Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg Akhir)


MEKAH ATAU PETRA? -  TEMPAT KAABAH YANG SEBENAR 

BAHAGIAN AKHIR 

Al Qaim akan menghancurkan Masjidil Haram dan mengembalikannya kepada bentuk asalnya dan beliau a.s juga akan mengembalikan Masjid Nabi kepada bangunan aslinya dan akan mengembalikan Kaabah suci kepada tempat aslinya dan mendirikannya pada tapak asalnya.

Beliau a.s akan memotong tangan Bani Shaibah dan menggantung tangan itu pada Kaabah kerana mereka adalah para pencuri Kaabah.”
 (Ghaibat Tusi)

Semua ini bukanlah satu kebetulan, hal ini terjadi kerana urusan Muhammad dan Keluarga Muhammad telah terungkap pada saat ini.

Imam Ahmad Al Hasan, Wali dan Rasul dari Imam Mahdi dan Yamani yang dinantikan, menyentuh mengenai fakta ini lebih dari 10 tahun yang lalu di dalam kitabnya 'Kitab Tauhid' (Monotheisme).

Beliau (as) menekankan tentang pentingnya akan 'Batu':

“Maka Batu, atau Sang Penyelamat yang menghancurkan kuil kesesatan dan pemerintahan thaghut dan Syaitan di bumi ini dan yang mana di dalam masa pemerintahan beliau a.s, kebenaran dan keadilan akan menyebar di muka bumi ketika Akhir Zaman, dan beliau a.s datang di Irak sebagaimana jelas tertulis di dalam wahyu (Nabi) Daniel…

..dan beliau a.s adalah Al Qaim dari Keluarga Muhammad atau Mahdi Pertama yang datang di Akhir Zaman, sebagaimana telah diriwayatkan dari Rasulullah Muhammad dan keluarganya (as).”

Kaabah diketahui mempunyai 4 sudutnya sudut sebelah Timur atau sudut Iraq yang juga dikenali sebagai sudut Batu Hitam (Hajar Aswad).

Sudut sebelah utara dikenali sebagai sudut Al Syam.

Sebelah Barat dinamai sebagai sudut Al Maghribi.

Manakala sebelah selatan dikenali sebagai Sudut Yamani

Tetapi kaum Wahabi dan yang sejenis dengan mereka menamakan Sudut al Syam dengan nama Sudut Iraq dan mereka menyebutnya sebagai Sudut Iraq yang mana di dalamnya terdapat Batu Hitam, Sudut Batu Hitam.

Mereka memanggil sudut sebelah Barat sebagai Al Syam.

Manakala nama sudut Yamani tidak mengalami perubahan.

Dan inilah apa yang kaum Wahabi dan yang sejenis dengan mereka telah lakukan untuk menyesuaikan dengan kepentingan mereka sendiri dalam mengubah posisi Kaabah dan menyesatkan umat islam.

Sekiranya umat islam setelah wafatnya Nabi, merampas Khalifah Allah dan tidak mematuhi perintah Nabi untuk mengikuti keluarga baginda yang suci maka janganlah terkejut akan (kejahatan) apalagi yang mereka telah lakukan.

Diantara inovasi atau pengubahan ini ialah memperkenalkan sebuah kalendar yang berdasarkan pada kedudukan bulan yang dikenali sebagai Kalendar Hijriah. Kalendar ini yang mana sebagian umat islam meyebutnya sebagai Kalendar Lunar dan ianya dimulai dari masa Hijrahnya Nabi, adalah satu konsep yang direka yang tidak berasal dari Nabi Muhammad dan keluarganya

Terdapat banyak bukti-bukti mengenai perubahan di Kabah.

Kata-kata Imam Ahmad Al Hassan (as) tentu saja sebenarnya sudah cukup.

Satu pekara tentang Kota Petra Purba yang masih belum diketahui ialah mengenai asal-usul patung-patung berhala yang terdapat disitu.

Mengapa masyarakat di wilayah ini, khususnya suku Quraish, menghormati nama-nama para berhala ini?

Sehinggakan mereka menamakan keturunan mereka seperti nama-nama berhala itu, iaitu Abd Manaf, Abd Shams, dan Abd Al Uzza.

“Maka apakah patut kamu menganggap Al-Lata dan Al-Uzza dan Manat yang ke tiga, yang paling terkemudian.” 
{ QS 53:19-20}

Kebenarannya tentang berhala-berhala yang ada di Petra adalah bahawa mereka sebenarnya adalah para Nabi dan Rasul dari generasi terdahulu.

Kaum yang kepadanya mereka diutuskan pada akhirnya mempertuhankan mereka dan menyembah mereka sebagai tuhan-tuhan.

Pada saat ini nama-nama Allah juga dipakai oleh sebagian besar populasi umat islam.

Sebelum Islam, masyarakat akan menamai anak-anak mereka sebagai pelayan Sham (Abd Sham) dan Pelayan al-Uzza (Abd al-Uzza), sebagai contohnya.

Demikian pula seperti yang terjadi saat ini, umat islam menamai keturunan mereka sebagai Pelayan Allah atau Pelayan al-Rahman

Katakanlah, ‘Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaa-ul husna (nama-nama yang terbaik).” 
{ QS 17:110}

Apa yang umat islam lakukan hari ini tidak berbeza dengan apa yang suku kuno Quraish lakukan sebelum kemunculan Nabi (sawas).

Hal ini tidaklah bermakna bahwa Islam adalah agama musyrik (penyembah berhala) .

Agama Tauhid yang sebenar ialah mengetahui Utusan yang diutuskan di setiap zaman.

Bagi suku Quraish, rasulnya adalah Nabi suci Muhammad (sawas).

Kewujudan berhala-berhala di Petra hanyalah menyokong fakta bahawa Petralah yang merupakan tempat sebenar atau asli Kaabah.

Baitullah dan Batu (Hajarul Aswad) yang ada padanya melambangkan sebuah hal yang besar yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Pertempuran antara kekuatan yang baik dan jahat adalah pertempuran yang terjadi semenjak dahulu kala lagi.

Ahlul Bait (as) melawan makhluk-makhluk terjahat. Kita dapat melihatnya melalui sejarah Islam. Hak-hak mereka dirampas. Mereka dibantai dan agama yang pertama kali didirikan oleh Muhammad telah dirampas oleh para penjenayah yang ada pada hari ini yang mana diantaranya adalah ulama sesat, Al Saud yang menjijikan dan tak bermoral pemerintahan thaghut dan terkutuk Abbasiyah yang didukung oleh Dajjal Besar Amerika.

Oleh kerana itu telah dinubuatkan:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali sebagai sesuatu yang asing maka berikan khabar gembira bagi orang-orang asing.” 
(Sahih Muslim 1/130)

Melalui kabus kegelapan, Allah akan menyuluhkan cahaya-Nya dan mewujudkan kebenaran. Dan bagi musuh-musuh Allah mereka membuka jalan untuk ahli warisnya sekalipun sekiranya mereka tidak menyukainya.

Melalui pengorbanan Al Hussein (as)lah maka Islam tetap berdiri dan pengorbanannya adalah contoh utama untuk mengajarkan tentang kemanusiaan.

Apa yang harus dipertaruhkan untuk menegakkan kebenaran dan hal ini adalah kunci untuk memahami mengapa para Nabi dan Rasul semenjak dari Adam (as) tetap bertahan dalam menanggung pelbagai pembunuhan dan penderitaan kerana Allah.

Dan ini juga yang menjadi alasan mengapa Ibrahim diuji dengan harus mengorbankan puteranya Ismail sementara penganut agama Hanif akan mengorbankan putera pertama mereka dan pembangunan Kaabah oleh Ibrahim dan Ismail ditujukan untuk mengingat Allah dan mengingatkan ciptaan-Nya akan Wasiat dan Perjanjian yang diambil ke atas mereka

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah beserta Ismail, (seraya berdo'a):

'Ya Rabb-kami terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’ 
{QS 2:127}

Wasiat dan Perjanjian yang menjadi asas Baitullah telah terwakili dalam kata-kata suci Nabi Muhammad sawas.

Di dalamnya, disebutkan tentang penerus Nabi, mulai dari Imam Ali sampai kepada Imam Mahdi (as).

Penerus kepada Imam Mahdi telah muncul dan hidup hari ini dan mereka adalah Abdullah, Ahmad, dan yang ketiga adalah Al Mahdi.

Tanpa mengenali petunjuk Allah, kita tidak akan mengenali Muhammad dan apabila kita tidak mengenali Muhammad maka kita tidak akan mengenali Allah.

Tanpa mereka, kemanusiaan akan hilang dan dengan kehadiran mereka, umat manusia melangkah maju untuk semakin mendekati cahaya dari tempat kegelapan.

Dan semua ini adalah penyelewengan yang lebih besar daripada penyelewengan agama.

Sebuah agama yang dibangunkan atas inovasi dan kebohongan adalah Islam yang ada sekarang ini dan satu-satunya cara bagi manusia untuk menyelamatkan dirinya dari penyelewengan ini adalah dengan melangkah maju mendekati Tuhan dengan hatinya.

Allah di dalam Al Quran hanya meminta satu hal kepada ciptaan-Nya:

“Aku tidak meminta kepadamu, sesuatu upahpun atas seruanku, kecuali kasih sayang bagi keluarga yang dekat denganKu.” 
{QS 42:23}

Ini berarti cinta kepada Ahlul Bayt, Muhammad dan keluarga beliau yang suci (as).

Untuk mencintai mereka, kamu harus mengenali mereka dan satu-satunya cara untuk mengenali mereka adalah dengan menemukan mereka, kerana mereka hadir di dalam setiap waktu dan zaman

Dan inilah sebabnya mengapa ketika melakukan ibadah haji terutama ketika mengelilingi Kaabah umat islam menyebutkan:

“Aku datang ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu.

Kusambut panggilan-Mu, dan tiada sekutu bagi-Mu.

Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah milikMu tiada sekutu bagi-Mu.”

Dan Al Quran menggambarkan Nabi Ibrahim (as) sebagai pengikut (syiah) yang sebenar dan pecinta Ahlul Bait (as):

“Dan sesungguhnya, Ibrahim benar-benar termasuk syiahnya.” 
{QS 37:83}

Siapapun yang melakukan ibadah haji hari ini, pertamanya harus bertanya kepada diri mereka sendiri:

Apakah saya telah berpedoman kepada Muhammad dan keluarganya?

Apakah saya mempercayai Utusan yang Allah telah pilih untuk hari dan zaman ini?

Dan sekiranya dia menjawab dengan benar maka ia akan mendapati bahawa Sahabat bagi Kata-Kata Suci (Muhammad dan keluarganya) adalah selayaknya di baiat.

Jadi mengapa harus bimbang apakah doa dan ibadah hajimu akan diterima jika kamu tidak percaya kepada Allah dan RasulNya?

Dan kemanapun kamu berkiblat atau apabila kamu telah melakukan haji di Kaabah di Hijaz, 
ketahuilah bahwa Allah menerima semua niat dari orang-orang mukmin yang tulus yang telah menerima Wilayah Ahlul Bait (as).

Dan bagi mereka yang bertanya tentang apakah harus atau tidak untuk menunaikan haji di Hijaz..

Maka lebih baik wangnya diberikan kepada orang-orang miskin kerana mereka lebih patut untuk ditolong daripada membayar biaya menunaikan haji kepada musuh-musuh Ahlul Bait.

Dan bagi kita, kita sudah berbaiat kepada Imam Ahmad Al Hassan (as) dan Sahabat Kata-kata Suci.

Wahai orang-orang beriman, hari-hari ini adalah hari-hari berhaji maka semoga Allah memberkati ibadah hajimu; sama saja samada kamu pergi ke Kaabah atau di hanya rumah sahaja kerana kamu semua adalah penziarah walaupun kamu ada di dalam rumahmu kerana Baitullah ada di dalam hatimu.

Sesungguhnya, Allah telah mewajibkan berhaji ke atas manusia supaya mereka memberikan baiat dan dukungannya kepada Al Qaim dari keluarga Muhammad.

Jadi, bagi mereka yang berpaling dari Al Qaim dari Keluarga Muhammad, lalu kepada siapakah mereka memberikan baiat dan dukungannya?

Aku katakan kebenarannya kepada kalian semua, mereka semua itu mati, tidak hidup, dan tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan.

Dan kaum Jahiliyah juga melakukan haji dan doa mereka di Baitullah tidak lain hanyalah berupa siulan dan tepuk tangan.

Oleh kerana itu (dikatakan kepada mereka)

“Rasakanlah siksaan (Allah) untuk apa yang kamu tidak percayai.” 

(Imam Ahmad Al Hassan as. Wali dan Rasul dari Imam Mahdi dan Yamani yang Dijanjikan)

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah