IBLIS, Bapa Penciptaan (Bhg 1)
‘Kebenaran Itu Pahit’- Imam Ali (a.s)
Lama sebelum kewujudan manusia, satu kuasa yang besar menguasai bumi, planet dan bintang-bintang. Pernahkah kamu bertanya kepada diri kamu sendiri, sekiranya Tuhan itu penuh kebaikan, mengapakah dunia ini begitu buruk?
Jika ya…maka kamu tidak bersendirian, pertanyaan sebegini adalah mungkin satu dilema paling besar kepada semua orang yang beriman dengan Tuhan. Di dunia ini, kelihatannya bahawa kebaikan tidak mampu untuk melawan kejahatan. Kita diajar bahawa Tuhan itu penuh kebaikan. Di antara sifat-Nya ialah cinta, harmoni, kedamaian dan cahaya, sebaliknya Iblis adalah penuh dengan kejahatan dan ia digandingkan dengan kekacauan, keributan, penyerangan dan kegelapan.Kita semua mengetahui perkataan Isa (a.s) yang cukup terkenal yang tercatat di dalam Perjanjian Baru: “Kamu telah mendengar firman: Mata ganti mata dan gigi ganti gigi”. Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu.
(Matius 5: 38-39)
(Matius 5: 38-39)
Juga seterusnya di masa-masa yang lain di dalam Kitab Injil menceritakan bahawa Nabi dan Rasul mengajarkan; dan mengamalkan kedamaian; dan banyak kali juga kerana memilih kedamaian membawa mereka kepada kematian. Sebagai contoh, adalah kisah Qabil dan Habil.
Habil adalah anak Adam (a.s) adalah manusia pertama yang berdepan dengan situasi antara kebaikan dan kejahatan. Dua manusia bersaudara yang menjadi musuh apabila keduanya mempersiapkan persembahan korban kepada Allah SWT. Habil mempersembahkan (ternakan) yang terbaik manakala Qabil tidak memberikan yang terbaik. Dibakar oleh api kedengkian, Qabil mendatangi saudaranya, Habil.
Habil adalah salah seorang dari Nabi Allah tidak mahu mencederakan saudaranya Qabil walaupun hanya sekadar untuk mempertahankan diri. Maka Habil yang berjiwa suci ini terbunuh ditangan saudaranya sendiri yang jahat. Berdepan dengan kekuatan dan serangan kejahatan, kebaikan tidak mempunyai peluang langsung.
Dan jika kamu melihat kepada dunia hari ini maka perkara ini ada jelas kelihatan. Kejahatan adalah raja. Lihat sahaja kepada mereka yang memegang tampuk pemerintahan, mereka menggenggam dunia dengan kepalan tangan tirani mereka, menyebar agenda kejahatan ke serata dunia. Akan tetapi, bukankah kita sudah diberitahu banyak kali bahawa dunia ini bukanlah tempat yang baik.
Hampir semua agama yang berdiri kukuh di dunia mengajarkan bahawa dunia material adalah tempat penderitaan, satu tempat ujian, yang mana seseorang itu harus berjaya melepasinya bagi mencapai Syurga. Nabi Muhammad (sawas) bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluk yang lebih dibenci-Nya selain dari dunia ini dan Dia tidak memandang kepadanya (dunia) setelah Dia menciptakannya”. Sabda Nabi ini mungkin membuat kamu tertanya-tanya, “Siapakah yang menguasai dunia ini?” Pada kurun ke-3, seorang lelaki tampil menjawab persoalan ini.
Kira-kira 200 tahun selepas Isa (a.s) berjalan di atas bumi ini, seorang bayi dilahirkan di Selatan Babilon berdekatan dengan Kota Baghdad hari ini, bernama Mani. Apabila Mani berusia baru 12 tahun, beliau (a.s) mendapat wahyu pertama. Diriwayatkan bahawa malaikat muncul di depannya dan menyuruhnya meninggalkan agama yang dianuti sebelumnya; dan mengamalkan hidup murni; dan mempersiapkan dirinya bagi berdepan dengan umat manusia di dalam tempoh masa 12 tahun.
Maka apabila Mani mencapai usia 24 tahun, beliau (a.s) mendapat wahyu Ilahi kedua. Beliau (a.s) diperintahkan supaya ‘menampilkan diri dan mengembara’.
Beliau (a.s) mengisytiharkan dirinya sebagai Utusan Tuhan pada hari Ahad, 20 hari bulan Mac 242 (A.D) dengan berkata kepada orang ramai, “Sepertimana suatu masa dahulu, Buddha tampil ke India, Zahastura tampil ke Parsi dan Isa (a.s) tampil ke Bumi Barat maka hari ini nubuat ini tampil melalui diriku, Mani bagi bumi Babilon”.
Mani berbicara sebagai seorang Rasul Allah. Mani diilhamkan supaya mengembara dan menyebarkan visi al-masihnya ke serata dunia. Beliau (a.s) mengembara jauh ke bumi asing termasuk Pakistan, India dan Iran menyebarkan agama baru namun sebenarnya agama yang dibawa oleh Mani bukanlah keseluruhannya satu agama baru.
Agama yang dibawanya adalah kesinambungan dari agama terdahulu. Beliau (a.s) mengajarkan bahawa rangkaian nabi-nabi tidak berakhir dengan Isa (a.s) malah ianya bersambung melalui dirinya. Beliau (a.s) menganggap dirinya sebagai penerus di dalam rantaian insan-insan yang dibimbing oleh Allah sebagaimana sosok-sosok seperti Seth, Nuh, Sham, Ibrahim, Idris, Zahastura, Buddha, Plato dan Isa (a.s).
Mani cuba menjawab persoalan yang berkurun usianya: Sekiranya Tuhan itu penuh kebaikan mengapakah dunia ini dipenuhi dengan kejahatan?
Di dalam tradisi Judeo-Kristian, perjuangan ini bermula dari dua manusia pertama iaitu Adam dan Hawa, namun mengikut Mani perjuangan kosmik ini telah wujud sebelum wujudnya penciptaan (makhluk) lagi; dan apa yang beliau (a.s) ajarkan mungkin akan membuat kamu mempersoalkan kesemua apa yang kamu ketahui sebelum ini.
Kerana Mani mengatakan bahawa Tuhan adalah cahaya, satu konsep yang bukan asing bagi orang yang beriman kerana Injil sering menggunakan perkataan cahaya sebagai metafora bagi Tuhan.
Mani mengatakan, ‘Pada awal permulaan, dua kuasa iaitu cahaya dan kegelapan wujud di dalam keseimbangan (equilibrium), dengan Alam Cahaya di Utara dan Alam Kegelapan di Selatan.
Mungkin kamu pernah mendengar pepatah Hermetic’ Seperti Di Atas Begitulah Di Bawah’ (As Above So Below). Pepatah ini adalah deskripsi tepat bagi gambaran Dunia Permulaan (Primordial World) Mani.
Di dalam Alam Cahaya tinggalnya Bapa Keagungan, Sosok Ketuhanan Yang Abadi manisfestasi kepada kebaikan, untuk lebih memahami Dunia Permulaan ini kita mesti mengambil kira sifat semulajadi cahaya itu sendiri. Pada hari yang cerah bagaimana kamu merasakan cahaya, mungkin kamu menyedari bagaimana ia menyinari dunia ini dan dengan tanda-tanda rasa kehangatan iaitu kamu merasa kehangatan apabila sinar cahaya menyentuh kulit kamu namun semua itu bukanlah cahaya itu sendiri ianya adalah kesan dari sinar cahaya yang datang dari satu-satunya sumber utama iaitu matahari.
Di dalam Alam Cahaya yang memancarkan cahaya bukanlah matahari tetapi Bapa Keagungan yang memancarkan sinar cahaya yang dipanggil sebagai eon. Maka Bapa Keagungan adalah cahaya dan tinggal di dalam cahaya. Tidak berapa jauh dari situ di Alam Kegelapan tinggal seorang Raja Iblis. Kedua alam ini pada masa itu terpisah dan berlawanan antara satu sama lain dari semua segi.
Mani mengajarkan bahawa Bapa Keagungan di Alam Cahaya mempunyai lima kuasa Ilahi iaitu kecerdasan, ilmu, perjuangan, refleksi dan hati nurani. Begitu juga Iblis menguasai lima kuasa kekacauan iaitu asap, api, angin, air dan kegelapan. Kuasa kegelapan sentiasa berperang sesama mereka.
Suatu hari ketika kuasa-kuasa ini bergelut sesama mereka, mereka melihat dari kejauhan satu cahaya yang indah. Mereka tertanya-tanya apakah ianya itu. Mereka mengembara ke seluruh kegelapan mencari cahaya tersebut sambil berkata bahawa mereka ingin memilikinya. Maka syaitan dengan kuasa kegelapan memutuskan ingin menangkap cahaya tersebut dan menelannya.
Bapa Keagungan tanpa syak lagi adalah lebih baik dari Iblis, namun dengan sifat semulajadinya maka ia tidak mampu melawan Kuasa Kegelapan. Memandangkan kuasa Bapa Keagungan adalah berilmu, tafakur, meditatif, tenang dan senyap manakala Iblis pula penuh tenaga kemarahan yang menyerang, menghancur dan membinasakan adalah berlawanan dengan sifat pasif kebaikan. Kejahatan bermaharajalela di serata tempat apabila Iblis memutuskan untuk menyerang Alam Cahaya.
Bapa Keagungan menemukan satu rencana, ia mengambil keputusan untuk melakukannya sendiri. Bagi tujuan ini Bapa Keagungan memulakan beberapa siri pancaran, pertama ia mencipta Ibu Kehidupan yang kemudiannya melahirkan yang dikenali sebagai manusia pertama, bukannya di dalam bentuk fizikal tapi di dalam bentuk spritual (roh).
Manusia pertama ini kemudiannya memancarkan lima anak yang boleh kita fahami sebagai kuasa spiritual, iaitu bayu lembut, angin segar, cahaya yang bersinar, air yang dingin dan api yang terang. Kesemua elemen ini datang bersama Manusia Pertama dan satu jiwa hidup yang dipersenjatai dengan lima elemen ini. Manusia Pertama yang siap untuk berperang.
Namun Dunia Kegelapan meniru Dunia Cahaya, maka Iblis juga memperisai dirinya dengan lima anak, iaitu elemen asap, nyalaan, kegelapan, angin panas dan awan.
Apabila dua kuasa ini bertembung, Manusia Pertama terus ditelan oleh kuasa kegelapan di bumi dan terhumban ke jurang yang paling dalam. Beberapa cahayanya ditangkap oleh kegelapan dan ini adalah permulaan percampuran besar antara Kuasa Cahaya; dan Kuasa Kegelapan.
Mungkin kelihatan pada saat ini bahawa kejahatan mengalahkan kebaikan namun ianya bukanlah semudah itu, malah ianya berjalan sepertimana yang direncanakan oleh Bapa Keagungan.
Ajaran Mani memberikan penjelasan yang unik tentang tujuan hidup manusia. Ajarannya dikenali sebagai manicism dan misi wahyu Ilahiyyahnya berkembang selama 4 dekad. Mani menyebarkan doktrinnya jauh dan luas sehinggalah beliau (a.s) menemui pengakhiran yang kejam dan luarbiasa. Mani disiat kulitnya hidup-hidup dan kulitnya disumbat dengan jerami lalu dipakukan di tiang salib; dan digantung di pintu gerbang utama kota menjadi tontonan yang menakutkan bagi mereka-mereka yang mengikuti ajaran beliau (a.s).Gambaran unik dan menakutkan ini menjadi inspirasi kepada perkataan ‘mannequin’ atau patung yang dipertunjukan.
Tubuhnya kemudian dikerat dan kepalanya dipakukan dengan paku yang besar. Sebagai tambahan, Raja Parsi ketika itu, Raja Baram yang Pertama, menghukum mati, ramai dari pengikut Mani.
Mengapakah Mani terpaksa membayar harga yang mahal kerana ajarannya?
Mengapa mereka yang berada ditampuk kuasa begitu takut dengan ajarannya?
Terdapat sesuatu yang berbeza dari agama beliau (a.s). Mani adalah seorang Nabi Allah dan sepertimana Nabi-Nabi; dan Rasul-Rasul sebelumnya, beliau (a.s) mencela kejahatan; dan menyeru manusia melawan demi kebaikan, namun lebih lagi Mani mendedahkan kebenaran kepada masyarakat umum yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.
Setiap Nabi dan Rasul mempunyai beberapa rahsia Ilahi yang hanya boleh dikongsi dengan pengikut yang terbaik namun Mani mendedahkannya secara terbuka kepada masyarakat umum; dan akibatnya sejarah mengecopnya sebagai pengamal bida’ah. Kisah penciptaan yang diajar oleh Mani bersambung selepas Manusia Pertama diselamatkan dari jurang kegelapan, merasakan sedikit kekalahan maka Iblis tahu ia harus mengambil langkah di dalam pertempuran ini.
Demi melindungi kerajaan kegelapannya maka ia mencipta manusia dan memberikan namanya sebagai Adam. Yang mencipta Adam bukanlah Tuhan, ia adalah Syaitan, Penguasa Kegelapan. Dan sebahagian orang telah mengetahui hal ini sebelum ini..
Comments
Post a Comment