Ibadat Hanya Diterima Melalui Penerimaan Kepada Ahlulbait


Diriwayatkan oleh Mu’alla ibn Khunays, bahawa Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Wahai Mu’alla, jika seorang hamba Allah beribadat kepada-Nya di antara Rukn dan Maqam Kaabah selama beratus tahun, berpuasa setiap hari dan solat sepanjang malam sehingga ke akhir hayatnya, namun mengabaikan hak kami, maka tiada sebarang pahala buatnya”.
Imam Ash-Shodiq (a.s), berkata berkenaan firman Allah: “Kamu pasti akan ditanya pada hari itu (akhirat) tentang rahmat”, berkata, ‘Umat ini akan ditanya berkenaan kurnia (rahmat) yang Allah limpahkan kepada mereka di dalam bentuk (iaitu) Rasulullah (sawas) dan Ahlulbaitnya (a.s)’.
[Bihar Al-Anwar, Jilid. 7, halaman. 272, no.39]
Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Sesungguhnya, Allah mencipta kami dan membentuk kami; dan memberikan kami sebaik-baik bentuk. Dia menjadikan kami sebagai mata-Nya ke atas hamba-hamba-Nya dan sebagai lidah-Nya, yang mana melaluinya Dia berbicara kepada hamba-hamba-Nya. Kamilah tangan-Nya yang terbuka, luas dengan rahmat dan belas ehsan-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Kami adalah wajah-Nya, yang mana melaluinya Dia dijangkau dan Pintu yang menjadi indikasi buat-Nya. Kami adalah perbendaharaan-Nya di langit dan di bumi. Melalui kami, pohon-pohon tumbuh dan buah-buahan menjadi ranum. Melalui kami sungai-sungai mengalir dan melalui kami pertolongan langit diturunkan. Kamilah yang menanam rerumputan di bumi. Menerusi penyembahan kami, Allah disembah. Jika tidak kerana kami, Allah tidak akan disembah”.
(Al-Kulaini, Usul Al-Kafi, 1: 144)

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah