IBLIS, Bapa Penciptaan (Bhg 2)

Salah satu lukisan atau gambaran paling terkenal Syaitan adalah di dalam bentuk Baphomet. Imej Baphomet diraikan di semua tempat dari kulit album ‘heavy metal’ hinggalah ke propaganda keagamaan. Baphomet digunakan sebagai standard atau patokan bagi syaitan namun Baphomet adalah teramat jauh lebih komplek (rumit) dari itu.
Simbol kepala yang berada di tubuh
hermaphroditic (jantina ganda) berbentuk kepala kambing (GOAT). G.O.A.T adalah akronim kepada ‘God of all things’ (Tuhan Kepada Semua Makhluk)
Kata kunci di sini adalah ‘things’ kerana dia mencipta segala benda material.
REPORT THIS AD

Setiap benda di dunia ini mempunyai lawan.
Baphomet juga tidak berkecuali sepertimana kita mempunyai Christ (Al-Masih) dan Anti-christ (Dajjal), kita juga mempunyai Muhammad dan Baphomet yang merupakan anti-Muhammad. Malah sesungguhnya nama Baphomet adalah bahasa Perancis lama variasi dari nama Muhammad, merujuk kepada Nabi bagi Agama Islam.
Baphomet tersembunyi di serata tempat, dimuliakan di dalam media dan di dalam dunia hiburan sebagaimana yang kita tahu dunia ini adalah tempat kekuasaan baginya; dan kita semua berada di dalamnya.
Tapi bagaimana semua ini berlaku?
Di dalam usaha untuk menjawab soalan ini, kita mesti kembali ke permulaan, Syaitan tidak bermula dengan berada di pihak kejahatan, malah mengikut kitab suci pada suatu masa Syaitan adalah satu-satunya yang berada di tempat yang paling tinggi di kalangan para penyembah Tuhan, walaupun ia bukanlah dari kalangan malaikat.
REPORT THIS AD

Syaitan pada suatu masa dahulu hidup di kalangan malaikat di syurga. Ia menyerupai mereka dan melakukan amalan seperti mereka; dan oleh kerana itu Tuhan memberi balasan yang banyak atas amalan yang sedikit maka Syaitan dengan cepat mendaki kedudukan. Ketaatan dan keindahannya membolehkannya mendapat gelaran sebagai Merak Malaikat.
Hari ini ia lebih dikenali sebagai ‘The Fallen Angel’ (Malaikat Yang Jatuh) kerana kejatuhannya dari rahmat Tuhan, satu gelaran yang berlawanan dengan kedudukannya sebelum ini.
Di dalam tradisi Islam, semua malaikat mempunyai nama istimewa yang diberikan kepada mereka mengikut sifat atau pencapaian mereka.
Nama-nama ini menjadi tempat tersembunyi bagi rahsia-rahsia. Kadang-kadang tempat tersembunyi paling baik adalah di depan mata. Banyak rahsia agung Tuhan hanya menunggu waktu untuk dirungkaikan di dalam sesuatu yang kita semua tahu iaitu bahasa.
REPORT THIS AD

Di dalam keadaan tertentu, semua muslim menyedari akan fakta ini, kombinasi misteri huruf arab yang berada dipermulaan di dalam beberapa surah di dalam Kitab Suci Al-Quran.
Imam Ash-Shodiq (a.s) memberi petunjuk bahawa ilmu Ahlulbait akan disingkap melalui bahasa apabila beliau (a.s) menyatakan bahawa ilmu terdiri dari 27 huruf, semua Rasul datang sebelum ini hanya dengan 2 huruf, kerana itulah manusia tidak mengetahuinya sehinggalah hari ini kecuali hanya 2 huruf maka apabila Al-Qaim kami bangkit, beliau akan membawa keluar 25 huruf lagi dan menyebarkannya kepada manusia; dan beliau akan menambahkannya kepada 2 huruf sebelumnya; dan menyebarkan keseluruhan 27 huruf kepada manusia. (Bihar Al-Anwar, Jilid 52, halaman 336)
Kamu mungkin menyedari bahawa di dalam bahasa arab, semua nama malaikat berakhir dengan ‘il’ yang bermaksud ‘Tuhan’. Nama mereka dihubungkan dengan sifat-sifat Tuhan tertentu. Sebagai contoh ‘Jibrail’ bermaksud ‘Kekuatan Tuhan’ dan Syaitan ketika seangkatan dengan para malaikat di syurga juga mendapat nama ‘Azazil’ yang bermaksud ‘Kesayangan Tuhan’.
REPORT THIS AD

Kita semua mengenali Iblis dengan pelbagaibagai nama dan Imam Ahmad Al- Hassan (a.s) mendedahkan buat pertama kali maksud tersembunyi beberapa gelaran Iblis yang terkenal. Al-Quran memanggilnya dengan nama Iblis ataupun Aba Lis yang bermaksud Bapa Penciptaan.
Gelaran lainnya yang terkenal adalah Satan di dalam bahasa Inggeris iaitu padanan dari perkataan Arab, Syaitan.
Di dalam tradisi Islam, Iblis selalu disamakan dengan syaitan, bagaimanapun perkataan ini (syaitan) bukan digunakan bagi mengambarkan Iblis itu sendiri akan tetapi satu kuasa kejahatan. Kamu mungkin tertanya-tanya apakah dia kuasa misteri ini.
Jawapannya tersembunyi pada namanya…kerana ‘syai’ bermakna ‘sesuatu’ dan ‘Tan’ bermakna dari ‘tanah liat’.
Bukanlah satu rahsia bahawa manusia asalnya diciptakan dari tanah, Kitab-kitab Yahudi, Kristian dan Islam dengan tegas menyatakan hal ini. Kitab Genesis (Kitab Kejadian) menyatakan, ‘kemudian Tuhan membentuk manusia dari debu di tanah dan meniupkan nafas kehidupan ke lubang hidungnya, lalu manusia menjadi makhluk yang hidup’ (Kitab Kejadian 2: 7); dan Al-Quran menyatakan, ‘dan kami mencipta manusia dari tanah liat dari lumpur yang hitam’ (Surah As-Sajdah, ayat 7-8). Pendedahan tentang sifat tanah yang menjadi asas ciptaan kita iaitu gelap/hitam cuma dengan sedikit cahaya yang bercampur dengannya. Tanah adalah bahan material yang datangnya dari bumi maka jasad manusia mempunyai ikatan asas dengan bumi dan dengan yang menciptakannya.
REPORT THIS AD

Bayangkan kamu seorang artis, seorang ahli patung, atau lebih tepat lagi kamu mencipta satu patung figurin dari tanah liat, membentuk matanya dan hidungnya, malah setiap ciri-cirinya adalah dari imaginasi kamu. Kamu menciptanya dari gumpalan tanah liat yang tidak berbentuk. Dan bayangkan Tuhan memerintahkan kamu sujud dan menyembah ciptaan kamu sendiri. Mungkin sekarang, lebih mudah untuk memahami mengapa Iblis menolak untuk melakukannya.
Tapi Iblis terlupa sesuatu yang amat penting dari firman Tuhan, Tuhan memerintahkan malaikat ‘serta Aku tiupkan padanya roh dari-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya’
(Surah Al-Hijr, ayat 29)
Apakah roh yang Allah tiupkan kepada Adam?
Roh Adam adalah sinar dari cahaya Tuhan. Adam adalah khalifah pertama di dalam bentuk manusia, sementara jasad materialnya sesungguhnya adalah ciptaan Iblis. Namun sesuatu di dalam tubuh Adam adalah bukan dari dunia ini.
REPORT THIS AD

Kitab Suci Al-Quran menjelaskan tentang kebesaran Adam (a.s) di dalam banyak ayat, contohnya seperti berikut: ‘Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. Malaikat menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)!. Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Allah berfirman: “Wahai Adam!. Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi; dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 31-33)
REPORT THIS AD

Memahami perbezaan di antara jasad dan roh adalah salah satu tujuan yang paling utama di dalam Islam. Al-Quran memberi perbezaan yang jelas di antara ego dan roh. Bagi menjelaskan secara mudah, ego ataupun nafs boleh dianggap sebagai kehendak atau keinginan material. Sifat kehaiwanan manusia yang terdiri di atas fungsi jasmani dan keinginan egotistik. Nafs terikat dengan dunia material dan oleh itu ianya terbatas dengan kualiti ketidak-kekalan makhluk.
Di dalam beberapa tradisi, nafs dinisbahkan kepada keldai. Setiap orang harus bertanya kepada diri masing-masing, ‘adakah aku menunggang keldai atau aku ditunggangi oleh keldai?’
REPORT THIS AD

Pernahkah kamu berdepan dengan keadaan yang membuatkan kamu tertanya-tanya ‘dari manakah fikiran ini datang?’. Fikiran ini bukan datang dari diriku.
Kita semua mempunyai suara-suara yang menjajah fikiran kita. Mungkin suara-suara itu cuba menipu kamu dan mencuba meyakinkan kamu bahawa suara itu adalah kamu. Kita mempunyai dua sisi yang sentiasa berperang di antara satu sama lain bagi menguasai ego dan roh.
Kegelapan dan cahaya.
Setiap dari kita sentiasa berada di dalam peperangan kosmik. Malah peperangan itu adalah kita.
Jasad kita adalah penjara dunia material yang direka oleh Iblis itu sendiri.
Bible Kristian menyatakan ‘minda yang dikuasai oleh daging adalah musuh Tuhan, ia tidak tunduk kepada hukum Tuhan dan ia tidak mungkin baginya’
(Rom 8: 7)
REPORT THIS AD

Pada awal penciptaan Adam, Syaitan merancang untuk menggunakan sifat semulajadi tubuh material Adam untuk keuntungannya. Sepertimana Syaitan mencipta Adam, ia juga mencipta Hawa, kemudian Adam dan Hawa hidup bersama; dan beranak-pinak; dan begitu juga anak keturunan terus berkembang. Tidak lama kemudian dunia di diami oleh jasad-jasad yang semuanya berasal dari lumpur hitam bumi syaitan dan hari ini ia menghuni setiap jasad; dan jasad dengan segala keinginan; dan desakan adalah syaitan.
Di dalam Kitab Al-Kafi oleh Al-Kulaini meriwayatkan dari Abu Basir yang berkata bahawa beliau bertanya kepada Imam Ash-Shodiq (a.s) berkenaan ayat Al-Quran: ‘Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam’.
Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.
REPORT THIS AD

Sesungguhnya kekuasaan Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (Surah An-Nahl, Ayat 98-100)
Imam (a.s) menjawab: Wahai Abu Muhammad, demi Allah, Dia memberi kekuasaan kepada syaitan ke atas tubuh orang beriman tapi tidak kepada iman mereka, Dia memberi kekuasaan kepada syaitan ke atas tubuh Ayub dan syaitan menjelekkan Ayub secara fizikal namun Dia tidak memberikan syaitan kekuasaan ke atas imannya dan Dia memberikan syaitan kekuasaan ke atas tubuh orang yang tabah namun tidak ke atas iman mereka.
Kira-kira 1,000 tahun yang lalu, Nabi Muhammad (sawas) bersabda: Syaitanku tidak beriman maka Allah memenangkanku ke atasnya sehinggalah ia tunduk menyerah.
REPORT THIS AD

Manusia pada hari ini dan semenjak dari zaman dahulu membayangkan bahawa syaitan sebagai makhluk halus yang tidak kelihatan yang mengejar manusia. Berkurun lamanya kita membayangkan bahawa syaitan berada di sekeliling kita, sedangkan hakikat sebenarnya syaitan adalah berada di dalam diri kita.
Imam Ali (a.s) berkata: Syaitan setiap manusia adalah nafs mereka sendiri.
Dan fakta ini memberikan satu pemahaman baru kepada banyak ayat-ayat kitab suci.
Isa (a.s) pada suatu bertanya apakah kebaikan kepada seseorang yang memperolehi seluruh isi dunia namun kehilangan akan roh mereka.
(Matius 16: 26)
Apakah kamu pernah benar-benar merenung persoalan ini dan bertanya bagaimana seseorang itu boleh kehilangan akan roh mereka?
REPORT THIS AD

Ini adalah akibat tragis yang berlaku apabila ego mengalahkan roh dan permusuhan terhadap Allah mengambil alih kuasa.
Di dalam Kitab Lukas menceritakan peristiwa yang berlaku di malam Makan Malam Terakhir Isa (a.s) apabila Judas mengkhianati Isa (a.s). Kemudian Syaitan memasuki Judas yang bernama Iscariot, salah seorang dari 12 murid Isa (a.s) dan Judas mendatangi ketua pendeta yahudi; dan pegawai penjaga kuil; dan berbincang dengan mereka bagaimana caranya dia akan mengkhianati Isa (a.s), namun ayat ini disalah terjemahkan, sebenarnya syaitan tidak memasuki Judas kerana syaitan memang sudah berada bersama Judas selama ini, apa yang berlaku adalah cahaya Tuhan iaitu roh pergi meninggalkan Judas; dan apabila cahaya Tuhan sudah tidak berada di dalam diri seseorang maka ia akan menjalankan kehendak Iblis.
Syaitan tidak pernah kekurangan orang yang sanggup untuk menjalankan suruhannya, seperti ketua pendeta dan pegawai kerajaan pada zaman Isa (a.s).
Iblis mempunyai sahabat berpangkat tinggi di semua zaman, salah seorang penguasa zalim yang terburuk di dalam sejarah yang memerintah Empayar Islam di zaman Imam Al-Hussein (a.s), Yazid ibn Muawiyah (l.a)
REPORT THIS AD

Yazid dimuliakan sampai ke hari ini oleh satu golongan manusia yang mengamalkan agama rahsia, yang mana Tuhan mereka bukanlah Tuhan yang kamu sembah. Di Iraq pada hari ini, satu golongan minoriti kecil sekitar 400-500 ribu orang memanggil diri mereka sebagai Yazidi, sempena nama pahlawan agung mereka iaitu Yazid, namun agama mereka bermula jauh lebih awal dari Penguasa Zalim itu (Yazid).
Mereka mendakwa agama mereka lebih awal dari penciptaan makhluk itu sendiri. Kepercayaan rahsia yang amat kompleks Yazidi ini menjadikan mereka terpisah dari agama-agama lain di wilayah tempat mereka.
Kitab Suci mereka dikatakan bernama Kitab Wahyu dan Kitab Hitam, namun cerdik pandai pada hari ini percaya bahawa dua manuskrip tersebut hanya sebagai decoy atau pengalih perhatian dan inti tradisi agama sebenar mereka adalah diperturunkan turun-temurun secara lisan. Dan ajaran lisan mereka berisi kiasan kabur yang susah untuk difahami oleh masyarakat luar.
REPORT THIS AD

Secara luaran, persamaan antara kepercayaan Yazidi dan agama Ibrahimik (abrahimic religions) tidak dapat disangkal, mereka juga solat lima kali sehari, mereka berpuasa, mereka beriman kepada Tuhan, para malaikat dan kuasa baik; dan jahat.
Lalu di mana mereka mula terpesong?
Golongan Yazidi menganggap diri mereka sebagai manusia terpilih pengikut Malik Taus atau Merak Malaikat yang mereka kenali sebagai Syaitan. Persamaan antara Merak Malaikat dan Syaitan adalah amat ketara dan menakjubkan.
Malik Taus adalah malaikat utama Tuhan, Ketua Komandan di dunia ini, yang mana adalah juga peranan asalnya di dalam tradisi Ibrahimik. Dia juga adalah Malaikat Yang Jatuh yang memberontak melawan Tuhan dan seterusnya dilemparkan ke dalam neraka namun mengikut kosmologi Yazidi, selepas 40 ribu tahun di dalam neraka, air matanya memadamkan api neraka; dan Tuhan mengampuninya; dan mengembalikan kedudukannya.
REPORT THIS AD

Salah satu simbol bagi Malik Taus adalah api dan dia boleh menyinari dan membakar. Dia bertanggungjawab memberi manusia ilmu dan kehendak bebas (free will). Dan di dalam versi aneh kisah Taman Syurga yang biasa kita dengar, Malik Taus menyelamatkan umat manusia, mengikut kitab mereka Tuhan memerintahkan Jibrail mengiringi Adam ke dalam syurga dan memberitahu Adam bahawa beliau boleh memakan apa sahaja buah-buahan yang ada di syurga kecuali gandum, di syurga Adam tinggal selama 100 tahun, Malik Taus menziarahi Adam; dan berkata ‘Adakah kamu memakan butiran gandum?’. Adam menjawab: ‘Tidak, Tuhan melarangku dari memakannya’. Malik Taus berkata: “Makanlah butiran gandum itu dan itu adalah lebih baik bagi kamu”.
Dan kerana itu Yazidi percaya bahawa Merak Malaikat adalah penyelamat yang telah membebaskan mereka maka mereka menyembahnya 5 kali sehari dan mengunjungi patung besi atau gangsa merak dari satu bandar ke bandar yang lain.
Bagi Yazidi, Malik Taus adalah Tuhan Dunia ini. Kepercayaan golongan Yazidi ini membingungkan ramai orang, ahli sejarahwan tertanya-tanya sejak sekian lama bagaimana sistem kepercayaan yang amat berbeza ini berkembang.
REPORT THIS AD

Namun sebenarnya agama mereka mempunyai asas di dalam realiti sepertimana dakwaan mereka bahawa syaitan adalah Tuhan ke atas Dunia Material.
Namun seperti Iblis yang mereka sembah, mereka lupa gambaran sebenar:
Adakah syaitan yang mencipta dunia?
Ya. Tapi ia menciptanya dengan cahaya dari Tuhan.
Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) suatu hari pernah ditanya, bagaimana Tuhan mencipta alam semesta. Beliau (a.s) menjawab dengan kata-kata ini:
Penciptaan Alam ini adalah sulit untuk difahami, tidak semua orang tahu jalan ilmu dan ianya adalah rahsia yang tersembunyi.
Pada permulaan, tiada sesuatupun kecuali Tuhan Yang Azali dan dari situ terpancarlah cahaya. Raja Tertinggi meminjamkan kepada Azazil cahayanya dan dengan cahaya itu dia membentuk ciptaannya namun kesombongan Azazil telah menghalangnya dari kebenaran, dia tidak dapat menerima bahawa ciptaannya berasal dari cahaya Tuhan.
REPORT THIS AD

Tuhan Yang Maha Kuasa yang mana tanpa-Nya tiadalah daya dan upaya.
Cahaya Tuhan yang bersinar terang lama sebelum dunia ini diciptakan. Ia sentiasa ada di bumi ini dan Cahaya Tuhan tetap ada di dunia pada hari ini. Sinaran cahaya yang berasal dari Tuhan itu adalah Para Ahlulbait (a.s) dan mereka merupakan inti kewujudan kita.
Abu Hamzah berkata, “aku bertanya Imam Ash-Shodiq (a.s): Adakah mungkin dunia ini tanpa kehadiran seorang imam”?. Imam Ash-Shodiq (a.s) menjawab: “Tidak, jika sekiranya dunia ini tanpa kehadiran seorang imam maka ia akan runtuh”.
(Ghaibah Al-Nu’mani, halaman 61)
Pertembungan abadi di antara cahaya dan kegelapan telah sampai ke kemuncaknya.
Nabi Muhammad (sawas) bersabda:
“Mereka mengikuti jalan yang salah dan menuju ke kanan; dan ke kiri meninggalkan petunjuk”.
REPORT THIS AD

“Wahai manusia, inilah waktunya apabila semua janji-janji telah menjadi nyata, apabila kedatangan seorang yang tidak kamu ketahui berada di depan mata kamu, ketahuilah bahawa dia yang muncul dari kalangan kamu akan mengalahkan mereka dengan cahaya terang di dalam masa-masa yang amat sukar ini”.
(Bihar Al-Anwar, Jilid 51, halaman 186)
Sudah tiba masanya untuk meninggalkan kegelapan di belakang kerana cahaya terang petunjuk akhirnya sudah muncul.
—————-ooOoo—————

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah