Nabi Isa (a.s) dan Tiga Buku Roti


A’udzu billahi minasy-syaitaniirajim
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Allahumma shalli ala Muhammad wa aali Muhammad al-Aimmah wal Mahdiyyin wa sallimu taslima
Suatu hari, dia Isa (a.s) memberitahu kepada pengikutnya
Hantarlah seseorang ke bandar
Untuk membeli 3 buku roti
Kita semua di dalam kelaparan
Dan salah seorang pengikutnya telah pergi untuk membeli
Tetapi apabila dia kembali, dia hanya membawa pulang dua buku roti
Isa (a.s) bertanya
Di mana roti yang ketiga
Dia menjawab, hanya ada 2 buku roti sahaja
Walaupun Isa (a.s) mengetahui yang dia itu berbohong
Malahan memakan roti yang ketiga itu
Isa (a.s) tidak mendedahkannya
Dia (Isa (a.s)) hanya mendiamkan diri
Dan meneruskan perjalanan
Sehinggalah mereka terjumpa tempat persinggahan
Dan sekali lagi Isa (a.s) bertanya
Dan lelaki itu tetap menjawab dengan jawapan yang sama
Dan Isa (a.s) tetap tidak mendedahkan hal sebenar
Dan kemudian mereka terjumpa seekor rusa yang telah mati
Lalu Isa menampar rusa itu
Lalu rusa itu, hidup kembali
Dan Isa (a.s) bertanyakan kepada pengikutnya
Dengan kuasa yang telah menghidupkan kembali rusa itu
Di manakah buku roti yang ketiga itu
Pengikutnya tetap menjawab
Hanya ada 2 buku roti sahaja
Lalu akhirnya, Isa (a.s) mengambil longgokkan tanah
Dan menukarnya kepada
Longgokkan emas
Dan dia berkata, longgokkan emas ini adalah untuk mereka yang telah memakan buku roti yang ketiga
Dan tiba-tiba seorang pengikutnya melompat dan berkata
Wahai Isa, akulah yang telah memakan buku roti yang ketiga itu
Isa berkata kepada pengikutnya
Jadi, longgokkan emas ini adalah milik engkau
Ambillah tetapi dengan syarat, janganlah kau mengikuti kami lagi, lalu dia pun berlalu dan lelaki itu duduk dengan penuh gembira.
Bersama longgokkan emasnya.
Tetapi, sementara lelaki itu duduk, tiba-tiba datang penyamun kepadanya dan melihat dia memiliki emas lalu penyamun tersebut membunuh lelaki tersebut
Dan sambil duduk
Salah seorang penyamun itu berkata kepada kawannya, pergilah dapatkan makan dan kemudian kita akan bahagikan emas ini.
Lalu, kawannya pergi untuk mencari makanan, pada masa yang sama dia merancang untuk membunuh kawannya itu bagi mendapatkan kesemua emas itu
Dan yang pergi mencari makanan telah meracuni makanan dengan harapan untuk mencuri kesemua emas tersebut.
Dan apabila dia kembali, penyamun pertama itu telah menikam penyamun yang kedua dan membunuhnya.
Dan selepas itu dia memakan makanan yang telah diracun itu.
Tidak mengetahui bahawa makanan tersebut telah diracun lantas dia memakannya dan mati.
Dan kemudian, Isa (a.s) dan pengikutnya telah berpatah balik
Dan telah melihat longgokkan emas bersama tiga orang yang telah mati.
Sahabat mereka dan juga dua orang penyamun.
Dan Isa (a.s) berkata,
Inilah dunia dan apa yang di lakukannya kepada manusia.
Mahdi ke-dua, Aba Al-Sadiq (a.s) berkata:
Isa (a.s) meneruskan perjalanannya dan mengajarkan kata-kata yang baik. Dan beliau (a.s) sering bertemu orang-orang di jalan dan beliau (a.s) sering menguji mereka dan mengajar mereka perumpamaan yang hanya orang yang bijaksana yang akan memahaminya. Manakala bagi orang-orang yang rendah akalnya akan menganggap ianya sebagai mengarut dan tidak mempercayainya, dan akibatnya orang itu akan terkeluar dari pertemanan beliau (a.s).
Terdapat murid beliau (a.s) yang mengikutinya semenjak sekian lama namun akhirnya meninggalkan beliau (a.s) kerana habuan dunia.
Aba Al-Sadiq (a.s) berkata:
Isa (a.s) adalah seorang yang bijaksana dan beliau (a.s) tahu bagaimana untuk memilih seorang teman yang terbaik dan menapis keluar teman yang buruk.
Seperti mana Imam Al-Hussein (a.s) pada hari dan era ini, Isa (a.s) akhirnya menemui 12 orang teman, lelaki-lelaki terbaik yang ditemui sepanjang tahun-tahun yang dilaluinya.


Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah