Kalendar Islam

Kalendar Gregorian bukanlah satu-satunya kalendar yang mempunyai kesilapan, begitu juga dengan kalendar Islam. Kalendar sejarah Islam adalah satu-satunya kalendar yang digunakan secara meluas pada hari ini, yang bergantung sepenuhnya kepada perjalanan bulan tanpa sebarang penyesuaian atau pindaan untuk menjadikan tahun-tahunnya seimbang dengan putaran matahari. Dua belas bulannya secara bergantian adalah 29 dan 30 hari, menjadikannya 354 hari untuk setahun, maka akibatnya bulan-bulannya tidak terikat dengan musim dan hari-hari besar (suci) agama beranjak ke depan sekitar 11 hari bagi setiap tahun.
Kalendar Hijrah diterima oleh masyarakat Islam di seluruh dunia, walaubagaimanapun kalendar yang berevolusi dari kalendar yang digunakan oleh masyarakat purba arab yang asalnya adalah kalendar solar lunar (matahari dan bulan) yang berpandu kepada kedudukan matahari untuk menjejak musim dan melihat anak bulan untuk menentukan awal permulaan setiap bulan. Oleh kerana tahun bulan adalah lebih pendek daripada tahun matahari sekitar 11 hari maka satu bulan ditambahkan pada setiap tiga tahun untuk membetulkan perbezaan ini.
Seorang lelaki dari Bani Quraish yang berpengetahuan di dalam bidang kalendar Julian dan kalendar Arab diberi tanggungjawab bagi urusan ini akan membuat hitungannya dan pada setiap akhir tahun iaitu pada musim haji beliau akan membuat pengumuman di depan semua kabilah dan suku kaum yang hadir untuk menunaikan haji. Beliau akan memberitahu masyarakat yang hadir sama ada akan menambah bulan atau tidak pada tahun itu dan masyarakat yang hadir akan menyebarkan berita itu ke negeri atau kota masing-masing.
Kajian mendalam ke atas nama bulan di dalam kalendar hijrah akan menjelaskan kepada kita bahawa kalendar masyarakat arab purba mempunyai kaitan atau ikatan yang kuat dengan musim-musim matahari. Sebagai contohnya, tahun bermula pada musim semi iaitu bulan Mac apabila hidupan atau tumbuhan mulai tumbuh dan tanah akan menjadi hijau dengan tumbuhan. Di dalam masyarakat arab bulan ini dikenali dengan nama bulan Rabiul-awwal bermaksud musim semi pertama, bulan seterusnya dipanggil rabi al-thani (Rabiul-akhir) atau musim semi ke dua. Adalah jelas bagi kita bahawa bulan yang dipanggil sebagai musim semi mesti datang pada musim semi dan bukannya pada musim sejuk atau musim panas atau musim luruh sebagaimana yang berlaku pada hari ini terutamanya masyarakat arab purba bergantung kepada bulan ini untuk melepaskan ternakan bagi meragut rumput.
Kemudian datang bulan Jamadil yang bermaksud sama ada beku ataupun keras. Sebahagian ahli sejarah percaya bahawa nama bulan ini merujuk kepada bulan sejuk di mana air menjadi beku, namun kita mengetahui bahawa musim sejuk tidak datang selepas musim semi dan kita juga tahu bahawa air tidak pernah menjadi beku di bumi arab, maka perkataan kedua yang di rujuk adalah keras iaitu pengerasan stok gandum dan barli menandakan masa untuk menuai.
Bulan seterusnya adalah Rejab atau ‘mengikat’ iaitu apabila tangkai atau cabang akan diikat kepada pelepah pohon bagi mengelakkan daripada patah dan kehilangan buah.
Kemudian datangnya bulan Syawal atau ‘pengantungan’ apabila kurma dipetik dan dikumpul di dalam kantungan dengan nama bulannya dikaitkan dengan urusan pertanian secara spesifik.
Maka adalah jelas kalendar masyarakat arab dibuat pengubahan secara berkala bagi menjadikannya tetap berada di dalam selari dengan tahun solar (matahari). Bagaimana tidak demikian apabila masyarakat arab purba bergantung kepada musim-musim bagi urusan pertanian dan makanan binatang ternak mereka. Kalendar yang berpandu sepenuhnya kepada bulan (lunar) yang kekurangan 11 hari setiap tahun hanya akan menjadikan ianya kekalutan atau chaos. Maka satu soalan penting yang harus ditanyakan ialah bagaimana kalendar lunar hijrah ini terbentuk atau berevolusi dari kalendar asal masyarakat arab?
Nasib baik bukti atau tanda keterangan proses ini masih wujud atau selamat merentas masa, satu koleksi papirus peribadi yang disebut sebagai ‘Papyrus of Archduke Rainer’ merekodkan satu peristiwa yang tarikhnya adalah dari kedua-dua kalendar Islam dan kalendar Julian. Kajian ke atas kedua-dua tarikh ini mencatatkan satu gambaran jelas tentang perbezaan atau perubahan yang berlaku seiring dengan masa. Apabila kita mengkaji tarikh yang tercatat di papirus tersebut dan membandingkan dengan kalendar yang ada pada hari ini yang tidak memasukkan bulan tambahan bermula dari tahun 0 maka kita akan dapati hari pertama bulan Muharram tahun 22 Hijrah bersamaan dengan 29 atau 30 November tahun 642 kalendar
Julian dan hari pertama bulan Haji pada bulan Zulhijjah yang sepatutnya pada bulan Disember telah ditolak ke belakang kepada 31 Oktober maka jelas kelihatan dari tarikh-tarikh ini bahawa pada tahun 21 hijrah adalah tahun ke empat berlalunya kalendar tanpa memasukkan bulan tambahan, maknanya bulan tambahan di buang semasa di dalam pemerintahan Khalifah Sunni Umar ibn Al-Khattab.
17 tahun selepas Hijrah Nabi ke Madinah iaitu pada tahun 638 A.D adalah tahun perubahan itu dilakukan dan ianya bersamaan dengan dikri Umar untuk memulakan kiraan kalendar Islam dengan tahun hijrah Nabi SAWAS. Ini juga menunjukkan bahawa bulan tambahan juga ditambah semasa era Nabi Muhammad SAWAS, juga di era Abu Bakar dan tahun pertama pemerintahan Umar. Seharusnya di sebut di sini bahawa Umar memang dikenali di dalam Islam dengan bida’ah hasanahnya, menambah dan mengurangi apa yang dilihatnya sesuai dengan agama Allah. Keputusannya menghapuskan bulan tambahan di dalam kalendar Islam telah mengakibatkan malapetaka pada hari ini.
Majoriti penduduk dunia hari ini menggunakan kalendar solar Gregorian bagi mengatur dan merancang urusan mereka, walau bagaimanapun orang Islam masih perlu mengetahui permulaan puasa pada bulan Ramadhan dan tarikh bagi melakukan ibadat Haji yang mana kedua-duanya tidak boleh dihitung menggunakan kalendar solar, maka orang Islam pada hari ini mengguna dua kalendar solar dan lunar ini secara bersamaan.
Bukti tentang fakta ini tersembunyi di depan mata kita di dalam Surah Al-Quraish di kitab suci Al-Quran.
Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy.
(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka pada musim sejuk, dan pada musim panas,
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah ini,
Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Manusia silap mentafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan memandangkan suku Quraish adalah kabilah yang berniaga maka perjalanan musim sejuk dan musim panas adalah masa-masa dalam tahun apabila mereka keluar untuk urusan perniagaan, namun hujah mereka ini tidak logik kerana kabilah perniagaan melakukan perjalanan apabila ada pasaran dan bukannya dua kali setahun mengikut musim. Sesungguhnya ayat ini merujuk kepada perjalanan menuju ke Kaabah sebagaimana ayat berikutnya selepas itu menyebut ‘bagi menyembah Tuhan bagi rumah ini (Kaabah)’.
Perjalanan musim panas merujuk kepada Umrah dan perjalanan musim sejuk merujuk kepada Haji.
Pada hari ini manusia melakukan ibadah wajib pada masa yang salah pada setiap tahun. Pada tahun 2018, 2 juta umat Islam menunaikan fardu Haji pada bulan Ogos sedangkan Allah Yang Maha Esa mahukan ibadat Haji dilakukan pada musim sejuk.
Dan begitu juga dengan bulan Ramadhan. Tahun-tahun terkebelakangan ini, bulan Ramadhan muncul pada bulan-bulan yang paling panas dan hari-harinya paling panjang di negara-negara Utara Eropah. Masa berpuasanya sampai kepada 22 jam dan di sebahagian negara lain cuacanya amat panas yang meragut nyawa. Di Karachi, Pakistan lebih dari 60 orang meninggal dunia kerana penyakit yang berpunca dari cuaca panas di dalam masa hanya 4 hari suhunya menjangkau 44 darjah Celsius ketika berpuasa di dalam bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan pada hari ini yang diamalkan oleh orang Islam di seluruh dunia telah kehilangan rahmat belas ikhsan dan keindahannya sepertimana yang Tuhan inginkan. Kerana bulan Ramadhan jatuh pada musim panas sedangkan realitinya ia sepatutnya hadir pada bulan Disember, iaitu ketika siang harinya adalah pendek dan suhunya adalah sederhana.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah