Posts

Showing posts from 2018

​Panji Hitam

Image
NOTA: Sebahagian orang berkata: “Panji hitam harus muncul dari Khurasan seperti yang dinyatakan di dalam hadis namun kalian semua bukan dari Khurasan!”. Namun: Di dalam muka surat 86 dari kitab “Hiwar Qassasi Mubasat” oleh Ansari Sheikh Abd Al’Ali Al-Mansouri, beliau menyatakan: “Maksud Khurasan adalah tanda yang menunjukkan ke arah timur secara umum dan bukannya menunjuk kepada kawasan yang tertentu di Iran”. Bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wajib menyokong panji hitam adalah: Thawban berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Panji hitam akan muncul dari timur, hati mereka seperti kepingan besi, maka sesiapa yang mendengar tentang mereka hendaklah pergi kepada mereka dan patuh kepada mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.  (Bihar Al-Anwar, Bab 51, muka surat 84; Ghayat Al-Maram, Jilid 7, muka surat 104) Di dalam kitab “Al-Yamani Al-Maw’oud Hujjat Allah” oleh Ansari Sheikh Haidar Al-Ziyadi, beliau mengulas tentang hadis di atas: “Dan inilah perkataan Rasulullah S

Bab 13 : Ramalan-ramalan terkini

Image
Pada malam 30 September 2015, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mengumumkan beberapa ramalan peristiwa besar yang akan berlaku seperti berikut: - SALAH SEORANG DARIPADA PEMIMPIN NEGARA ARAB AKAN JATUH SAKIT YANG TENAT DAN MANUSIA MENYAKINI BELIAU AKAN MATI , TETAPI BELIAU AKAN HIDUP. - BEBERAPA PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA AKAN MATI DALAM MASA TERDEKAT  DENGAN JARAK MASA KEMATIAN MEREKA BERDEKATAN ANTARA SATU SAMA LAIN. - DIDALAM MASA BEBERAPA HARI LAGI, SUATU PERISTIWA YANG PELIK AKAN BERLAKU YANG AKAN DIBINCANGKAN SECARA RANCAK DIDALAM MEDIA-MEDIA MASSA SELURUH DUNIA.      Moga ini menjadi penanda dan bukti kepada mereka yang berakal…… “Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah; dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna”.(QS: Surah Az-Zumar: 18)

Bab 12 : Kebangkitan

Image
Rasulullah (SAW) bersabda: “(….sehingga panji-panji hitam dikibar dari Timur). Mereka (yang mengibarkan panji-panji hitam) akan menuntut hak mereka tetapi dinafikan, kemudian mereka akan menuntut lagi hak mereka tetapi dinafikan dan mereka akan sekali lagi meuntut hak mereka tetapi tetap dinafikan. Maka itu, mereka akan berperang dan mereka akan diberikan kemenangan. Maka, sesiapa sahaja yang menyedari akan ini dari kamu atau dari keturunan kamu, pergilah kepada Imam dari Ahlul Baitku (a.s), meskipun kamu terpaksa merangkak di atas air batu, kerana mereka adalah panji-panji petunjuk (kebenaran). Mereka akan menyerahkan urusan mereka kepada seorang lelaki dari dari Ahlul Baitku (a.s). Nama beliau (a.s) adalah seumpama nama bapaku, maka beliau (a.s) akan memerintah bumi dan memenuhi bumi ini dengan keadilan; dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelum itu dipenuhi dengan penindasan; dan kezaliman).(25) Daripada Thawban, dia berkata: Rasulullah (SAW) telah bersabda: “Tiga akan dibun

Bab 11 : Para Sahabat Imam Al-Mahdi (a.s)

Image
Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Jauhilah keangkuhan bangsa Arab yang membawa kejahatan di dalam masa yang hampir”. Aku berkata: “Semoga aku menjadi tebusan untukmu!. Berapa ramaikah bangsa Arab akan bersama Qaim (a.s)”?. Beliau (a.s) menjawab: “Sangat sedikit”. Aku berkata: “Demi Allah, mereka yang berbicara akan perkara ini dari kalangan bangsa Arab adalah ramai!”. Beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan dijernihkan. Amat ramai manusia yang akan gagal dari penyaringan ini”.(21) Abu Bashir berkata: Imam Abu Abdullah (a.s) berkata: “Sangat sedikit dari bangsa Arab yang akan bersama Qaim”.(22) Amirul Mukminin Imam Ali (a.s) mengumumkan: “Para sahabat Mahdi kesemuanya adalah mereka yang muda dan tiada yang tua melainkan sedikit bilangannya seperti celak yang disapu pada mata atau garam yang ditabur ke dalam makanan”.(23) “Kebanyakkan pengikut beliau (Al-Mahdi (a.s)) adalah orang-orang muda dan sangat sedikit yang tua”.(24) Hanya segelintir kecil sahaja y

Bab 10 : Penyaringan

Image
Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) berkata: “Demi Allah, kalian akan diuji, dijelaskan dan disaring seperti penyaringan bijirin yang pahit dari gandum”.(19) Abu Abdullah (a.s) berkata: “Akan ada nanti sangat sedikit bangsa Arab yang bersama Qaim (Mahdi)”. Maka dikatakan kepada beliau (a.s): “Tetapi sangat ramai dari mereka (bangsa Arab) yang menyebut akan urusan ini (Qaim)”!!!. Maka beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan diklasifikasikan; dan ramai manusia akan gagal”.(20) Adalah amat jelas dari kata-kata para Imam (a.s) yang suci bahawa akan berlaku penyaringan dan penapisan; dan ramai dari mereka yang mendakwa beriman dengan Qaim akan terkeluar dari keimanan sebagaimana hampas akan terlekat pada penapis; dan hanya yang tulen dan berkualiti akan melepasi tapisan. Rujukan: (19)-Ghaibat Al-Numani,  ms.32 . (20)-Ghaibat Al-Numani,  ms.204 .

Bab 9 : Sahabat di Mesir

Image
Imam Ali (a.s) memberitahu kita berkaitan Sahabi Masr (Sahabat Mesir): Imam Ali (a.s) berkata: “Tiada sesiapa yang mengenalinya (sebagai Sahabat Mesir) walau beliau bersama mereka. Dia seorang penyabar seperti Aulia’ (yang terpilih oleh Allah (SWT)) dan dia akan mengangkat Panji Hitam. Demi Allah, dialah orang yang akan menyiapkan untuk Mahdi”.(17) “Dia dikenali tetapi dia tersembunyi (statusnya sebagai Sahabat Mesir tidak diketahui)”.(18) Setelah mendengar berita berkaitan 12 orang lelaki (a.s) yang kini membongkar kepalsuan pejabat Najaf, Abdullah Hashem telah memohon kepada Allah (SWT) agar beliau diberikan petunjuk kepada kebenaran dan sebaik sahaja mendapat jawabannya, beliau meyakini seruan dari 12 orang lelaki (a.s) yang mulia ini. Abdullah mula menghasilkan beberapa video secara rahsia untuk menyeru dan memanggil manusia agar sedar akan pembongkaran yang besar ini dan mengangkat Panji Hitam Imam (a.s) ketika pihak pejabat Najaf masih terus memuji beliau dan ini membukt

Bab 8 : 12 Orang Lelaki

Image
Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Al-Qaim tidak akan khuruj (keluar) (untuk berperang) sehinggalah 12 lelaki berkata mereka telah bertemu dengan beliau (a.s), maka manusia akan menafikan mereka”.(15) Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) berkata: “Pemilik urusan (Imam Al-Mahdi (a.s)) ini akan berada di dalam keghaiban untuk sekian tempoh (dan beliau (Imam Muhammad Al-Baqir (a.s)) mengarahkan tangannya ke arah Thee-Towa (Najaf)). Lalu beliau (a.s) berkata: “Sehingga sebelum dia (Qaim (a.s)) zuhur (kepada manusia umum) bersama Mawla (Imam Al-Mahdi (a.s), beliau (a.s) akan menemui beberapa sahabatnya dan bertanya: “Berapakah jumlah kalian?” Mereka akan menjawab: “Kami seramai 40 orang”. Kemudian beliau (Qaim (a.s)) akan bertanya: “Apakah yang kalian akan lakukan jika kalian melihat Pemilik Urusan (Imam Al-Mahdi (a.s))?”. Mereka akan menjawab: “Demi Allah, jika beliau (Imam Al-Mahdi (a.s)) pergi dari sini dan berlindung di gunung mana pun, kami akan bersama beliau (a.s)”. Kemudian beliau

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah

Image
Ini adalah zaman kemunculan Al-Mahdi kalian. Apa buktinya? Selain dari tanda-tanda akhir zaman yang sering disebutkan, tanda yang paling jelas tanpa sebarang keraguan adalah hadis berikut: Tentang Hijaz, diriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Akan memerintah seorang lelaki yang mempunyai nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan melihat apa-apa (masalah) di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah, berilah amaran kepada pengikut kami tentang beliau! (Baginda (SAW) mengulangi kalimat ini sampai tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira dengan kematiannya, akan aku sampaikan berita gembira kepada kalian dengan kemunculan Al-Hujjah”.(14) Sebagaimana yang telah diramalkan dan dinyatakan di dalam hadis di atas, Hijaz (Arab Saudi) sememangnya telah diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama binatang, iaitu Raja Fahd (Fahd bermakna harimau bint

Bab 6 : Lembu Betina

Image
“Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “(….Sepertimana itu Qaim (a.s) (iaitu Mahdi (a.s)). Hari-hari keghaibannya akan berpanjangan agar kebenaran itu menjadi lebih jelas dan keimanan akan disucikan dari kekotoran akibat kemurtadan setiap dari pengikut yang berniat jahat yang bersifat munafik dan mengharap pewarisan, pemerintahan, kekuasaan; dan jaminan di dalam pemerintahan Qaim (a.s)….(Sehingga beliau (a.s) berkata) “dengan itu, apabila tiada apa lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya; dan dari Al-Quran kecuali tulisannya; dan (ketika) pemilik urusan (Mahdi) ghaib dengan sebab yang dijelaskan, (ini berlaku) kerana wujudnya fitnah yang dahsyat pada hati-hati manusia, sehingga mereka yang paling akrab kepada beliau (a.s) akan menjadi paling terpinggir (musuh yang paling jahat) kepada beliau (a.s). Maka itu Allah akan membantu beliau (a.s) dengan tentera-tentera yang kamu tidak dapat melihat mereka dan akan menzahirkan agama Nabi-Nya melalui tangan beliau (a.s); dan menzahirkan

Bab 5 : Enam Tahun Yang Sunyi

Image
Al-Asbagh Ibn Nabata berkata: “Aku pergi kepada Amirul Mukminin (a.s) dan aku mendapati beliau (a.s) sedang melakar garisan pada tanah, maka aku berkata kepada beliau (a.s): “Wahai Amirul Mukminin (a.s), kenapa aku melihat kamu (a.s) termenung dan melakar garisan pada tanah?”. “Apakah kamu (a.s) mendambakannya?”. Maka beliau (a.s) menjawab: “Demi Allah, aku tidak pernah mendambakannya atau mendambakan dunia ini, tetapi aku tadi berfikir tentang seorang lelaki yang akan dilahirkan dari anak keturunan kesebelasku, dialah Mahdi (a.s) yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelumnya dipenuhi dengan penindasan: dan kezaliman. Akan berlaku kekeliruan (pada manusia) dan keghaiban dirinya (a.s). Ramai manusia akan menjadi sesat (ketika keghaiban beliau (a.s)); dan segelintir akan mendapat petunjuk darinya”. Maka saya bertanya: “Berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi?”. Beliau (a.s) menjawab: “6 hari atau 6 bulan atau 6 tahun”.(1

Bab 4 : Mimbar Mesir

Image
Abaya Al-Asady berkata: “Aku mendengar Amirul Mukminin Imam Ali (a.s) berkata: “Demi sesungguhnya aku akan membina suatu mimbar di Mesir”. Maka saya berkata: “Wahai Amirul Mukminin, kamu berkata seperti kamu akan bangkit dari kematianmu”. Beliau (a.s) berkata: “Alangkah tersasarnya, wahai Abayah! Kamu telah masuk ke dalam mazhab yang salah, seorang lelaki dari keturunanku akan melakukannya”.(9) Juga disampaikan hadis dari beliau (a.s) ketika menyebut berkaitan Al-Mahdi (a.s) dan para sahabat beliau (a.s): “…dan seorang yang AMAT BENAR akan berjalan bersama PANJI PETUNJUK…beliau kemudian pergi ke Mesir dan mendirikan mimbarnya dan bersyarah kepada manusia…dan memasukkan ilmu ke dalam hati orang-orang yang beriman. Maka tiada seseorang pun dari kalangan beriman yang memerlukan ilmu yang dimiliki oleh saudaranya dan ketika itu penafsiran ayat berikut menjadi kenyataan….. “…maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurnia-Nya” (QS: Surah An Nisa’: 130). (10)