Posts

Showing posts from November, 2019

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Image
MEKAH ATAU PETRA? TEMPAT SEBENAR KAABAH  ~BAHAGIAN KE-2 Ketika kita membaca tentang gambaran kota suci, Petra menepati gambaran tentang kota suci di masa lampau berbanding bumi tandus di Hijaz. Dan tanah untuk pertanian ini tidak mungkin wujud tanpa adanya air. Terdapat taman-taman umum dan milik pribadi dan air yang mengalir yang dialirkan ke penjuru kota menerusi 5 saluran besar dengan keseluruhan panjang melebihi 55 000 meter. Hijaz hanya mempunyai purata curahan hujan 4.3 inci setahun. Bagaimana mungkin suhu padang pasir yang tinggi dan keadaan yang tandus dapat menyediakan peradaban bagi ribuan penduduknya? Padahal sepatutnya ada bukti tentang kewujudan saluran atau terowong air dan sistem pengairan di sana (Hijaz). Petra, sebaliknya, mempunyai curahan hujan yang tinggi dan mempunyai bukti wujudnya saluran atau terowong air dan sistem pengairan ini. "Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat,

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Image
Di jantung tanah suci terdapat salah satu tempat paling suci di dalam Islam. Baitullah atau Kaabah telah menjadi inspirasi keimanan ribuan juta umat  islam selama lebih dari satu abad. Kaabah telah menjadi rumah Islam, rumah dari Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). Terletak di Hijaz yang juga merupakan kediaman Keluarga Saud yang perilakunya menjijikan dan para penganut fahaman wahabi ekstrim yang yang doktrinnya dikenali dari kebencian mereka terhadap Nabi Suci Muhammad (sawas) Tetapi bagaimana jika kami menyatakan bahawa Kaabah umat islam yang terletak di Hijaz adalah bukan Kaabah yang asli? Apa yang akan kami singkapkan di dalam dokumentari ini menyebabkan beberapa orang mungkin akan menganggapnya sebagai aneh dan mungkin beberapa yang lainnya akan menganggap kami pembohong tetapi itu bukanlah satu masalah. Kami, Saluran Satelit The Black Banners, hadir untuk menyiarkan kebenaran tanpa mempedulikan apa yang orang-orang tidak beriman katakan. Penerus (wasi) dan Wa

Jangan Terpedaya

Image
Terjemahan ‘post’ dari Ansar Ahmad Ahmad “Janganlah diperdayakan oleh sesiapa, mahupun dari ucapan yang manis. Dan jangan biarkan sesiapapun berada di hadapan kalian di dalam seruan kepada Allah, melainkan Allah semata-mata. Jadikanlah diri kalian pintar dan berpengetahuan dengan mendalam/arif. Fahamilah musuh kalian daripada rakan-rakan ([atau bezakanlah antara musuh dan rakan kalian])”. Satu ucapan dari Ahmad Al-Hassan (a.s) yang benar, pemimpin Panji Hitam dari timur yang dirahmati, Aba Abdillah Al- Hussein (a.s) di dalam Raja’ahnya (Kebangkitannya).

Wilayah Imam Ali a.s

Image
Imam Ridha (a.s): “Persamaan pentingnya bagi orang-orang beriman menerima wilayah Ali (a.s) pada hari Ghadir Khum adalah sepertimana para malaikat sujud kepada Adam dan persamaan bagi mereka yang menolak wilayah adalah seumpama Iblis (yang menolak untuk sujud kepada Adam (a.s))”. (Iqbal Al-Amaal – Sayyid Ibn Tawus,  mukasurat.465 )

Kebenaran Disebalik Hukuman Potong Tangan Pencuri di dalam Islam

Image
Kebenaran di sebalik Hukum Memotong Tangan Pencuri di dalam Islam. Ramai orang dari seluruh dunia mengutuk Islam kerana tindakan tidak bertamadun menghukum atas nama agama dan dengan bangga, apabila kamu melihat pelaksanaan hukuman kejam yang dikenakan seumpamanya oleh kumpulan-kumpulan yang didokong oleh Amerika/Israil seperti ISIS, Boko-Haram dan juga negara sahabat baik Amerika iaitu Saudi Arabia. Namun, mungkin satu kejutan buat kamu bahawa hukuman-hukuman tersebut, seperti hukuman memotong tangan pencuri, bukan sahaja mendapat sokongan daripada mereka yang berideologi dan berada di wilayah tersebut, tapi juga mendapat sokongan yang ramai di kalangan masyarakat di Barat… Kami di Saluran Satelit Black Banners Of the East, dengan bangganya mempersembahkan dokumentari baru, yang membongkar tindakan-tindakan penyelewengan mereka yang jahat dan para tirani…dan kami secara terbuka mencela tindakan jenayah yang tidak bertamadun dan kejam terhadap kemanusiaan dan menyatakan denga

Tanda Lahir dan Deja Vu - VIDEO

Image
Setiap orang dilahirkan ke dunia ini di dalam 'bekas' yang unik, iaitu tubuh fizikal dengan serangkaian sifat-sifat tertentu. Bermula dari warna bola mata hinggalah kepada bentuk hidung. Kita mengenali diri kita dengan beberapa bentuk fizikal yang perbezaannya adalah menonjol. Satu dari yang perkara yang paling membezakan dan amat misteri ialah tanda lahir. Satu tanda yang unik yang merupakan penebalan warna kulit yang sering terlihat ketika lahir. Walaupun mungkin bentuknya adalah kecil, namun tanda-tanda ini mungkin dapat mengungkapkan sesuatu yang lebih banyak lagi tentang apa yang ada disebalik tanda lahir tersebut. Para peneliti dibidang reinkarnasi percaya bahawa tanda lahir memberikan satu bukti menarik tentang kehidupan yang terdahulu. Tanda lahir dihubungkan dengan 'minda' roh yang walaupun terpisah dari tubuh fizikal, tetapi menyimpan dan membawa informasi yang kemudiannya 'tertanam' dan membekas pada inkarnasi yang berikutnya. Di dalam ba

Rahsia Menterbalikkan Usia

Image
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjelaskan tentang identiti sosok misteri lelaki hijau (Al-Khidir) dan beliau tidak lain; dan tidak bukan adalah Nabi Jeremiah (a.s); dan tiada yang disebutkan tentang kewafatan Nabi Jeremiah di dalam Kitab Bible. Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjelaskan bahawa binaan Piramid Giza yang agung tersimpan di dasarnya suatu bukaan (ruang). Bukaan yang mana jika sesuatu diletakan di dalamnya, ia akan kembali kepada bentuk primalnya. Jika kamu meletakkan seekor ayam hidup di ruangan tersebut, ia (ayam tersebut) akan kembali menjadi telur. Sekiranya seorang manusia masuk ke dalamnya di dalam keadaan kudung lengannya, dia akan kembali sempurna sepertimana sebelum kecacatannya. Yang sakit akan sembuh dan yang tua akan kembali muda. Melalui pembukaan rahsia-rahsia oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), manusia akan boleh memanfaatkan sepenuhnya kapasiti piramid-piramid tersebut. Beliau (a.s) akan mengajar manusia menggunakan dengan efisyen akan tenaga yang berada di se