Perjalanan Menjelajahi Masa
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendedahkan bahawa masa itu sesungguhnya bukanlah satu garis lurus (linear). Dan kejadian-kejadian pada masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang, kesemuanya terbentang dan terjadi secara serentak. Kesemuanya sentiasa terjadi dengan segala kejadian berlaku pada masa yang sama.
Manusia mempunyai kebolehan untuk mengembara menjelajahi masa. Salah satu jalannya ialah dengan apa yang dikenali pada hari ini sebagai lubang cacing atau wormholes. Terdapat portal-portal tertentu yang terbuka di tempat-tempat berlainan di bumi ini dan membentuk jalan pintas melintasi ruang-masa. Jika seseorang itu secara tidak sengaja memasuki portal tersebut, dia akan keluar ke suatu zaman yang berbeza zon masanya, sepertimana yang berlaku kepada kanak-kanak Woolpit.
Manusia boleh mengembara ke zaman lampau namun takat atau had di mana ia boleh merubah masa lalu adalah sangat terbatas. Jika seorang pengembara masa menyebabkan berlakunya perubahan kecil pada masa lalu, ia boleh menyebabkan berlakunya apa yang dipanggil kesan rama-rama (butterfly effect). Maksudnya sebarang perubahan kecil pada masa lampau boleh menyebabkan perubahan besar pada masa hadapan.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendedahkan sesuatu yang lebih menakjubkan berkenaan perjalanan merentas masa lampau ini. Apabila seorang pengembara masa boleh memanipulasi kejadian-kejadian tertentu bagi merubah akibat atau kesannya, ia tidak boleh menemui atau berhubung dengan dirinya pada masa lampau. Sekiranya ini berlaku, maka keduanya (diri masakini dan diri masa lampaunya) akan menjadi lenyap.
Comments
Post a Comment