Posts

Showing posts from 2020

Kehilangan Maria Magdalena-(Bab 2)

Image
Namun mengikut sejarah Maria Magdalena hilang secara misteri. Tiada sebarang jejak Maria Magdalena di dalam Kitab Perjanjian Baru yang mencatatkan rentetan-rentetan peristiwa yang terjadi pada agama baru di tahun-tahun awal selepas pemergian Isa (a.s) Semua apa yang kita tahu berkenaan Maria Magdalena di tahun-tahun kemudian adalah sepenuhnya berdasarkan lagenda apabila agama kristian mula berkembang dan orang ramai mula ingin tahu berkenaan sosok Maria Magdalena. Cerita-cerita berkenaan kehidupan Maria Magdalena selepas peristiwa penyaliban wujud di semua daerah dan di dalam semua bahasa di mana kristian bertapak. Maria Magdalena menjadi subjek nyanyian puji-pujian, puisi-puisi dan tulisan-tulisan dari gereja-gereja sama ada di timur atau di barat. Akan tetapi, minat masyarakat kepada kisah hidup Maria Magdalena paling subur adalah pada era Zaman Pertengahan. Pada kurun ke-13 Masihi, seorang lelaki bernama Jacobus de Varagine menulis ringkasan kisah-kisah hidup para s

Kehilangan Maria Magdalena-(Bab 1)

Image
Duabelas murid Isa (a.s) berdepan dengan pilihan sama ada menyelamatkan diri sendiri atau melindungi Hujjah Allah dan apa yang mereka pilih tercatat di dalam Injil Matius: “Lalu semua murid itu meninggalkan beliau (a.s) dan melarikan diri”. (Matius 26:56) Murid-murid Isa (a.s) bersembunyi ketakutan manakala ‘yang tersalib’ dipukul, diseksa dan digantung ditiang salib. Kaum lelaki meninggalkan Isa (a.s), namun seorang wanita tetap kekal berada di sisi Isa (a.s), seorang wanita yang tidak dapat disangkal lagi merupakan seorang yang lebih rapat dengan Isa (a.s) dibandingkan dengan 12 murid beliau (a.s). Seorang wanita bernama Maria Magdalena. Empat gospel rasmi di dalam Kitab Bible sering bercanggah antara satu sama lain di dalam peristiwa-peristiwa berkaitan Isa (a.s) namun kesemuanya sepakat tentang satu perkara: kedudukan Maria Magdalena di dalam lingkaran istimewa Isa (a.s). Maria Magdalena disebut di dalam kesemua ke empat-empat gospel tersebut, peranan beliau menjadi m

35 Mutiara Kata Imam Ali Bin Abi Thalib (a.s) Tentang Kehidupan

Image
1. Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tidak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu. 2. Lidah orang yang berakal berada di belakang hatinya, sedangkan hati orang bodoh berada di belakang lidahnya. 3. Jangan gunakan ketajaman kata-katamu pada ibumu yang mengajarimu cara berbicara. 4. Kemarahan dimulai dengan kegilaan dan berakhir dengan penyesalan. 5. Kesalahan terburuk kita adalah ketertarikan kita pada kesalahan orang lain. 6. Orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal: kepercayaan, cinta dan rasa hormat. 7. Tidak ada gunanya seorang penolong yang selalu menghina atau teman yang selalu berburuk sangka. 8. Ketulusan seseorang sesuai dengan kadar kemanusiaannya. 9. Kenali kebenaran, maka kamu akan tahu orang-orang yang benar. Benar tidak diukur oleh orang-orangnya, tetapi manusia diukur oleh kebenaran. 10. Jangan pernah membuat keputusan di dalam kemarahan dan jangan pernah membuat janji di dalam kebahagiaan. 11. J