Perumpamaan Kehidupan Landak

Maula Adam (a.s) berkata:
Landak tidak dapat mendekati sesama sendiri. Duri yang memenuhi tubuh masing-masing adalah perisai yang bukan hanya menahan diri mereka dari musuh namun juga kepada keluarga mereka.
Apabila musim sejuk membawa angin dingin yang luarbiasa, landak terpaksa mendekatkan diri antara satu sama lain, bagi mendapatkan haba panas walaupun terpaksa menahan kesakitan kerana dicucuk oleh duri tajam ditubuh masing-masing.
Apabila mereka sudah merasa kehangatan maka mereka akan menjauhkan diri masing-masing di antara satu sama lain. Sehinggalah mereka merasakan semula kesejukkan maka mereka terpaksa mendekatkan semula diri masing-masing, maka mereka menghabiskan sepanjang malam dengan mendekatkan tubuh masing-masing dan kemudian menjauhkan diri.
Sentiasa mendekatkan diri akan mengakibatkan luka yang banyak manakala sentiasa berjauhan akan mematikan mereka.
Begitu jugalah hubungan kita sesama manusia. Tiada seorangpun dari kita yang selamat dari duri tajam dari tubuh kita atau dari tubuh sesama kita. Walaubagaimanapun, sesorang itu tidak akan dapat merasa kehangatan kecuali ia sanggup menahan sakitnya tusukkan duri yang tajam.
Jadi barangsiapa yang ingin mencari sahabat yang tiada sebarang kekurangan maka ia akan hidup sendirian dan akan kesepian; dan barangsiapa inginkan seorang suami/isteri tanpa sebarang kelemahan atau kekurangan maka ia akan terus membujang.
Dan barangsiapa mencari saudara atau sahabat tanpa sebarang masalah maka ia akan terus kekal di dalam pencarian.
Dan barangsiapa mencari saudara yang sempurna maka ia akan hidup tanpa saudara mara.
Marilah kita menahan sakitnya tusukkan duri dan dengan itu kita dapat memulihkan keseimbangan di dalam hidup kita. Jika kamu ingin hidup gembira, maka jangan sentiasa membeberkan segalanya, jangan memeriksa segala sesuatu, jangan menganalisa semua benda.
Mereka yang menganalisa berlian akan menemui padanya arang batu. Jangan terlalu ingin tahu hal orang lain. Sebaiknya ialah berpuashati dengan kebaikan yang ditunjukkan di wajah mereka dan serahkan apa yang mereka sembunyikan kepada Allah SWT.
(Jika sekiranya manusia mengetahui apa yang ada di hati masing-masing, maka mereka akan bertarung dengan pedang sesama sendiri)
————-ooOoo————-

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah