Benih


Benih, ianya ada di setiap nurani manusia. Setengah manusia mampu untuk mengeluarkannya lalu menyerlahkannya dan sesetengah manusia tidak mampu untuk berbuat demikian. Semuanya terpulang kepada manusia itu sendiri. Mereka yang tidak mampu berbuat demikian kerana mereka tidak mahukanya, ataupun mereka tidak cuba untuk melakukannya. Dan kebijaksanaan terzahir daripada sifat manusia itu sendiri. Dan kesederhanaan membayangi manusia itu. Dan segala tindakannya akan menyerlahkannya. Dan setiap manusia itu tersembunyi di sebalik lidahnya. Adakah kamu mahu untuk aku memberitahu tentang sesuatu mengenainya?. Tetapi dengan syarat kamu mesti melakukannya. Jangan berkata apapun atau lakukan apapun sebelum kamu mengkajinya dari pelbagai aspek. Dan jangan membuat sebarang keputusan kecuali kamu yakin mengenainya, yakin bahawa di dalamnya ada kebenaran dan kebaikan. Dan apabila kamu membuat keputusan atau bila kamu melakukan tindakan, jangan sesekali kamu abaikannya. Tetap dengan pendirian kamu dan yakin mengenainya. Dan lakukanya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Dan apabila kamu membuat keputusan, jangan sesekali merubahnya. Dan apabila kamu mengatakan, maka kotakan kata-kata kamu itu. Jangan sesekali mengabaikannya tetapi ketahuilah ianya benar dan kerana Allah; dan selepas berfikir dengan sedalam-dalamnya. Dan jangan sesekali membiarkan sesiapa pun di atas muka bumi ini untuk mempengaruhi kamu untuk merubah pendirian kamu itu kecuali hanya hujjah Allah.
Kata-kata dari imam Ahmad Al-Hassan (a.s) pemimpin panji hitam yang diberkati dari timur.
———–ooOoo————

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah