Kehilangan Maria Magdalena-(Bab 1)


Duabelas murid Isa (a.s) berdepan dengan pilihan sama ada menyelamatkan diri sendiri atau melindungi Hujjah Allah dan apa yang mereka pilih tercatat di dalam Injil Matius:
“Lalu semua murid itu meninggalkan beliau (a.s) dan melarikan diri”.
(Matius 26:56)
Murid-murid Isa (a.s) bersembunyi ketakutan manakala ‘yang tersalib’ dipukul, diseksa dan digantung ditiang salib.
Kaum lelaki meninggalkan Isa (a.s), namun seorang wanita tetap kekal berada di sisi Isa (a.s), seorang wanita yang tidak dapat disangkal lagi merupakan seorang yang lebih rapat dengan Isa (a.s) dibandingkan dengan 12 murid beliau (a.s).
Seorang wanita bernama Maria Magdalena.
Empat gospel rasmi di dalam Kitab Bible sering bercanggah antara satu sama lain di dalam peristiwa-peristiwa berkaitan Isa (a.s) namun kesemuanya sepakat tentang satu perkara: kedudukan Maria Magdalena di dalam lingkaran istimewa Isa (a.s).
Maria Magdalena disebut di dalam kesemua ke empat-empat gospel tersebut, peranan beliau menjadi menonjol terutamanya selepas peristiwa penyaliban, apabila Isa (a.s) muncul kembali kepada orang-orang terdekat beliau (a.s), di dalam bentuk jasad fizikal.
Injil-injil Matius, Lukas dan Yohanes, kesemuanya menceritakan bahawa Maria Magdalena adalah orang pertama yang melihat kebangkitan semula Isa (a.s); dan kitab-kitab ini menyatakan Maria Magdalena adalah orang yang menyampaikan pesanan kebangkitan semula Isa (a.s) kepada para murid lelaki Isa (a.s) yang berada di tempat persembunyian.
Maria Magdalena adalah Utusan kepada Para Utusan (apostle to the
apostles), namun kemudiannya tanpa sebarang penjelasan, beliau lenyap sama sekali dari catatan di dalam Bible.
Kitab Kisah Para Utusan (The Book of Acts) tidak menyebut langsung nama Maria Magdalena dan namanya juga tidak terdapat di dalam ‘Surat-Surat Paulus’. Kehilangan mengejut Maria Magdalena di saat situasi paling kritikal memeningkan kebanyakkan manusia kerana beliau memainkan peranan yang besar di dalam setiap peristiwa-peristiwa utama. Mengapakah namanya tidak disebutkan di tempat-tempat lain di dalam Kitab Perjanjian Baru?
Satu soalan yang harus ditanya:
Apa sebenarnya yang berlaku kepada Maria Magdalena?
Namanya dikenali di seluruh dunia dan boleh dikatakan bahawa kisahnya lebih terkenal jika dibandingkan dengan murid-murid lelaki Isa (a.s), namun adakah kisah Maria Magdalena yang terdapat di dalam budaya popular itu satu kebenaran?
Maria Magdalena pertama kali muncul dalam Injil Lukas, bab 8:
“Tidak lama sesudah itu Isa (a.s) berjalan berkeliling dari kota ke kota dan dari desa ke desa memberitakan Injil Kerajaan Allah.
Kedua belas muridnya bersama-sama dengan dia dan juga beberapa orang perempuan yang telah disembuhkan dari roh-roh jahat atau berbagai penyakit, iaitu Maria yang disebut Magdalena, yang telah dibebaskan dari tujuh roh jahat, Yohana isteri Khuza bendahara Herodes, Susana; dan banyak perempuan lain.
Perempuan-perempuan ini melayani rombongan itu dengan kekayaan mereka”.
(Injil Lukas 8:1-3)
Ayat ini memperkenalkan kita kepada Maria Magdalena, menceritakan bahawa beliau wanita yang dipulihkan namun bukan sepertimana yang biasanya beliau digambarkan sebelum ini.
Berkurun lamanya, lukisan atau hasil seni lainnya menggambarkan Maria Magdalena yang penuh birahi, hasil dari kepercayan meluas bahawa Maria Magdalena adalah bekas seorang pelacur yang meninggalkan jalan penuh dosanya, mengikuti Isa (a.s).
Namun semua gambaran ini adalah berdasarkan satu kesalah-fahaman.
Injil Lukas, di dalam satu bab sebelum bab pengenalan kepada Maria Magdalena, terdapat seorang wanita yang tidak disebutkan namanya, datang kepada Isa (a.s) dan ayat itu menggambarkan bahawa wanita itu adalah seorang wanita yang ‘hidup penuh dosa’. Wanita itu duduk di kaki Isa (a.s) dan membasahkan kaki beliau (a.s) dengan air matanya, kemudian mengelapnya dengan rambutnya, menciumnya dan menuang wangian ka atas kedua kaki Isa (a.s). Akhirnya Isa (a.s) mengatakan kepada perempuan itu: ‘keimanan mu telah menyelamatkanmu. Pergilah dengan tenang’.
Di dalam Injil Yohanes (Gospel of John) terdapat satu kisah di mana seorang wanita melumuri kaki Isa (a.s) dengan wangian yang mahal dan menyapunya dengan menggunakan rambutnya. Wanita itu dikenali sebagai saudara kepada Lazarus, iaitu lelaki yang dihidupkan semula oleh Isa (a.s) di dalam satu kisah cukup terkenal. Wanita itu juga bernama Maria.
Dan dari fakta-fakta inilah yang membawa kepada kekeliruan besar di dalam kurun ke 6 Masihi.
Katholik Paus Gregory kemudiannya menyatukan Maria Magdalena dengan dua wanita di dalam kisah-kisah ini, iaitu dua wanita tanpa nama ‘yang berdosa’ yang disebutkan di dalam Injil Lukas dan Maria, saudara kepada Lazarus.
Dari itu imej ‘wanita sundal’ Maria Magdalena pun terlahirlah dan terus kekal sehingga empat belas kurun lamanya.
Di dalam tahun 1969, Gereja Katholik tampil menyatakan bahawa mereka telah tersilap, dan mengisytiharkan bahawa tiga wanita ini adalah individu yang berlainan, namun pencemaran sudah pun berlaku dan sampailah ke hari ini, nama Maria Magdalena sentiasa dikaitkan dengan ‘dosa’.
Mengapakah Gereja Katholik menfitnah nama baik seorang pengikut wanita yang amat rapat dengan Isa (a.s)?
Adakah ia semata-mata satu kesilapan ataupun mereka ini mempunyai sesuatu untuk disembunyikan?
Walauapapun, ini merendahkan kredibiliti Maria Magdalena pada pandangan masyarakat umum.
Paus berjaya membina cerita palsu ini kerana amat sedikit kisah Maria Magdalena yang diketahui umum di dalam masyarakat yang dikuasai oleh kaum lelaki dikurun pertama masihi ini. Pada zaman ini wanita biasanya dinamakan berpandukan hubungannya dengan lelaki di dalam hidupnya, sama ada bapa, suami malah saudara lelakinya.
Maria ‘Magdalena’ adalah satu gelaran yang misteri pada era itu, manusia cuba menghuraikan maknanya, sebahagian mendakwa bahawa Maria mesti berasal dari tempat yang bernama ‘Magdala’, satu perkampungan nelayan di tepi pantai Galilee, sementara sebahagian yang lain berteori gelaran ‘Magdalena’ mempunyai erti yang simbolik.
Jadi, sekiranya Maria Magdalena bukanlah wanita murahan yang ‘berdosa’, maka siapakah Maria Magdalena ini?
Adalah jelas berpandukan dari Injil-Injil rasmi bahawa Maria Magdalena adalah wanita yang berstatus sosial tinggi dan kaya, lagipula Injil Lukas menyatakan bahawa Maria Magdalena yang membiayai Isa (a.s) dan para muridnya dengan hartanya. Kita juga tahu bahawa Maria Magdalena adalah pelayan Isa (a.s) yang paling berdedikasi, setia di samping Isa (a.s) di tiang penyaliban sehingga ke akhirnya. Maria Magdalenalah yang menguruskan jasad yang disalib itu untuk pengebumian dan beberapa hari kemudian Maria Magdalena adalah satu-satunya orang yang pertama menyaksikan Isa (a.s) hidup (semula).
Kali terakhir nama Maria Magdalena disebut di dalam Kitab Perjanjian Baru adalah ketika Isa (a.s) memberi arahan kepadanya:
‘Beliau (a.s) berkata: “pergilah kepada saudara-saudaraku dan katakanlah kepada mereka, bahawa sekarang aku akan pergi kepada Bapa-ku dan Bapamu, kepada Tuhan-Ku dan Tuhanmu”.
(Injil Yohanes 20:17)
Dan Maria Magdalena menurut apa yang di perintahkan oleh Isa (a.s):
‘Maria Magdalena pergi dan berkata kepada murid-murid: “Aku telah melihat Tuhan!” dan juga bahawa Dia yang mengatakan hal-hal itu kepadanya”.
(Injil Yohanes 20:18)
Kerana sebab inilah, Maria Magdalena digelar ‘Utusan kepada Para Utusan’ dan sudah pasti Maria Magdalena adalah satu ujian kepada mereka (Para Utusan Isa (a.s)).
Selama hampir dua ribu tahun, apa yang diketahui berkenaan Maria Magdalena adalah dari beberapa baris ayat yang terdapat di dalam Kitab Bible, namun pada tahun 1945, di sebuah bandar bernama Nag Hammadi, Mesir, seorang petani tempatan bersama saudaranya menemukan sebuah tembikar purba yang tertutup kemas, di dalamnya terdapat 12 kitab yang dibaluti dengan kulit, di antaranya terdapat injil-injil yang dihubungkan dengan nama-nama para murid Isa (a.s).
Kitab-kitab ini adalah ‘Injil-Injil Yang Hilang’ (The Lost Gospels) yang dikeluarkan dari Kitab Bible oleh Gereja Katholik dan sekiranya tidak kerana salinan yang terselamat ini, yang disembunyikan jauh di bumi Mesir maka kandungan injil-injil ini akan hilang buat selamanya.
Hanya baru-baru ini diterjemahkan, kitab-kitab ini yang juga dikenali sebagai Injil-Injil Gnostik, telah mengubah apa yang tahu tentang permulaan agama kristian dan hubungan di antara Maria Magdalena; dan Isa (a.s).
Maria Magdalena adalah sosok utama yang sangat menonjol di dalam Injil Gnostik. Kitab-kitab ini juga mendedahkan berkenaan ketegangan yang dinamik di antara Maria Magdalena dengan murid-murid lelaki Isa (a.s).
12 murid lelaki Isa (a.s) mencemburui hubungan intim Maria Magdalena dengan Nabi Isa (a.s), terutama kerana dia seorang wanita.
Di dalam Injil Thomas, disebutkan bahawa:
‘Simon Petrus berkata kepada mereka, “Maria harus meninggalkan kita, sebab perempuan-perempuan tidak layak menerima kehidupan”.
Isa (a.s) berkata, “Lihat, aku akan membimbingnya untuk menjadikannya laki-laki, sehingga dia juga dapat menjadi suatu roh yang menghidupkan, yang sama dengan kalian yang laki-laki. Sebab setiap perempuan yang menjadikan dirinya laki-laki, akan masuk ke dalam kerajaan syurga”.
(Injil Thomas 114)
Injil Filipus (Gospel of Philip) menyebutkan murid lelaki Isa (a.s) bertanya kepada Isa (a.s): “Mengapa engkau mengasihinya lebih dari engkau mengasihi kami semua?”
Sang penyelamat menjawab dan berkata kepada mereka, “Mengapa aku tidak mengasihi kalian seperti dirinya?. Jika seorang buta dan seorang celik keduanya berada di dalam kegelapan, mereka sama. Pada waktu terang datang, orang yang celik akan dapat melihat cahaya, dan orang yang buta akan tetap berada dalam kegelapan”.
(Injil Filipus 49)
Injil-Injil Sinoptik menggambarkan Maria Magdalena sebagai pengikut rapat Isa (a.s), akan tetapi Injil-Injil Gnostik sentiasa menggambarkan Maria Magdalena sebagai orang yang paling rapat dengan Isa (a.s) dan satu-satunya murid Isa (a.s) yang benar-benar memahami pesanan rohani (spiritual message) dari Isa (a.s).
Di dalam Kitab Pistis Sophia, Isa (a.s) memberitahu Maria Magdalena:
”Kamu adalah orang yang hatinya lebih terarah kepada Kerajaan Syurga, dibandingkan dengan saudara-saudaramu”.
(Pistis Sophia 26:17-20)
Pada ketika lain Isa (a.s) berkata:
“Selamat, wahai Maria. Engkau lebih diberkati dibandingkan semua perempuan lain di muka Bumi, kerana engkau akan menjadi kepenuhan dari segala kepenuhan dan kesempurnaan dari segala kesempurnaan”
Di dalam kitab yang sama, Isa (a.s) menyatakan secara terbuka kepada murid-muridnya:
“Kerana ini aku pernah mengatakannya kepada kamu sebelum ini, ke mana sahaja aku pergi, di situ jugalah 12 orang dutaku, namun Maria dan Yohanes, yang suci akan menjadi menara ke atas semua muridku; dan semua orang-orang terpilih yang akan menerima misteri yang tak tergambarkan; dan mereka berdua akan berada di kanan; dan kiriku, aku adalah mereka berdua; dan mereka berdua adalah aku”
Perkatan ‘magdal’ secara harfiahnya bermaksud ‘menara’ dan Magdalena biasanya diterjemahkan sebagai ‘Menara untuk Jemaah/Kumpulan’.
Itulah maqam atau kedudukkan Maria Magdalena sebagaimana yang dinyatakan oleh Isa (a.s).
Sebahagian informasi terpenting yang kita terima berkenaan Maria Magdalena muncul tanpa disangka-sangka. Pada tahun 1896, satu Naskah Kuno Papirus atau Papyrus Codex muncul di Pasar Barangan Antik, Kaherah, Mesir. Teks atau kitab kurun ke-5 masihi terjemahan dari kitab kurun ke-2 masihi dari bahasa greek bernama Injil Maria.
Injil Maria menceritakan, para murid lelaki Isa (a.s) takut dan bimbang untuk keluar untuk mengajarkan agama Isa (a.s), kerana memikirkan bahawa Isa (a.s) telah terbunuh, Maria Magdalena menenangkan para murid yang ketakutan itu dengan mengatakan bahawa berkah dari Isa (a.s) akan memayungi mereka ketika mereka mengajarkan injil, kemudian kitab itu juga mendedahkan bahawa Maria Magdalena adalah sumber wahyu-wahyu rahsia:
Petrus (Peter Simon) berkata kepada Maria magdalena, “Saudariku, kami tahu bahawa Sang Penyelamat menyayangimu lebih dari wanita lain. Ceritakan kepada kami apa yang Sang Penyelamat khabarkan kepadamu, kata-katanya, sebagaimana yang kamu ingati. Hanya kamu yang tahu berkenaannya sedangkan kami tidak kerana kami tidak pernah mendengarnya’.
Maria Magdalena menjawab, ‘Apa yang tersembunyi dari kamu aku akan singkapkan kepada kamu’
Maria Magdalena menceritakan kepada para murid Isa (a.s) bahawa beliau mendapat visi (rukyah) dari Isa (a.s) selepas peristiwa penyaliban, selepas beliau (a.s) menghilangkan diri.
‘Aku melihat Maula (a.s) di dalam satu visi, aku berkata, ‘Maula, hari ini aku melihatmu dalam visi’.
Beliau (a.s) menjawabnya dan memberitahuku, ‘Diberkahilah ke atasmu, kerana kamu tidak gementar apabila melihatku, di mana minda adalah satu kekayaan’
Maria Magdalena menceritakan visi Ilahiahnya dan menjelaskan tentang kesukaran-kesukaran yang mesti di atasi oleh roh untuk menyingkap sifat rohaniah sebenar yang membolehkannya naik ke tempat istirehat abadinya.
Apabila Maria Magdalena memberitahu kepada murid-murid Isa (a.s) tentang ajaran rahsia Isa (a.s), mereka mulai meragukan Maria Magdalena.
Andrew mengatakan bahawa dia tidak percayakan Maria Magdalena, menolak apa yang diucapkannya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik.
Manakala Peter (Simon) cemburu kepada Maria Magdalena dan berkata:
‘Adakah dia (Isa (a.s)) berbicara dengan wanita secara sulit tanpa pengetahuan kita dan adakah kita harus berpaling; dan mendengar kata-kata darinya (Maria Magdalena). Dan adakah dia (Isa (a.s)) memilihnya (Maria Magdalena) ke atas kita?
Maria Magdalena mempertahankan dirinya dengan mengatakan: “Saudaraku, Katakan apa yang ada difikiranmu, adakah kamu fikir yang aku mereka-reka cerita ini ataupun aku berdusta tentang Sang Penyelamat?”
Matthew (Matius) tampil membela Maria Magdalena dengan mengatakan: “Jika sekiranya Sang Penyelamat menjadikannya berharga, siapa kita untuk menolaknya? Pastilah Sang Penyelamat mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan kerana itulah beliau (a.s) menyayanginya lebih dari beliau (a.s) menyayangi kita”
(Injil Maria).
Injil Filipus mengulangi sentimen ini dan menyebut Maria Magdalena sebagai teman kepada Isa (a.s) dengan mengatakan:
‘…yang lebih disayangi oleh Sang Penyelamat lebih dari para murid lain dan yang beliau (a.s) selalu mencium mulutnya…”
(Injil Filipus)
Injil-Injil Gnostik menjadikan ianya jelas bahawa Maria Magdalena bukanlah seperti para murid Isa (a.s) yang lain, ia juga menggambarkan bahawa Maria Magdalena sebagai seorang yang berani di dalam menyebarkan ajaran Isa (a.s) di dunia yangmana wanita tidak mempunyai tempat di dalam kepimpinan, Maria Magdalena tetap tidak berganjak.
Maka adalah sesuatu yang aneh apabila selepas peristiwa penyaliban, Isa (a.s) mengarahkan para muridnya supaya keluar dan mencari murid dari semua negara (berdakwah kepada semua bangsa), Maria Magdalena sepatutnya berada di barisan hadapan, sebagaimana biasanya di sepanjang perjalanannya sebagai murid Isa (a.s)

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah