Tanda Lahir dan Deja Vu - VIDEO


Setiap orang dilahirkan ke dunia ini di dalam 'bekas' yang unik, iaitu tubuh fizikal dengan serangkaian sifat-sifat tertentu.

Bermula dari warna bola mata hinggalah kepada bentuk hidung. Kita mengenali diri kita dengan beberapa bentuk fizikal yang perbezaannya adalah menonjol.

Satu dari yang perkara yang paling membezakan dan amat misteri ialah tanda lahir. Satu tanda yang unik yang merupakan penebalan warna kulit yang sering terlihat ketika lahir. Walaupun mungkin bentuknya adalah kecil, namun tanda-tanda ini mungkin dapat mengungkapkan sesuatu yang lebih banyak lagi tentang apa yang ada disebalik tanda lahir tersebut.

Para peneliti dibidang reinkarnasi percaya bahawa tanda lahir memberikan satu bukti menarik tentang kehidupan yang terdahulu.

Tanda lahir dihubungkan dengan 'minda' roh yang walaupun terpisah dari tubuh fizikal, tetapi menyimpan dan membawa informasi yang kemudiannya 'tertanam' dan membekas pada inkarnasi yang berikutnya.

Di dalam banyak kejadian, perkara ini menyebabkan terbentuknya tanda lahir yang bersesuaian dengan pengalaman-pengalaman kehidupan yang terdahulu, contohnya trauma fizikal.

Ini bukanlah teori yang keterlaluan.

Kenyataannya, terdapat segunung bukti berkenaan tanda lahir reinkarnasi.

Informasi baru datang dari pelbagai bidang penelitian ilmiah, seperti epigenetik, kuantum fizik dan kajian alam sedar.

Semua ini menyatakan bahawa kewujudan setiap manusia adalah merupakan satu 'tenaga' (energy) dan bahawa 'tenaga' ini tetap hidup bahkan setelah manusia mati.

Bukankah hukum pertama termodinamik atau Hukum Kekekalan Tenaga menyatakan
bahawa tenaga tidak dapat diciptakan atau dimusnahkan.

Tenaga hanya dapat diubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Doktor Lan Stevenson mempelajari hubungan antara reinkarnasi dan biologi selama lebih dari 40 tahun. Doktor Stevenson menemukan bahawa kanak-kanak yang mengingati  kematiannya yang dramatik dikehidupan  terdahulu biasanya lahir dengan tanda-tanda pada bahagian tubuh yang mengalami trauma.

Beliau membandingkan tanda lahir dan kesan luka pada kanak-kanak tersebut dengan laporan autopsi dari orang yang kanak-kanak tersebut dakwa sebagai dirinya pada kehidupan sebelumnya.

Apa yang beliau temukan sungguh mengagumkan. 80% kes menunjukkan hubungkait di antara luka yang membawa kematian dengan tanda lahir yang ada pada si kanak-kanak tersebut.

Satu contohnya adalah berkenaan seorang kanak-kanak lelaki di India yang bernama Maha Ram.

Ram dapat mengingati bahawa dia dibunuh pada kehidupannya terdahulu oleh tembakan senjata di falam jarak dekat. Ingatannya begitu terperinci sehingga Stevenson berjaya menemukan laporan autopsi yang hampir kesemuanya tepat dengan semua yang diceritakan oleh Ram.

Tanda lahir Ram di dada benar-benar tepat dengan luka tembakan pada lelaki yang dia dakwa sebagai dirinya dikehidupan sebelumnya.

Kes traumatik lainnya ialah berkenaan
seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Timur Tengah yang dilahirkan dengan tanda luka berupa seperti lingkaran di sekeliling lehernya. Kanak-kanak ini mengingati bahawa 2 orang bapa saudaranya memenggal lehernya untuk mendapatkan harta warisannya.

Pada satu kes yang lain pula, seorang kanak-kanak lelaki dilahirkan di Turki dengan telinga kanan yang cacat. Kanak-kanak ini mengingati bahawa dia telah ditembak di dalam jarak dekat di sisi yang sama pada kepalanya dan terbunuh.

Jadi adalah masuk akal untuk mengatakan bahawa tanda lahir yang tidak dapat dijelaskan ini adalah sebaliknya menyediakan satu petunjuk visual ke masa lalu.

Namun kadang-kadang masa lalu mengungkapkan dirinya sendiri melalui perasaan.

Pernahkan kamu sewaktu sedang menjalani hari-hari dan semuanya kelihatannya baik-baik sahaja, tetapi kemudian tiba-tiba kamu dilanda oleh perasaan yang ganjil, satu rasa takut yang tidak asing.

Kamu merasa seperti sudah pernah berada di situ sebelumnya.

Kamu pernah berada di dalam saat seperti itu namun kamu tidak dapat mengingati bilakah semua itu terjadi.

Pada suatu masa di dalam kehidupan, kebanyakan dari kita mengalami fenomena ini yang dikenal sebagai Déjà vu.

Tetapi, apa maksudnya?

Apa yang perasaan ini cuba sampaikan kepada kita dan yang lebih penting lagi, apakah kita menyedarinya?

Bagaimana sebenarnya Déjà vu bekerja: masih tetap menjadi misteri, kerana sifatnya yang sekejap dan tak dapat dijangka yang membuatnya sukar untuk dipelajari.

Tetapi para ilmuwan saat ini telah mulai mengungkapkan apa yang terjadi kepada otak manusia ketika perasaan takut yang ngeri ini terjadi.

Telah lama dipercayai bahawa Déjà vu secara ringkasnya adalah otak yang menghasilkan memori yang salah, tetapi bukti-bukti memberitahu kita tentang cerita yang sangat berbeza.

Hasil imbasan pertama pada otak untuk fenomena ini mengungkapkan bahawa Déjà vu adalah tanda bahawa otak kita sedang memeriksa kembali memorinya.

.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah