Posts

Showing posts from October, 2019

Perjalanan Menjelajahi Masa

Image
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendedahkan bahawa masa itu sesungguhnya bukanlah satu garis lurus (linear). Dan kejadian-kejadian pada masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang, kesemuanya terbentang dan terjadi secara serentak. Kesemuanya sentiasa terjadi dengan segala kejadian berlaku pada masa yang sama. Manusia mempunyai kebolehan untuk mengembara menjelajahi masa. Salah satu jalannya ialah dengan apa yang dikenali pada hari ini sebagai lubang cacing atau wormholes. Terdapat portal-portal tertentu yang terbuka di tempat-tempat berlainan di bumi ini dan membentuk jalan pintas melintasi ruang-masa. Jika seseorang itu secara tidak sengaja memasuki portal tersebut, dia akan keluar ke suatu zaman yang berbeza zon masanya, sepertimana yang berlaku kepada kanak-kanak Woolpit. Manusia boleh mengembara ke zaman lampau namun takat atau had di mana ia boleh merubah masa lalu adalah sangat terbatas. Jika seorang pengembara masa menyebabkan berlakunya perubahan kecil pada masa lalu, ia

Mimpi-mimpi

Image
Di dalam Kitab Suci Al-Quran, menyatakan, “Allah mengambil roh (manusia) ketika matinya dan (mengambil) roh (manusia) yang belum mati di waktu tidurnya” (Surah az-Zumar, ayat 42) Iman Ahmad Al-Hassan (a.s) mensahihkan hal ini pada hari ini. Sebagaimana beliau (a.s) berkata, “Roh adalah seumpama matahari, sekiranya ia di angkat ke langit atau diambil oleh Tuhan ketika tidur, cahayanya tetap berhubung dengan jasadnya untuk mengawalnya. Tidakkah kamu melihat seseorang yang menendang atau bercakap di dalam tidurnya?. Bagi orang yang melihatnya dari luar, kejadian ini berlaku di dalam mimpi orang yang tidur tersebut. Namun realitinya, apa sahaja yang dilihat oleh orang yang tidur tersebut adalah benar-benar berlaku namun ianya berlaku di dalam alam yang berbeza. Iman Ahmad Al-Hassan (a.s) menjelaskan bahawa sekiranya kita bertemu dengan seseorang di dalam mimpi, kita sesungguhnya benar-benar menemuinya di dalam alam yang lain, namun dari hukum Allah, hanya salah seorang dari d

Rumah Suci Allah – Tempat Sebenar Kaabah

Image
Suatu hari seseorang bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) di dalam Paltalk, dengan soalan: Adakah dibenarkan bagi Ansar menunaikan haji (di Mekah) yang di bawah penguasaan Bani Saud? Dan jawapan balas dari Imam (a.s) adalah jelas, beliau (a.s) berkata: Daripada kamu pergi menunaikan Haji, kamu berikan duit untuk menunaikan Haji kepada orang yang memerlukan, yang kelaparan, aku bersumpah dengan Demi Allah, ianya lebih bernilai di sisi Allah dengan seratus ribu kali menunaikan Haji. Sekiranya lelaki yang bertanya ini memahami pentingnya mentaati kata-kata Sang Utusan dan menerimanya sebagai satu kebenaran maka dia tidak akan mengemukakan soalan berikutnya: Allah memerintahkanku menunaikan Haji, manakala Imam menyuruhku memberikan (wang haji) sedekah, yang mana satu harus aku turuti? Sekali lagi Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjawab: Kamu bertanya kepadaku dan aku menjawabnya, kamu bebas (untuk mempercayainya atau tidak). Orang yang bertanya tentang Haji, sekiranya kamu m

Penghormatan kepada Nabi Isa a.s

Image
Islam yang sejati memberi penghormatan kepada Isa (a.s), memuja Isa (a.s) dan memelihara sebahagian ajarannya dari dihapuskan oleh para ulama kristian. Imam Ash-Shodiq (a.s), Imam Syiah ke-6 berkata, “Isa (a.s) anak Maryam adalah roh Tuhan dan kalam-Nya”. Ahlulbait Nabi Muhammad (sawas) memenuhkan kitab-kitab dengan hadis-hadis tentang Isa (a.s), yang sebagiannya adalah ajaran-ajaran sejati dari Isa anak Maryam. Terdapat beratus hadis-hadis dari Ahlulbait yang menyebutkan ucapan-ucapan Isa (a.s), juga hadis-hadis yang menceritakan tentang kehidupan Isa (a.s) dan juga hadis-hadis yang mendedahkan wahyu-wahyu yang diutuskan kepada Isa (a.s). (Iaitu) wahyu-wahyu yang tidak tercatat di dalam rekod-rekod atau kitab-kitab kristian masakini. Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) meriwayatkan bahawa Isa (a.s) berkata: “Barangsiapa yang tidak mengenali rohnya (sendiri) maka dia tidak akan mengenaliku dan barangsiapa yang tidak mengenali roh di antara dua sisinya maka dia tidak akan mengenali

Benih

Image
Benih, ianya ada di setiap nurani manusia. Setengah manusia mampu untuk mengeluarkannya lalu menyerlahkannya dan sesetengah manusia tidak mampu untuk berbuat demikian. Semuanya terpulang kepada manusia itu sendiri. Mereka yang tidak mampu berbuat demikian kerana mereka tidak mahukanya, ataupun mereka tidak cuba untuk melakukannya. Dan kebijaksanaan terzahir daripada sifat manusia itu sendiri. Dan kesederhanaan membayangi manusia itu. Dan segala tindakannya akan menyerlahkannya. Dan setiap manusia itu tersembunyi di sebalik lidahnya. Adakah kamu mahu untuk aku memberitahu tentang sesuatu mengenainya?. Tetapi dengan syarat kamu mesti melakukannya. Jangan berkata apapun atau lakukan apapun sebelum kamu mengkajinya dari pelbagai aspek. Dan jangan membuat sebarang keputusan kecuali kamu yakin mengenainya, yakin bahawa di dalamnya ada kebenaran dan kebaikan. Dan apabila kamu membuat keputusan atau bila kamu melakukan tindakan, jangan sesekali kamu abaikannya. Tetap dengan pendirian kamu

Ibadat Hanya Diterima Melalui Penerimaan Kepada Ahlulbait

Image
Diriwayatkan oleh Mu’alla ibn Khunays, bahawa Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Wahai Mu’alla, jika seorang hamba Allah beribadat kepada-Nya di antara Rukn dan Maqam Kaabah selama beratus tahun, berpuasa setiap hari dan solat sepanjang malam sehingga ke akhir hayatnya, namun mengabaikan hak kami, maka tiada sebarang pahala buatnya”. Imam Ash-Shodiq (a.s), berkata berkenaan firman Allah: “Kamu pasti akan ditanya pada hari itu (akhirat) tentang rahmat”, berkata, ‘Umat ini akan ditanya berkenaan kurnia (rahmat) yang Allah limpahkan kepada mereka di dalam bentuk (iaitu) Rasulullah (sawas) dan Ahlulbaitnya (a.s)’. [Bihar Al-Anwar, Jilid. 7, halaman. 272,  no.39 ] Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Sesungguhnya, Allah mencipta kami dan membentuk kami; dan memberikan kami sebaik-baik bentuk. Dia menjadikan kami sebagai mata-Nya ke atas hamba-hamba-Nya dan sebagai lidah-Nya, yang mana melaluinya Dia berbicara kepada hamba-hamba-Nya. Kamilah tangan-Nya yang terbuka, luas dengan rahma

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

Image
Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan Rasulullah (sawas) bersabda: “Panji Hitam dibangkitkan dari Timur, mereka akan menuntut hak mereka, namun tidak akan diberikan dan mereka akan menuntutnya sekali lagi, namun juga tidak diberikan; dan mereka akan menuntutnya untuk kali terakhir, namun juga tidak diberikan, maka mereka akan berperang; dan diberikan kemenangan, maka barangsiapa di antara kamu atau dari keturunan kamu yang melihat mereka, maka hendaklah kamu pergi kepada Imam dari Ahlulbaitku, meskipun merangkak di atas salji, kerana mereka adalah panji kebenaran”. Panji Hitam dari timur adalah salah satu dari tanda-tanda akhir zaman yang paling dinantikan di dalam sejarah Islam. Baik Sunni mahupun Syiah, kedua-duanya mengetahui Al-Mahdi akan muncul mengibarkan panji hitam dan kemunculan itu menandakan waktu yang getir untuk kesemua umat Islam di mana mereka harus memutuskan untuk berjuang di pihak kebenaran atau kesesatan. Panji ini adalah lagenda dan urusannya tida

Akhir Zaman Episod 41: Kedatangan Kembali Mikail (a.s) – Sang Penghimpun Orang-Orang Beriman

Image
Bersama kami menyingkap kebenaran sekitar kedatangan kembali Malaikat Utama, Mikail (a.s) – Sang Penghimpun Orang-Orang Beriman… Sebagaimana biasa kami terus menyingkap sosok-sosok Ilahiah yang telah mencapai puncak keimanan dan telah berkumpul pada era ini bagi memberi sokongan kepada puncak kebenaran; dan kebijaksanaan, kita juga melihat bagaimana kebenaran ini disingkap dari banyak kitab-kitab; dan pelbagai sumber. Dan Tuhan menyatakan bahawa mereka-mereka yang tidak menyokong para Malaikat Utama adalah mereka-mereka yang tidak menyokong seruan kebenaran: Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 98 menyatakan: “Barangsiapa memusuhi Allah dan para Malaikat-Nya dan Para utusan-Nya dan Jibrail dan Mikail – maka sesungguhnya, Allah adalah musuh kepada orang-orang kafir” Bersama kami menyingkap kebenaran berkaitan kedatangan kembali para malaikat utama dan berdiri kukuh untuk kebenaran; dan keadilan di era ini.

Mimbar Mesir Merupakan Suatu Nubuat/ Ramalan

Image
Mimbar Mesir merupakan satu nubuat/ramalan yang agung, ramalan yang hanya dituntut oleh golongannya sahaja. Ramalan ini sangat kuat kaitannya dengan kemunculan Imam Mahdi (a.s). Ianya seolah-olah papan tanda pada jalan. Tetapi apakah maksud mimbar itu sendiri?. Adakah ia merupakan satu headphone?. Atau adakah ia merupakan pembesar suara?. Mimbar dan bersama dengannya adalah orang yang bercakap mengenai kebenaran. Dan adalah mustahil, di suatu ketika mimbar akan menjadi satu kesesatan kerana mimbar adalah merupakan nubuat/ramalan yang agung. Nubuat/ramalan ini merupakan nubuat kebenaran dan sekiranya ia menjadi satu pembohongan di kemudian hari, maka sesungguhnya Allah SWT adalah kurang bijaksana dan sesungguhnya Allah tersangat jauh dari hal yang tersebut. Bagaimana nubuat/ramalan kebenaran bertukar menjadi pembohongan pada suatu ketika?. Sesungguhnya Mimbar akan sentiasa bersama dengan Imam Mahdi sehingga ke hari pengadilan. Dan sesungguhnya Mimbar tersebut merupakan seorang

Perumpamaan Kehidupan Landak

Image
Maula Adam (a.s) berkata: Landak tidak dapat mendekati sesama sendiri. Duri yang memenuhi tubuh masing-masing adalah perisai yang bukan hanya menahan diri mereka dari musuh namun juga kepada keluarga mereka. Apabila musim sejuk membawa angin dingin yang luarbiasa, landak terpaksa mendekatkan diri antara satu sama lain, bagi mendapatkan haba panas walaupun terpaksa menahan kesakitan kerana dicucuk oleh duri tajam ditubuh masing-masing. Apabila mereka sudah merasa kehangatan maka mereka akan menjauhkan diri masing-masing di antara satu sama lain. Sehinggalah mereka merasakan semula kesejukkan maka mereka terpaksa mendekatkan semula diri masing-masing, maka mereka menghabiskan sepanjang malam dengan mendekatkan tubuh masing-masing dan kemudian menjauhkan diri. Sentiasa mendekatkan diri akan mengakibatkan luka yang banyak manakala sentiasa berjauhan akan mematikan mereka. Begitu jugalah hubungan kita sesama manusia. Tiada seorangpun dari kita yang selamat dari duri tajam dari tu