tunggu?.
Di dalam Al-Quran ada disebut:
“Apakah mereka akan menunggu sehingga Tuhan datang kepada mereka di dalam naungan awan, bersama para malaikat dan segala persoalan diputuskan?”.-Surah Al-Baqarah [2: 210]
Dan jika kamu mempunya keraguan pada kebenarannya, aku katakan kepada kamu, Ahmad Al-Hassan (a.s) datang berserta dengan satu bukti yang ulung yang tidak dapat ditolak oleh mereka yang beriman kepada Rasul Allah, Beliau adalah yang pertama menuntut hak di dalam wasiat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad (sawas) pada malam kewafatan Baginda.
Wasiat suci ini ditinggalkan kepada komuniti orang Islam sebagai perlindungan dari panduannya namun orang-orang Islam tidak mengendahkannya, ini kerana seperti yang berlaku pada setiap zaman, mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai ulama bekerja berganding bahu dengan para penzalim di dalam cubaan untuk membenam kebenaran.
Sama seperti ulama Yahudi yang menyesatkan umat mereka, memanggil Isa (a.s) sebagai Penyelamat Palsu dan mendesak kepada pembunuhannya serta ulama Kristian yang rosak, mencabuli Kitab Taurat dan menambah konsep Triniti, menyebarkan doktrin salah yang menjadikan Isa (a s) sebagai Tuhan yang mutlak.
Ulama Sunni melakukan perkara yang sama dan cuba untuk meremeh; dan memadamkan apa sahaja bukti kekhalifahan Ahlulbait Muhammad dari kitab mereka; dan mereka cuba untuk menyembunyikan bukti bahawa Nabi Muhammad (sawas) mahu menulis wasiat pada malam kewafatan Baginda.
Bukankah manjadi satu keanehan bahawa majoriti umat Islam tidak mengetahui yang Rasulullah (sawas) meninggalkan wasiat?. Bukankah wasiat Nabi Muhammad (sawas), yang merupakan Nabi yang terbaik antara para Nabi, sesuatu yang berharga untuk disebut dan dibincangkan?. Tidakkah aneh bahawa seluruh komuniti umat Islam tidak diberitahu dengan wajar berkenaan dengan hari terakhir Nabi Muhammad (sawas)?. Dan sepanjang masa ini, kitab Sunni yang paling terpercaya, Sahih Bukhari secara jelas mengesahkan Nabi Muhammad (sawas) memang berhajat untuk menulis wasiat.
Ketika Rasulullah (sawas) berada di atas kamar kematiannya terdapat beberapa orang di dalam rumah dan di antaranya adalah Umar Ibn Al-Khattab, maka Nabi berkata, “Ke mari, biar aku tuliskan untuk kamu satu kenyataan yang selepas ini kamu tidak akan tersesat”. Umar berkata, “Nabi sedang meracau, kita mempunyai Kitab Allah, ia sudah cukup untuk kita”. Orang-orang yang berada di dalam rumah berselisih dan bertengkar.
Rasulullah (sawas) berhajat untuk menulis wasiat yang mana ianya merupakan kewajiban bagi setiap Muslim untuk meninggalkan wasiat apabila merasakan kematian menghampiri. Di dalam Al-Quran disebut, “Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan karib kerabatnya secara maaruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa”.-Surah Al-Baqarah [2: 180]
Rasulullah (sawas) mahu menulis suatu pernyataan di mana umat tidak akan tersesat selepasnya. Bayangkan bagaimana pernyataan ini amat bermakna bagi seluruh umat Islam. Namun sekali lagi manusia mengandaikan dirinya lebih baik dari Utusan yang diutus oleh Tuhan dan menolak untuk diberi bimbingan.
Dapatkah kamu bayangkan satu Ummah yang berpegang kepada dokumen yang menyelamatkan mereka dari bimbingannya?. Dan lihatlah apa yang berlaku kepada Ummah apabila mereka tidak mematuhi amaran Rasulullah (sawas) dan bergantung kepada pemahaman mereka berkenaan dengan kitab suci Al-Quran. Umat Islam telah berpecah-belah, berpunca dari pemimpin zalim yang rosak dan diliputi dengan keganasan serta kepapaan.
Alangkah berbezanya nasib yang menimpa umat ini sekiranya mereka mengambil pesanan Nabi mereka. Hakikatnya, terdapat seseorang yang mengagungkan wasiat terakhir Rasulullah (sawas) dan tekun di dalam mendengar; dan patuh padanya.
Selepas Umar menghalang Nabi untuk menulis wasiat, Rasulullah (sawas) mendedahkannya kepada wakilnya yang paling akrab, Ali bin Abi Talib (a.s). Di dalamnya, Baginda melantik beliau (Ali (a.s)) untuk menjadi khalifah dan menyebut secara langsung kekhalifahan 11 Imam yang kemudiannya diketahui oleh penganut Syiah pada hari ini selepas beliau.
Baginda menamakan mereka satu demi satu seolah-olah tiada kekeliruan yang akan timbul berkenaan siapa yang akan menjadi pemimpin umat Islam. Wasiat ini ditemukan di dalam beberapa kitab umum Syiah namun tidak pernah diendahkan oleh Syiah mahupun Sunni sehinggalah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) membawakannya untuk diteliti.
Ianya adalah bukti yang sempurna kepada semua Syiah untuk membuktikan kesahihan 12 Imam namun ianya tersembunyi di dalam kitab mereka berkurun lamanya dan tidak diendahkan sehinggalah Ahmad Al-Hassan (a.s) menuntutnya.
Nabi Muhammad (sawas) pertamanya menyebut 12 Imam sebagai penggantinya kemudian Baginda berkata, “Inilah 12 Imam, selepasnya akan ada 12 Mahdi, maka jika kematian mendatanginya (bermaksud Muhammad bin Hassan Al- Askari (a.s)) hendaklah dia serahkan kepada anaknya, yang pertama paling hampir, baginya tiga nama, satu seperti aku dan bapaku Abdullah, Ahmad; dan yang ketiga adalah Al-Mahdi. Dialah yang pertama beriman”.
“Ahmad” yang dimaksudkan di dalam wasiat adalah Ahmad Al-Hassan (a.s). Ramai yang mengaku sebagai Al-Mahdi, namun beliau adalah yang pertama mengaku sebagai Ahmad yang disebut di dalam wasiat. Wasiat ini adalah perlindungan dari bimbingannya dan tidak dapat dituntut melainkan oleh pemilik sebenar.
Aba Abdillah (a.s) berkata, “Sesungguhnya urusan ini tidak akan dituntut melainkan oleh pemiliknya yang sebenar. Barangsiapa yang menuntutnya (secara palsu) Allah akan memendekkan umurnya”.
Ini adalah bukti yang cukup kepada mereka yang beriman kepada ayat Rasulullah (sawas) dan menyakini bimbingan Allah. Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata, “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menyesatkan hambaNya yang soleh”.
Semudah ayat ini kedengaran, ianya adalah senjata yang dapat membunuh segala keraguan dan kekeliruan di dalam hati kamu sebaik sahaja ia memasukinya. Adakah kamu menyakini bimbingan Allah?. Adakah kamu menyakini perkataan Rasulullah (sawas)?. Maka tiada apa yang harus kamu takutkan apabila kamu mengikuti seruan ini, kerana kamu mengikuti wasiat Nabi yang suci. Dan bagaimanakah Allah akan menyesatkan kamu dengannya?
Seruan ini adalah seruan kebenaran dan apa yang kami pohon dari anda, adalah untuk membuka hati anda; dan mmpertimbangkan bukti-bukti yang dikemukakan dengan jujur. Apabila 12 lelaki yang suci menemui Imam Mahdi (a.s) pada malam kematian Raja Abdullah, mereka mengemukakan satu permohonan mudah. Mereka berkata ‘Tanyalah Allah berkenaan kami’.
Mereka tidak meminta yang lain selain dari memohon kepada Allah untuk mengesahkan kebenaran seruan ini. Dan beratus-ratus manusia menerima bayangan, alamat dan istikharah.
Ini adalah dunia Allah SWT dan kita semua adalah makhluknya. Tiada apapun yang seharusnya berada di antara kamu dan Pencipta, sama ada ulama, doktrin, atau adat. Pohonlah Allah SWT untuk membimbing kamu dan menunjukkan kamu kebenaran seruan ini. Jujurlah dan bukalah hati kamu kepadaNya; dan yakinlah Dia akan membimbing kamu.
Jangan ragu-ragu, sekaranglah masanya.
Seruan Kebangkitan
Dihasilkan oleh Panji Hitam dari Timur
Dengan kerjasama Mimbar Mesir
Dipersembahkan dan disunting oleh Caroline Hoeren Al Almahdi

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah