Bab 5 : Enam Tahun Yang Sunyi

image
Al-Asbagh Ibn Nabata berkata: “Aku pergi kepada Amirul Mukminin (a.s) dan aku mendapati beliau (a.s) sedang melakar garisan pada tanah, maka aku berkata kepada beliau (a.s): “Wahai Amirul Mukminin (a.s), kenapa aku melihat kamu (a.s) termenung dan melakar garisan pada tanah?”. “Apakah kamu (a.s) mendambakannya?”. Maka beliau (a.s) menjawab: “Demi Allah, aku tidak pernah mendambakannya atau mendambakan dunia ini, tetapi aku tadi berfikir tentang seorang lelaki yang akan dilahirkan dari anak keturunan kesebelasku, dialah Mahdi (a.s) yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelumnya dipenuhi dengan penindasan: dan kezaliman. Akan berlaku kekeliruan (pada manusia) dan keghaiban dirinya (a.s). Ramai manusia akan menjadi sesat (ketika keghaiban beliau (a.s)); dan segelintir akan mendapat petunjuk darinya”. Maka saya bertanya: “Berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi?”. Beliau (a.s) menjawab: “6 hari atau 6 bulan atau 6 tahun”.(11)
Sepanjang enam tahun keghaiban Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), suatu pedustaan besar telah berlaku di mana beberapa lelaki yang secara fizikal pernah bersama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendakwa bahawa mereka menjalinkan hubungan komunikasi dengan beliau (a.s) dan mendakwa merekalah moderator (perantaraan) di antara beliau (a.s); dan manusia di muka bumi. Para pendusta ini telah menubuhkan pejabat di Najaf dan akaun ‘Facebook’ di atas nama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s). Sangat ramai dari kalangan yang beriman telah terperdaya oleh para pendusta ini (laknat Allah (SWT) ke atas mereka).
Rujukan:
(11)-Ghaybat Al-Toosi, ms.165, no. hadis 127.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah