Penghormatan kepada Nabi Isa a.s

Islam yang sejati memberi penghormatan kepada Isa (a.s), memuja Isa (a.s) dan memelihara sebahagian ajarannya dari dihapuskan oleh para ulama kristian.
Imam Ash-Shodiq (a.s), Imam Syiah ke-6 berkata, “Isa (a.s) anak Maryam adalah roh Tuhan dan kalam-Nya”.
Ahlulbait Nabi Muhammad (sawas) memenuhkan kitab-kitab dengan hadis-hadis tentang Isa (a.s), yang sebagiannya adalah ajaran-ajaran sejati dari Isa anak Maryam.
Terdapat beratus hadis-hadis dari Ahlulbait yang menyebutkan ucapan-ucapan Isa (a.s), juga hadis-hadis yang menceritakan tentang kehidupan Isa (a.s) dan juga hadis-hadis yang mendedahkan wahyu-wahyu yang diutuskan kepada Isa (a.s).
(Iaitu) wahyu-wahyu yang tidak tercatat di dalam rekod-rekod atau kitab-kitab kristian masakini.
Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) meriwayatkan bahawa Isa (a.s) berkata: “Barangsiapa yang tidak mengenali rohnya (sendiri) maka dia tidak akan mengenaliku dan barangsiapa yang tidak mengenali roh di antara dua sisinya maka dia tidak akan mengenali roh di antara dua sisiku. Dan barangsiapa yang mengenali rohnya yang berada di antara sisi-sisinya, maka ia mengenaliku. Dan barangsiapa yang mengenaliku maka ia akan mengenali Dia (SWT) yang mengutuskanku”.


Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah