Al-Ijil Dan Samiri Di Zaman Ini

Al-Ijil di zaman Nabi Muhammad saw mengikut tafsiran dan hadith-hadith Ahlul Bait a.s, bukanlah di dalam bentuk patung anak lembu emas yang bersuara, tapi adalah Abu Bakar – “sahabat terdekat” kepada Nabi Muhammad saw, munafik yang sentiasa bersama Nabi saw termasuk di dalam gua ketika peristiwa hijrah. Dan Samiri, yang menyeru kepada Al-Ijil ketika di zaman Nabi saw, mengikut tafsiran Ahlul Bait a.s adalah seorang lagi “sahabat terdekat” iaitu Umar ibn Al- Khattab.
Dan di dalam seruan dakwah hari ini, “laman facebook” adalah Al-Ijil manakala Wakil Pejabat Najaf yang menyeru kepada menyembah identiti Imam Palsu ini. Bagi menguatkan aura keshahihan laman “facebook” dan seterusnya mengesahkan peranan Pejabat Najaf, Wakilnya menyuruh seseorang meniru suara Imam untuk membuat rakaman suara dan seterusnya muncul di “Paltalk”. Oleh kerana ‘suara’ ini (rakaman dan secara langsung) adalah hujah “terkuat” mereka, maka mereka mempertahankan suara palsu dan kandungan ucapan ini secara amat bersungguh-sungguh.
Namun seperti mana seorang anak yang boleh membezakan suara unik bapa atau ibunya dari suara seorang peniru, kita boleh mengesan perbezaan suara Imam Ahmad Al-Hassan a.s dengan suara penirunya.       
Apa yang lebih penting adalah kesan ucapan itu kepada hati amat berbeza– walaupun irama, itonasi dan susunan kata-kata dan struktur ayat ditiru sepenuhnya. Imam Ali a.s berkata: “Apabila kata-kata itu datang dari hati seseorang, ia akan menemui tempatnya dihati seseorang yang lain. Namun jika ia hanya datang dari lidah, ia tidak akan melampaui kedua telinga”. Adalah penting untuk diingat, di dalam kisah Nabi Musa a.s, Allah menghukum penyembah Al-Ijil dengan menjadikan patung anak sapi itu boleh bersuara yang boleh didengar dengan amat jelas. Jadi ia bukanlah sesuatu yang tidak jelas atau mustahil atau satu delusi, yang ditampilkan adalah sesuatu yang meyakinkan dan kelihatan amat autentik dan realistik. “…dan di dalam empat puluh malam itu, Samiri memgambil kesempatan atas ketiadaan Musa a.s dan dia membuat anak sapi dari perhiasan emas, dan Samiri melempar ke arah anak sapi itu segenggam tanah yang diambil dari bawah tapak kaki kuda Jibrail a.s, lalu patung anak sapi itu mengeluarkan suara seperti anak sapi, bermaksud suara seperti anak sapi yang sebenar. Musa a.s berkata: “Wahai Tuhanku, anak patung sapi itu dari Samiri, lalu suaranya dari siapa?” Tuhan menjawab: “Dari Aku, wahai Musa, oleh kerana apabila Aku melihat mereka berpaling (meninggalkan) dari-Ku dan menyembah anak sapi itu, maka Aku tambahkan lagi Fitnah kepada mereka”…” Imam Ahmad Al-Hassan a.s.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah