Kehilangan Maria Magdalena-(Bab 2)



Namun mengikut sejarah Maria Magdalena hilang secara misteri. Tiada sebarang jejak Maria Magdalena di dalam Kitab Perjanjian Baru yang mencatatkan rentetan-rentetan peristiwa yang terjadi pada agama baru di tahun-tahun awal selepas pemergian Isa (a.s)
Semua apa yang kita tahu berkenaan Maria Magdalena di tahun-tahun kemudian adalah sepenuhnya berdasarkan lagenda apabila agama kristian mula berkembang dan orang ramai mula ingin tahu berkenaan sosok Maria Magdalena.
Cerita-cerita berkenaan kehidupan Maria Magdalena selepas peristiwa penyaliban wujud di semua daerah dan di dalam semua bahasa di mana kristian bertapak.
Maria Magdalena menjadi subjek nyanyian puji-pujian, puisi-puisi dan tulisan-tulisan dari gereja-gereja sama ada di timur atau di barat.
Akan tetapi, minat masyarakat kepada kisah hidup Maria Magdalena paling subur adalah pada era Zaman Pertengahan.
Pada kurun ke-13 Masihi, seorang lelaki bernama Jacobus de Varagine menulis ringkasan kisah-kisah hidup para santo bertajuk ‘Lagenda Keemasan’ (The Golden Legend) yang mana ia mengandungi kisah Maria Magdalena pada tahun-tahun selepas peristiwa penyaliban yang kemudiannya menjadi masyhur.
Tahun-kemudiannya, kitab ‘Lagenda Keemasan’ ini dianggap salah satu kitab klasik agama katholik.
Mengikut lagenda, empat belas tahun selepas peristiwa penyaliban Maria Magdalena bersama-sama dengan
Martha, Lazarus dan beberapa orang lagi santo-santo gereja awal yang lain telah disumbat oleh kaum kafir ke dalam kapal tanpa kemudi; dan dihanyutkan ke laut dengan harapan mereka semua akan tengelam; dan lemas sekaligus, namun kapal tersebut dipandu oleh kuasa Tuhan; dan mendarat dengan selamat di pantai
Marseilles, di selatan Perancis.
Mengikut lagenda:
“Santa Maria Magdalena, kerana keinginannya untuk hidup bertafakur kepada Tuhan, mengasingkan diri di gua yang mana tangan-tangan para malaikat tersedia untuknya dan beliau tinggal di dalamnya selama tiga puluh tahun tanpa diketahui oleh sesiapa”
(Lagenda Keemasan)
Hari ini, Basilika di Selatan Perancis mendakwa menyimpan relik tengkorak Maria Magdalena.
Akan tetapi, tidakkah ini semua agak aneh dan pengakhiran yang berlawanan dengan sifat sejati Maria Magdalena?
Ini adalah Maria Magdalena, wanita yang sentiasa berada di barisan hadapan bersama-sama Isa (a.s).
Utusan kepada Para Utusan, wanita yang mendesak para murid Isa (a.s) supaya maju ke depan mengajarkan agama Isa (a.s) di depan para penindas.
Sanggupkah beliau berpaling dari semua yang beliau ajarkan dan bersembunyi di dalam gua selama tiga dekad?
Kelihatan kisah ini seperti satu rekaan bagi menjelaskan berkenaan fakta bahawa Maria Magdalena ghaib dari Jerusalem dan hilang dari sejarah.
Mungkin beliau mengambil peranan Tuannya.
Mengikut Injil Lukas, Isa (a.s) pernah berkata:
”Sesungguhnya aku katakan kepada kalian, Tiada seorang nabi yang diterima di kampung halamannya”
(Injil Lukas 4:24)
Dan di dalam Kitab Gnostik, Wahyu Pertama Yakobus (First Apocalypse of James), Isa (a.s) menasihatkan para muridnya:
“Tinggalkan Jerusalem, kerana ia sering memberi minuman kepahitan kepada anak cahaya”
(Kitab Wahyu Pertama Yokubus)
Bayangkan dunia dikurun pertama masihi, satu dunia tanpa pengenalan diri, bebas dari sistem yang menjejak pergerakkan manusia, di dalam dunia yang sebegitu adalah mudah untuk meninggalkan bandar dan mengambil identiti baru.
Katakan kamu inginkan supaya orang ramai tidak dapat menjejaki kamu, maka apa yang kamu perlu lakukan adalah menukarkan namamu, mungkin kamu menggunakan nama yang berlainan pada setiap bandar, mungkin inilah yang dilakukan oleh Isa (a.s) untuk keluar dari Jerusalem dan hilang dari catatan sejarah.
Beberapa tahun yang lalu ketika Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) masuk ke keghaibanya, beliau (a.s) tidak menghentikan dakwah seruannya kepada Imam Mahdi (a.s), beliau (a.s) tetap mendatangi orang ramai, berbicara dengan mereka dan menerangkan kepada mereka tentang dakwah, kemudian pergi tanpa mereka mengetahui identiti sebenar beliau (a.s).
Bagaimana sekiranya Isa (a.s) mengajarkan agama Al-Masih di sepanjang perjalanannya dan memperkenalkan dirinya sebagai murid kepada Isa (a.s)?
Malah, terdapat satu kisah khusus tentang seorang murid Isa (a.s) yang kurang dikenali dan patut kita teliti, sebelum ini kita telah menjelajahi perjalanan 12 para murid Isa (a.s) jauh ke penjuru dunia, di sepanjang perjalanan itu ramai para murid Isa (a.s) yang terbunuh sebagai syahid.
Mereka menanam benih-benih agama di dunia namun mereka tidak berjaya mengkristiankan ramai orang-yang berpengaruh dan mereka juga gagal untuk mempengaruhi jumlah ramai manusia untuk beriman sehinggalah seorang lelaki misteri yang menyebut dirinya sebagai Utusan Isa (a.s) muncul dan mengkristian seluruh kerajaan….
Sejarawan Eusebius dari Caesarea mencatatkan satu kisah di dalam kitabnya, ‘Sejarah Gerejawi’ (Ecclesiastical
History) bahawa di masa kerasulan Isa (a.s), disatu wilayah bertempat di antara sungai Dajlah (Tigris) dan Eufrat (Euphrates) terdapat seorang raja bernama Abgar.
Raja Abgar mengidap penyakit yang teruk. Apabila dia mendengar cerita tentang kehebatan dan kemampuan Isa (a.s) di dalam menyembuhkan sebarang penyakit, maka dengan harapan agar Isa (a.s) dapat menyembuhkannya telah menghantar surat kepada Isa (a.s) yang menyatakan:
“Dari Abgar Ouchama kepada Isa, Tabib yang baik yang telah muncul di negara Yerusalem, salam:
“Aku telah mendengar berita tentangmu, dan penyembuhanmu; bahawa engkau tidak menggunakan ubat-ubatan atau herba, tetapi dengan kalimatmu, membuka (mata) yang buta dapat melihat, membuat yang lumpuh dapat berjalan, menyembuhkan lepra, membuat yang tuli dapat mendengar; yang dengan kalimatmu (juga) engkau menyembuhkan roh yang (sakit) dan mereka yang dirasuk oleh iblis yang gila; dan menghidupkan semula orang yang mati. Dan dari keajaiban yang engkau persembahkan, maka bagiku engkau adalah satu dari dua hal ini, sama ada engkau Tuhan yang turun dari syurga, atau engkau merupakan anak Tuhan, yang dapat memulihkan semua ini. Kerana itu aku menulis kepadamu dan berdoa agar engkau datang kepadaku, yang memujamu, dapat menyembuhkan seluruh penyakit yang kuderita, sesuai dengan keyakinan yang kumiliki. Aku juga tahu bahawa bangsa Yahudi menentang dan menganiayamu, bahawa mereka berusaha untuk menyalibmu dan menghancurkanmu. Aku hanya memiliki sebuah kota kecil, tetapi indah dan cukup besar bagi kita berdua untuk hidup di dalam damai”.
Isa (a.s) membalas surat tersebut dengan menyatakan:
“Diberkatilah kamu kerana beriman denganku tanpa melihatku. Kerana telah tertulis buatku bahawa mereka-mereka yang melihatku tidak akan beriman denganku dan mereka-mereka yang tidak melihatku akan beriman; dan diselamatkan. Manakala berkenaan apa yang kamu katakan bahawa aku harus datang kepadamu, adalah satu kemestian buatku untuk menunaikan tugasku di sini, kerana untuk itulah aku diutuskan. Dan selepas aku menunaikannya, maka aku akan dibawa kepada-Nya yang mengutuskanku, namun selepas itu aku akan mengutuskan kepadamu seorang dari muridku dan dia akan mengubati penyakitmu; dan memberikan kehidupan buatmu; dan milikmu”
Mengikut Eusebius, salah seorang dari 12 Utusan Isa (a.s), Thomas menghantar seorang lelaki bernama Thadeus iaitu salah seorang dari 70 murid Isa (a.s) bagi menunaikan janji Isa (a.s).
Apabila Thadeus muncul di depan Raja Abgar, raja melihat satu visi atau bayangan yang hebat, iaitu wajah Utusan Isa (a.s) berubah kepada cahaya yang terang, serentak dengan itu Raja Abgar sujud di depan Thadeus yang kemudian meletakkan tangannya ke atas Raja Abgar lalu menyembuhkannya.
Raja Abgar beriman dengan Isa (a.s) dan mengarahkan seluruh penduduk kota berkumpul; dan mendengar khutbah dari Thadeus; dan selepas itu Raja mengarahkan supaya emas; dan perak diberikan kepada Thadeus namun Thadeus menolaknya dengan mengatakan ‘jika kami mengabaikan apa yang memang milik kami bagaimana mungkin kami mengambil kepunyaan orang lain’.
Para sejarawan sepakat mengatakan bahawa Raja di dalam kisah ini adalah Raja Abgar ke-9 dan di bawah pemerintahannya kristian menjadi agama rasmi Edessa.
Beberapa aspek dari kisah ini begitu aneh, pertama sekali, ini adalah satu-satu surat-menyurat yang dilakukan oleh Isa (a.s) yang tercatat di dalam sejarah kerana kita tahu bahawa tiada surat-menyurat antara Isa (a.s) dengan Raja negara lain yang meminta beliau (a.s) datang ke negaranya.
Yang kedua harus disebut ialah identiti Utusan Isa (a.s) yang tiba-tiba muncul dan melakukan mukjizat. Beliau menyebut bahawa dirinya adalah murid Isa (a.s).
Maka dari itu sejarah menyimpulkan beliau mestilah salah seorang dari 70 Utusan Isa (a.s).
Namun, siapakah sebenarnya beliau?
Tidak terdapat sebarang kata sepakat tentang kehidupan dan kewafatan Thadeus dari Edessa ataupun kewujudannya di dalam Riwayat-Riwayat Kristian Timur.
Thadeus dilahirkan sebagai seorang yahudi di Edessa pada masa itu adalah Kota bagi orang-orang Syria. Beliau datang ke Yerusalem untuk mengikuti Nabi Yahya (a.s) dan kemudian bertemu dengan Isa; (a.s) dan dipilih menjadi salah seorang dari 70 murid Isa (a.s) yang menyebarkan ajaran Isa (a.s)
Thadeus adalah nama versi Greek bagi Addaí dan beliau dikenali dengan kedua-dua nama tersebut dikalangan penganut Orthodok Timur.
Addaí juga mempunyai murid bernama Santo Aggai dan Santa Mari, yang mana keduanya berpegang kepada beliau sebagai pembimbing spiritual.
Di dalam tradisi Roman Katholik, Addaí dan Mari dianggap sebagai patron (pelindung) bagi orang-orang Farsi dan Syria.
Santa Mari dipercayai menjalankan kerja-kerja misionari di sekitar Nineveh, Nisibis dan sepanjang sungai Eufrat di bumi Iraq hari ini.
Maka di sini terdapat tiga individu misteri yang semuanya berkait dengan kisah tersebut.
Thomas Thaddeus, Addaí dan Mari.
Mengikut lagenda, ketiga-tiga orang tersebut adalah murid kepada Isa (a.s) namun di sinilah kisah ini menjadi semakin menarik kerana sejarah juga mencatatkan bahawa tiga nama tersebut sebagai murid kepada seorang nabi yang lain.
Mengikut tradisi Kristian Asia Timur, terdapat tiga orang murid bernama Thomas, Addas dan Mari atau Maradi, yang menyebarkan seruan Nabi Mani (a.s). Malah tiga murid Mani ini disebut di dalam pelbagai tradisi (riwayat-riwayat) yang berasal dari pelbagai tempat.
Tiga orang ini dikenali sebagai murid terawal Mani yang menyebarkan seruannya ke seluruh dunia.
Apa yang menariknya ialah wilayah perjalanan yang dilalui oleh murid-murid Mani Thomas, Addas dan Mari adalah sama dengan wilayah yang dilalui oleh murid-murid Isa (a.s) iaitu Thomas, Addaí dan Mari.
Namun terdapat satu masalah yang mencolok, mengikut kisah rasmi, Mani hidup beberapa generasi selepas Isa (a.s). Jadi bagaimana mungkin mereka boleh berkongsi era yang sama?
Ini benar-benar tidak masuk akal kecuali kalau kita mempertimbangkan kata-kata Imam Ahmad Al-Hassan (a.s).
Imam (a.s) mendedahkan bahawa kita bukan sebenarnya hidup di tahun ke 2019 selepas kelahiran Isa (a.s).
Malah Gereja Roman Katholik baru-baru ini tampil mengakui bahawa tahun kelahiran Al-Masih telah tersilap catatan. Beliau (a.s) berkemungkinan besar lahir setahun sebelum era pertukaran dari BC ke AD (Sebelum Masihi ke Selepas Masihi) di dalam kalendar yang menyebabkan kehilangan tempoh setahun dan akibatnya kebanyakkan catatan sejarah menjadi tidak lagi tepat.
Para sejarawan sepakat bahawa Raja Abgar di dalam kisah tersebut adalah Raja Abgar ke-9 yang memerintah dari tahun 179 hingga ke tahun 214 masihi, tetapi seluruh rentetan kisah tersebut meletakkan Raja Abgar sezaman dengan Isa (a.s), malah beliau menulis surat kepada Isa (a.s) dan menerima balasan dari Isa (a.s).
Perunjuk lain berkaitan ketidaktepatan waktu boleh dilihat dari catatan-catatan sejarah, pada kurun ke-4 masihi, seorang penjejak bida’ah bernama Cyril dari Jerusalem mengutarakan penolakkannya terhadap Injil Gnostik Thomas dengan mengatakan:
“Jangan ada yang membaca Injil Thomas, kerana ia bukan datang dari salah seorang 12 Utusan Isa (a.s) tapi dari salah seorang dari tiga murid licik Mani”
Namun begitu, sejarawan sepakat bahawa pecahan-pecahan di dalam bahasa greek Injil Thomas ditulis sekitar antara tahun 40 hingga ke tahun 140 masihi.
Bagaimana mungkin ia ditulis oleh para murid Mani jika Mani belum dilahirkan sehinggalah ke tahun 216 masihi?
Cyril sebagai seorang sarjana gereja pastilah menyedari fakta-fakta ini, maka dari itu adalah munasabah bahawa Mani hidup lebih awal dari apa yang kita fikirkan.
Apa lagi yang kita tahu berkenaan Nabi Mani (a.s)?
Beliau lahir di tebing timur Sungai Dajlah di dalam negara yang hari ini kita kenali sebagai Iraq, tidak berapa jauh dari Edessa.
Gurunya, kembaran rohaninya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah Isa Al-Masih (a.s).
Dari apa yang kita tahu sekarang, maka satu persoalan baru timbul, adakah mungkin yang Isa (a.s) muncul kepada Mani bukan hanya di dalam bentuk spiritual, tapi juga di dalam bentuk fizikal?
Apa rahsia lain yang masih tinggal berkenaan kehidupan Nabi Mani (a.s)?
Mungkin sebahagian darinya tersembunyi di depan mata.
Apa yang perlu ialah hanya dengan meneliti untuk mengetahui nama ibu kepada Mani. Nama yang cukup biasa kita dengar.
Mengikut sejarah, nama ibu Mani adalah Marion atau Mari.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah