Rumah Suci Allah – Tempat Sebenar Kaabah

Suatu hari seseorang bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) di dalam Paltalk, dengan soalan: Adakah dibenarkan bagi Ansar menunaikan haji (di Mekah) yang di bawah penguasaan Bani Saud?
Dan jawapan balas dari Imam (a.s) adalah jelas, beliau (a.s) berkata: Daripada kamu pergi menunaikan Haji, kamu berikan duit untuk menunaikan Haji kepada orang yang memerlukan, yang kelaparan, aku bersumpah dengan Demi Allah, ianya lebih bernilai di sisi Allah dengan seratus ribu kali menunaikan Haji.
Sekiranya lelaki yang bertanya ini memahami pentingnya mentaati kata-kata Sang Utusan dan menerimanya sebagai satu kebenaran maka dia tidak akan mengemukakan soalan berikutnya: Allah memerintahkanku menunaikan Haji, manakala Imam menyuruhku memberikan (wang haji) sedekah, yang mana satu harus aku turuti?
Sekali lagi Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjawab:
Kamu bertanya kepadaku dan aku menjawabnya, kamu bebas (untuk mempercayainya atau tidak). Orang yang bertanya tentang Haji, sekiranya kamu masih berada di sini, aku ingin menambah satu lagi pemberitahuan kepada kamu, yang mana mungkin kamu akan merasakan ianya pelik, iaitu waktu dan bulan ini adalah bukan bulan Haji. Maksudku kita tidak berada di musim Haji dan Kaabah yang kamu ketahui pada hari ini bukanlah apa yang dipanggil sebagai Rumah Suci Allah. Mungkin ramai yang menganggap diriku sebagai seorang yang tidak beriman, tapi itu tidak menjadi hal bagiku, apa yang penting ialah aku menyampaikan kebenaran kepada para pencari kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah