Rahsia Menterbalikkan Usia

Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjelaskan tentang identiti sosok misteri lelaki hijau (Al-Khidir) dan beliau tidak lain; dan tidak bukan adalah Nabi Jeremiah (a.s); dan tiada yang disebutkan tentang kewafatan Nabi Jeremiah di dalam Kitab
Bible.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menjelaskan bahawa binaan Piramid Giza yang agung tersimpan di dasarnya suatu bukaan (ruang). Bukaan yang mana jika sesuatu diletakan di dalamnya, ia akan kembali kepada bentuk primalnya. Jika kamu meletakkan seekor ayam hidup di ruangan tersebut, ia (ayam tersebut) akan kembali menjadi telur. Sekiranya seorang manusia masuk ke dalamnya di dalam keadaan kudung lengannya, dia akan kembali sempurna sepertimana sebelum kecacatannya. Yang sakit akan sembuh dan yang tua akan kembali muda.
Melalui pembukaan rahsia-rahsia oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), manusia akan boleh memanfaatkan sepenuhnya kapasiti piramid-piramid tersebut. Beliau (a.s) akan mengajar manusia menggunakan dengan efisyen akan tenaga yang berada di sekeliling bumi kita. Dengan bantuan ilmu beliau (a.s), piramid-piramid akan digunakan bagi membalikkan proses usia dan merancakkan pertumbuhan. Memahami kuasa tenaga disalurkan adalah kunci kepada menterbalikkan usia dan merancakkan pertumbuhan.
Imam ke 12, Imam Muhammad Al-Hassan Askari (a.s) terpaksa berada di dalam keghaiban selama lebih 1200 tahun yang lalu apabila nyawa beliau (a.s) terancam oleh regim pemerintahan pada zaman beliau (a.s).
Untuk jangkamasa tersebut, beliau (a.s) terus hidup dan bernafas kerana kemampuan beliau (a.s) mengawal proses penuaan jasad tubuh beliau (a.s).
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendedahkan bahawa terdapat satu bahagian di otak kita yang boleh menterbalikkan usia. Setiap manusia dimamah usia secara semulajadi, namun sekiranya ia mampu membuka atau menyentuh bahagian tertentu di otaknya ia akan menjadikannya muda kembali. Inilah rahsianya bagaimana Imam Muhammad Al-Hassan Askari (a.s) mampu hidup sebegitu lama.

Comments

Popular posts from this blog

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 2)

Lokasi Kaabah yang Sebenar (Bhg 1)

Seruan Kebangkitan: Panji Hitam yang dijanjikan

​Panji Hitam

Bab 7 : Kematian Raja Abdullah