Mimpi-mimpi


Di dalam Kitab Suci Al-Quran, menyatakan,
“Allah mengambil roh (manusia) ketika matinya dan (mengambil) roh (manusia) yang belum mati di waktu tidurnya”
(Surah az-Zumar, ayat 42)
Iman Ahmad Al-Hassan (a.s) mensahihkan hal ini pada hari ini. Sebagaimana beliau (a.s) berkata,
“Roh adalah seumpama matahari, sekiranya ia di angkat ke langit atau diambil oleh Tuhan ketika tidur, cahayanya tetap berhubung dengan jasadnya untuk mengawalnya. Tidakkah kamu melihat seseorang yang menendang atau bercakap di dalam tidurnya?. Bagi orang yang melihatnya dari luar, kejadian ini berlaku di dalam mimpi orang yang tidur tersebut. Namun realitinya, apa sahaja yang dilihat oleh orang yang tidur tersebut adalah benar-benar berlaku namun ianya berlaku di dalam alam yang berbeza.
Iman Ahmad Al-Hassan (a.s) menjelaskan bahawa sekiranya kita bertemu dengan seseorang di dalam mimpi, kita sesungguhnya benar-benar menemuinya di dalam alam yang lain, namun dari hukum Allah, hanya salah seorang dari dua orang tersebut yang boleh mengingatinya.
Salah satu lagi cara menjelajah alam lain ialah melalui mimpi sedar (lucid dream).
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menyatakan ia adalah jalan bagi menjelajah Kerajaan Langit.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu berada di dalam mimpi sedar, sebenarnya ia berada di alam nyata. Dan sebenarnya alam fizikal kita inilah sebuah mimpi.
Malah, dibandingkan dengan alam-alam lain, alam fizikallah yang paling terkebawah kebenarannya.
Ahmed Murad (a.s) berkata bahawa salah satu sebab mengapa seseorang itu tidak mengingati mimpinya adalah kerana dosa-dosanya. Itu bermakna manusia yang menyucikan dirinya akan lebih menerima mesej-mesej dari (dimensi) alam lain yang sampai kepadanya.



Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah