Bagaimanakah Mengetahui Bahawa Panji Hitam (‘Black Banners’) Yang Sekarang Ini Adalah Benar-Benar “Panji Hitam” Yang Disebut Di Dalam Riwayat-Riwayat Hadis?



Mungkin ada yang berkata: “Ok, saya percaya dengan hadith-hadith yang menyebut mengikuti panji hitam adalah satu kewajipan. Tapi bagaimanakah dapat saya mengenali yang “Black Banners” yang ada sekarang adalah panji hitam yang sebenar dan adalah satu kewajipan untuk mengikutinya?”
Kami ada dua hujah kepada mereka di sini:
Pertama: Kita tahu bahawa “Black Banners” adalah panji Imam Ahmad Al-Hassan a.s kerana mereka adalah yang pertama memberikan berita baik tentang kemunculan Al-Hujjah pada hari kematian Raja Abdullah, 23 haribulan Januari 2015, oleh kerana mereka yang pertama memberikan berita gembira maka mereka pastilah berhubung dengan Imam a.s dan bercakap bagi pihak Imam a.s. Mengapa???        
Ini kerana yang pertama memberikan berita baik kemunculan Al-Hujjah mestilah “benar”(sama seperti Imam Ahmad Al-Hassan a.s dan Ahlul Bait a.s katakan bahawa yang pertama menuntut wasiat adalah “penuntut sebenar” kerana ia tidak akan dituntut kecuali oleh “pemiliknya”).
Jadi ia adalah konsep yang sama. Kenapa?                       
Kerana dalam hadith tentang kematian Raja Abdullah, Rasulullah saw bersabda, “bawakan berita baik tentang kematiannya dan aku akan berikan berita baik tentang kemunculan Al-Hujjah. Jadi tidak ada orang selain dari Nabi Muhammad saw yang boleh memberikan berita baik tentang kemunculan Al-Hujjah. Dan siapakah yang mewakili Nabi Muhammad saw pada masa ini? Ia adalah Imam a.s. Jadi ini bermakna yang pertama datang dan memberikan berita baik temtang kemunculan Al-Hujjah selepas kematian Raja Abdullah mestilah bercakap bagi pihak Imam a.s dan mestilah mempunyai hubungan dengan Imam a.s, kerana Nabi Muhammad saw mengaitkan dengan dirinya sendiri berkenaan tindakan memberikan “berita baik” ini, jadi tidak ada orang lain kecuali dirinya sendiri yang akan memberikan “berita baik” ini.  Dan Nabi saw telahpun wafat dan tidak mungkin masih hidup ketika kematian Raja Abdullah, maka “seseorang” yang mewakilinya yang akan memberikan “berita baik” itu. Hadithnya adalah seperti berikut:  Rasulullah saw bersabda: “Hijaz akan diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama haiwan (Raja Fahd~harimau kumbang). Jika kamu melihatnya dari jauh kamu akan melihat dia bermata juling dan jika kamu menghampirinya, kamu melihat tidak ada apa-apa yang salah dengan matanya. Saudaranya bernama Abdullah akan mengantikannya. Kecelakaan besar bagi Syiah kamu (Nabi saw mengulanginya sebanyak tiga kali). Berilah khabar gembira kematiannya dan aku akan berikan berita gembira kemunculan AL-HUJJAH”, dari kitab 250 tanda-tanda Al-Qa’im, muka surat 122.
Dan pada 23 haribulan Januari,  bila Raja Abdullah meninggal, pada hari yang sama 12 lelaki mendakwa bertemu Imam Mahdi a.s dan Imam a.s memberitahu mereka banyak perkara, ini bersesuaian dengan hadith berikut: “Al-Qa’im tidak akan bangkit sehinggalah 12 lelaki mendakwa bertemu dengannya, dan mereka akan didustakan”, hadith ini dari Imam As-Shadiq a.s dari kitab Ghaibah Al-Nu’mani muka surat 277.
Kedua: Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata: “Cara termudah mengetahui pekara ghaib adalah dengan adalah dengan pekara ghaib”. Jadi kamu boleh sama ada berpuasa selama tiga hari dan memohon kepada Allah SWT  dengan haknya Fatimah a.s supaya menunjukkan tanda kepada kamu, sama ada satu rukyah atau sebarang tanda dari Allah SWT seperti yang Imam Ahmad a.s anjurkan. Atau kamu boleh melakukan istikharah, juga yang Imam Ahmad a.s anjurkan. Dan “sheikh-sheikh ansari” juga menyuruh manusia melakukan istikharah bila berada di dalam dilemma.
Jika mereka (Ansar Pejabat Najaf) meminta bukti, maka bawakan kepada mereka: “Ansari Sheikh” Nathim Al-Uqaili berkata di dalam bukunya “Al-Balagh Al-Mubeen”:
“Wahai orang-orang beriman, tumpukan perhatian kepada bahaya dari mereka yang memotong jalan dari manusia dan membuat mereka ragu-ragu dari jalan panduan yang Allah SWT anugerahkan kepada manusia, dan jalan paling jelas adalah Istikharah dan rukyah, dan ada banyak jalan lain lagi seperti banyaknya nafas-nafas makhluk!
Ketiga: Banyak riwayat-riwayat dari Imam Ahlul Bait a.s menyuruh manusia supaya melakukan Istikharah bila berada di dalam kebingungan dan tidak mempunyai panduan untuk diikuti. 
Dalam wasiat Imam Ali a.s kepada anaknya Imam Al-Hassan a.s: “…dan ikhlas di dalam memohon kepada Tuhanmu, kerana pemberian dan pengambilan semula berada ditangan-Nya, dan banyakkan melakukan Istikharah..”

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah