Posts

Showing posts from December, 2019

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg Akhir)

Image
MEKAH ATAU PETRA? -   TEMPAT KAABAH YANG SEBENAR  BAHAGIAN AKHIR  Al Qaim akan menghancurkan Masjidil Haram dan mengembalikannya kepada bentuk asalnya dan beliau a.s juga akan mengembalikan Masjid Nabi kepada bangunan aslinya dan akan mengembalikan Kaabah suci kepada tempat aslinya dan mendirikannya pada tapak asalnya. Beliau a.s akan memotong tangan Bani Shaibah dan menggantung tangan itu pada Kaabah kerana mereka adalah para pencuri Kaabah.”  (Ghaibat Tusi) Semua ini bukanlah satu kebetulan, hal ini terjadi kerana urusan Muhammad dan Keluarga Muhammad telah terungkap pada saat ini. Imam Ahmad Al Hasan, Wali dan Rasul dari Imam Mahdi dan Yamani yang dinantikan, menyentuh mengenai fakta ini lebih dari 10 tahun yang lalu di dalam kitabnya 'Kitab Tauhid' (Monotheisme). Beliau (as) menekankan tentang pentingnya akan 'Batu': “Maka Batu, atau Sang Penyelamat yang menghancurkan kuil kesesatan dan pemerintahan thaghut dan Syaitan di bumi ini dan yang mana di

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 3)

Image
MEKAH ATAU PETRA? - TEMPAT KAABAH SEBENAR   ~BAHAGIAN KE-3  Penulis-penulis Injil bukanlah asing dengan Jazirah Arab, sebagaimana Sheba ( yang sekarang dipanggil sebagai Yaman) dan Tema (sekarang bernama Tima di Arab Saudi) disebut di dalam penulisan mereka akan tetapi mereka tidak pernah menyebut tentang Mekah. Prasasti (Inkripsi) Babilonia menyebutkan tentang kesemua dari 6 kota-kota oasis. Sementara Yathrib (kemudian dinamakan Madinah) disebutkan, tetapi Mekah di Hijaz, yang jaraknya 450 km ke selatan, tidak disebutkan. Ini adalah aneh apabila kita mempertimbangkan bahawa Mekah (yang kita ketahui sekarang berada di Petra) telah menjadi tempat yang terkenal pada masa itu. Kaum Sabian dari Yaman juga tidak pernah menyebutkan tentang Mekah di Hijaz di dalam tulisan-tulisan mereka, walaupun mereka diketahui melakukan perdagangan dengan kota-kota tetangga seperti Yathrib. Mekah yang terletak di Hijaz hanya terkenal setelah wafatnya Muhammad dan setelah lokasi Kaaba berubah