Surat Imam Ahmad Al-Hassan a.s Kepada Ansar




Bismillah Al-Wahid Al-Qahhar
Surat dari Imam Ahmad Al-Hassan a.s kepada Ansar yang dikeluarkan pada pagi tadi:
                           
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
والحمد لله رب العالمين
Segala Puji-Pujian kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam
اللهم صل على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما كثيرا.                                        
Ya Allah, limpahkanlah kurniaan-Mu ke atas Nabi Muhammad dan Keluarga Muhammad iaitu Para Imam dan Para Mahdi.
Wahai orang-orang beriman di Timur dan di Barat Bumi,
Salam, keampunan dan rahmat Allah ke atas kalian, (dan apa sahaja yang Utusan Imam khabarkan maka terimalah; dan apa sahaja yang ia larang-maka jauhilah. Dan takutlah kepada Allah; sesungguhnya, balasan Allah amat berat.) (QS: Surah Al-Hasy-r: Ayat 7) 
Wahai orang-orang beriman, wahai orang-orang yang mempunyai jiwa yang suci yang beriman dengan perkara ghaib, semoga Allah melimpahkan kebaikkan-Nya ke atas kalian dan semoga Allah merahmati kalian pada hari ini.     
Seperti yang kalian maklum, seruan suci ini melalui masa-masa sukar pada ketika ini, sama seperti seruan-seruan Para Nabi dan Rasul sebelum ini, sama ada kerana penindasan; dan pengingkaran atau ejekan; dan penghinaan; dan cubaan yang terus menerus melenyapkan seruan Imam Mahdi a.s oleh penjenayah; dan puak yang engkar juga manusia-manusia keji yang mendakwa (kononnya) beriman dengan Agama Islam; dan mendakwa sebagai Syiah, mendakwa beriman dengan Dakwah Imam Mahdi a.s, namun sebenarnya mereka berdusta demi kepentingan wang atau kuasa ataupun kejayaan palsu; dan juga kerana berkhidmat kepada Syaitan; dan Tuan-Tuan mereka di dalam Kerajaan Keji Bani Abbas yang memperhambakan diri kepada Syaitan Besar Amerika Syarikat yang dilaknat.
Dan mereka-mereka yang menyamar, iaitu Sadiq Al-Husseini, Alaa Al-Salem, Nathim Al-Uqeili, Saleh Al-Safi dan lain-lain lagi dari golongan engkar yang hina.
Jadi celakalah ke atas mereka dan pasti akan ada seksaan ke atas mereka di dunia ini dan di akhirat nanti ditangan Tentera-Tentera Allah yang tidak dikenali di dunia ini, namun masyhur di langit, Pedang Allah yang tajam; dan terhunus.          
Kami memberi amaran kepada kamu, wahai Si Keji dan kami mengatakan kepada kamu: “Demi Allah, Demi Allah, hari kamu sudah hampir; dan detik kamu sudah dekat; dan kamu akan merasakan hukuman; dan kematian di dalam masa yang terdekat; dan ini adalah janji Allah…”
Wahai Nabi !. “Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”.(QS: Al-Tahrim: Ayat 9)     
Anak-anakku yang beriman, lelaki dan perempuan, hari ini aku ingin menyatakan satu perkara yang amat penting.
Sebentar tadi, aku melantik seorang yang berkhidmat untuk kalian di Iraq melalui anakku (Ahmad Murad Aba Michael) dan aku sendiri hadir di dalam perjumpaan ‘private room’ di dalam ‘Paltalk’. Tanggungjawab umum bumi Iraq adalah kepada anakku Sayyid Ehsan Aba Ali. Diikuti tanggungjawab kewangan oleh anakku Qais Aba Hydra, yang disucikan. Seterusnya Sheikh Abdul Satar Al-Kathimi bertanggungjawab bagi urusan Solat Jumaat. Diikuti Sayyid Usama Al-Quraishi, bagi urusan media di Iraq dan ada tiga saksi, satu dari di dalam Iraq, iaitu Sayyid Hossam Al-Jabry; dan dua orang lain adalah Batool, Omm Ashraf, semoga Allah membimbing mereka; dan merahmati mereka…. dan kepada anakku, Abdullah Hashem, Aba Al-Sadiq.
Dan sebelum itu, Sayyid Hossam Al-Jabry menulis kepada saya dan menghantar mesej kepada saya meminta saya melantik seorang untuk menguruskan tugas-tugas dakwah, mengarahkannya; dan menjaga hal ehwal keluarga orang-orang yang tertindas di penjara kerana menjalankan dakwah seruan ini.
Jadi kami tunaikan permintaannya dan kami tahu apa yang ada di dalam hatinya, iaitu berharap untuk mengekalkan posisi atau jawatan ini kerana dia susah sebati dengan tugas itu juga kerana kecintaannya kepada jawatan khayalannya; dan menyukai dirinya sebagai pemimpin. Dan semua orang yang mengenalinya tahu sikap Hossam, sama ada pihak musuh, sahabat atau orang yang rapat dengannya. Jadi, apabila perkara tidak terjadi mengikut kemahuannya, dia terburu-buru; dan dengan segera menentang ‘Black Banners’, Panji Hitam dari timur yang suci. Ini adalah kerana dia tidak beriman dengannya dari hari pertama ia muncul lagi. Tetapi oleh kerana tiada pilihan lain selepas menyedari dia kehilangan segala-galanya dan tidak mendapat tempat dan jawatan di dalam pergerakan Al-Ijil dan pengikutnya…. lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: “Ayuh, mari bersama dengan ‘black banners’, mungkin kita akan mendapat jawatan di dalamnya”. Semoga Allah melaknat si berfikiran licik dan berpenyakit ini.                   
Dan demi Allah, jika Al-Jabri diberi kedudukan atau jawatan di dalam ‘Black Banners’ dari timur ini, dia tidak akan melakukan ini walaupun ia yakin bahawa ia satu kepalsuan (semoga dijauhkan Allah)…dan sekiranya dia mendapat jawatan di dalam kumpulan Samiri yang dilaknat; dan dia mengetahui kepalsuannya sejak sekian lama, dia akan kekal di dalamnya; dan mempertahankannya kerana jawatannya.
Jadi, hormatilah akalmu wahai si jahil, kamu memusnahkan begitu banyak amal kebajikan yang pernah kamu lakukan di dalam agama Allah ini dahulunya. Segalanya menjadi sia-sia…..
“Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan”.(QS: Al-Furqan: Ayat 23)    
                                  
Jadi bertaubatlah kepada Allah di dalam kesunyianmu dan takutlah Allah; dan hentikan berbohong kepada dirimu sendiri; dan kepada orang lain… dan kepada mereka-mereka yang mempercayai kepada kamu, sedangkan kamu tahu bahawa kamu berdusta; dan munafik. {Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.(1)
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.(2)} (QS: Al- Munafiqun: Ayat 1~2)    
Segala syukur kepada Allah, anak-anakku yang beriman, lelaki dan perempuan, Allah berjanji kepada orang beriman kelegaan; dan kemenangan di dalam masa yang terdekat. In sha Allah …di kalangan kalian ada Nabi, Auliya; dan insan pilihan; dan orang-orang beriman.
Anak-anakku, baru sebentar tadi aku telah melantik seorang yang berkhidmat untuk kalian, iaitu saudara kalian Abdullah Hashem sebagai yang bertanggungjawab untuk urusan dunia secara umum. Dan aku telah menyerahkan kepadanya beberapa tugas. Dan dia berhubung terus denganku tanpa sebarang perantaraan. Segala keputusan atau arahan yang dikeluarkan olehnya adalah direstui oleh Tuhan, kerana dia adalah benar dan dia dari aku pada peringkat ini sehinggalah Allah mengarahkan kelegaan (kemunculan) segera Ahlulbait Muhammad saw, in sha Allah. Dan semoga Allah melimpahkan kurniaannya kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi a.s.
Dan juga semoga Allah melimpahkan rahmat, keampunan dan salam-Nya ke atas kalian.                
Ahmad Al-Hassan/Zulhijjah 1436 A.H.

Comments

  1. Allahumma shalli ala Muhammad wa aali Muhammad al-Aimmah wal Mahdiyyin wa salim tasliman kathira...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah