Pertemuan 12 Ansar dengan Imam Mahdi a.s

Semoga Allah melimpahkan salam kepada anda wahai sahabat Al-Qaim, salam ke atas anda semua, wahai 12 orang yang diberkati.
-Adakah keadaan seperti yang dijelaskan dalam kitab “Nasihat kepada pelajar Hauzah” bahawa anda adalah 40 orang lelaki kemudian Imam Ahmad Al-Hassan a.s datang kepada anda dan mengarahkan anda menunjuk kepada 10 orang lelaki terbaik dikalangan anda dan beliau a.s membawa anda untuk berjumpa Imam Al-Mahdi a.s?
-Adakah Imam Ahmad Al-Hassan a.s telah pun bersama anda untuk beberapa ketika selepas keghaibannya berakhir?, atau beliau pertama kali muncul kepada anda pada hari kematian Raja Abdullah?, bermaksud jika keghaiban bermula pada 2008, adakah ianya berakhir pada hujung 2014?               
Bismillahir rahmanir rahim,
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Allahumma sholli ala Muhammad wa ali Muhammad Al-Aimmatan wal-Mahdiyyin.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kepada Ansar di timur dunia juga di barat.
Aku, dan aku berlindung dari diriku sendiri, adalah pembantu kamu Aba Gabriel salah seorang dari 12 orang lelaki yang dianugerahkan untuk bertemu Hujjah Allah Imam Muhammad anak kepada Al-Hassan Al-Askari a.s. Aku akan menerangkan kepada kamu berkenaan dengan pertemuan tersebut, dan aku akan pastikan untuk tidak menyebut beberapa perincian disebabkan sensitifnya hal tersebut.
Semoga Allah mengurniakan kamu kejayaan kepada semua yang baik. Kami adalah 42 orang lelaki, dan termasuk (Imam Ahmad Al-Hassan) a.s kami menjadi 43 orang lelaki. Dikalangan kami adalah mereka yang meyakini panggilan suci ini sebelum mendengar tentangnya, dan di antara kami adalah mereka yang meyakininya sejak hari pertama mendengarnya, dan di antara kami adalah mereka yang meyakininya tidak lama dahulu. Tuan Sayyid, bapa Ahmad Al-Hassan a.s telah mengumpulkan kami dari beberapa negara, yang mana dari kalangan Arab, Islam, barat, dan negara Asia, sehingga setahun setengah yang lepas kami berkumpul di satu tempat. Dan Imam Ahmad Al-Hassan a.s bersama kami dan dikalangan kami. Kami mempunyai satu tempat di mana kami semua akan berkumpul pada suatu waktu tertentu setiap hari, sehingga selepas solat subuh setiap dari kami akan keluar bekerja sepertimana yang diberikan dan diarahkan oleh Bapa Imam Ahmad Al-Hassan kepada beliau. Sehinggalah hari suci yang dijanjikan itu tiba dan kami mendengar tentang kemusnahan penjahat (Abdullah, Raja Hijaz). Seperti biasa kami berkumpul di tempat suci itu yang diperkukuhkan oleh Allah SWT. Si Bapa a.s telah ghaib dari kami untuk beberapa malam sebelum malam ini, dan kami sangat merinduinya. Sejam sebelum solat subuh, singa Allah yang berani itu datang ke arah kami dengan kegemilangannya yang menarik hati dan pandangan mata, beliau dan dua saudaranya dari saudara yang diberkati yang mana kebiasaanya menemani Imam Ahmad Al-Hassan a.s di mana sahaja beliau pergi.                          
Dan beliau a.s datang kepada kami sambil tersenyum lalu berkata: “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Maka semua orang menjawab salam sepenuhnya. Beliau a.s kemudian berkata: “Bagaimana keadaan kamu wahai anak-anakku, in sha Allah kamu semua di dalam kebaikkan”. Maka saudara-saudara itu menjawab: “Segala puji bagi Allah wahai ayahku, kami semua sihat dan segala puji bagi Allah”.
Maka beliau a.s berkata: “Adakah berita kemusnahan penjahat Abdullah, semoga Allah melaknatinya, sampai kepada kamu”?. Mereka menjawab: “Ya”. Beliau a.s berkata: “Inilah hari Allah, inilah janji Allah yang Maha Kuasa kepada hamba-hambanya yang jujur dan soleh”. Kemudian beliau a.s berkata: “Apakah yang kalian akan lakukan jika kalian melihat Imam Al-Mahdi Muhammad Al-Hassan Al-Askari a.s, semoga jiwaku dikorbankan kepadanya”!. Jadi mereka berkata: “Demi Allah, demi Allah jika beliau bergerak dari sini dan berlindung pada mana-mana gunung kami akan mengikutinya”. Maka Bapa a.s berkata: “Demi Allah kamu telah berkata benar, kerana Allah tidak menciptakan ansar(pembantu) di muka ini seperti kalian, tidak sebelum dan tidak selepasnya”.
Kemudian beliau berkata: “Sekarang aku mahu kalian tunjukkan kepada yang terbaik dari kalian dan memilih 10 orang untuk bertemu Imam Al-Mahdi Muhammad Al-Hassan Al-Askari a.s”.
Kesemua mereka memilih saudara mereka, dan tidak terlintas difikiran mereka untuk memilih diri mereka sendiri atau memikirkan mereka lebih baik dari saudara mereka. Maka kesemua mereka mengatakan: “Aku memilih kamu”. Maka Sayyid a.s melihat ke arah mereka dan tersenyum. Kemudian beliau berkata: “Allahumma sholli ala Muhammad wa aali Muhammad al-Aimmatan wal-Mahdiyyin”. Kemudian semua orang bersolawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
Kemudian Sayyid a.s berkata lagi: “Aku bersaksi demi Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa bahawa Allah tidak pernah menciptakan Ansar seperti kalian, kalian adalah Ansar terbaik di muka bumi. Tidak akan ada lagi Ansar seperti kalian, dengan kesetiaan, keikhlasan dan keimanan kepada Allah Yang Maha Kuasa seperti ini”. Maka mereka melakukan seperti yang diarahkan oleh Sayyid a.s.
Maka setiap kumpulan memilih seorang. Maka jumlah yang terpilih adalah 10 orang. Maka Sayyid a.s berkata: “Telah sampai waktu solat subuh”, maka beliau menunjuk kepada salah seorang saudara tersebut dan berkata kepadanya: “Bangunlah dan dirikanlah azan”. Maka beliau pun azan dan kami solat berjemaah yang diimami oleh Sayyid a.s.
Maka kami 12 orang lelaki keluar dan bersama kami adalah Sayyid a.s dan kami dipenuhi dengan perasaan rindu yang amat kuat dan mendalam dan kegembiraan dan hati yang berdegup kencang seperti kelajuan kilat dan tubuh bergetaran seperti pohon di dalam ribut, kerana keagungan perkara tersebut. Maka kami sampai di tempat Imam Al-Mahdi Muhammad Al-Hassan Al-Askari a.s berada. Maka kami bertemunya a.s dan selepas bersalaman dan perbualan panjang yang mengambil masa lebih dari 2 setengah jam, beliau a.s mengarahkan kami dan memberitahu kami tentang perkara ghaib yang akan berlaku, dan kejadian di seluruh dunia, dengan penjelasan yang sangat terperinci. Dan beliau a.s memberitahu kami apa yang akan berlaku di dunia dengan terperinci, antaranya di Iraq, Turki, Iran, Jepun, Itali, syaitan terbesar Amerika(semoga Allah melaknatnya), Korea Utara, Korea selatan, Qatar, Jordan di dalam keadaan yang sangat terperinci, malahan dengan menyebut hari dan waktu. Dan kami mengambil kesempatan ini terhadap cabaran kami ke atas Samiri dan Anak Sapi semoga Allah melaknat mereka pembantu kepada tuduhan Pejabat Najaf yang mana secara palsu dan salah mewakili Imam Al-Mahdi a.s sedangkan beliau tidak bersama mereka, dan laknat ke atas pembantu halaman FB, dan laknat ke atas pembantu suara, untuk mengemukakan satu perkara ghaib (peristiwa akan datang) dan memberitahu kami kesemua perincian yang menyatakan hari di mana ia berlaku.     
Dan kami akan membuat yang sama,  memberitahu kamu satu perkara ghaib yang mana sesiapa pun belum pernah dan tidak akan mendengarnya, dan sesiapa pun belum pernah berkata tentangnya, kamu akan mendengarnya pertama kali dari kami, dan dengan izin Allah perkara itu akan berlaku, dan kami akan memberitahu kamu perincian yang jelas yang menyatakan hari, jam dan minit.
Maka jika kamu benar seperti yang didakwa, maka terimalah cabaran ini. Melainkan kamu adalah penipu, hipokrit, tidak berakhlak, korup dan tidak beriman, dan pada waktu itu tiada lagi yang akan tinggal sebagai penawar melainkan perdebatan terhadap kamu, dan pada masa itu, aku bersumpah dengan nama Allah SWT, kami tidak akan berbelas kasihan terhadap kamu, kami akan merempuh dan menghancurkan sarang kamu, sarang yang menyesatkan, tidak beriman, menipu dan menfitnah terhadap Ahlul Bait a.s, dan pada masa itu tiada penyesalan atau taubat akan memguntungkan kamu.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah