Kehilangan Maria Magdalena-(Bab 2)
Namun mengikut sejarah Maria Magdalena hilang secara misteri. Tiada sebarang jejak Maria Magdalena di dalam Kitab Perjanjian Baru yang mencatatkan rentetan-rentetan peristiwa yang terjadi pada agama baru di tahun-tahun awal selepas pemergian Isa (a.s) Semua apa yang kita tahu berkenaan Maria Magdalena di tahun-tahun kemudian adalah sepenuhnya berdasarkan lagenda apabila agama kristian mula berkembang dan orang ramai mula ingin tahu berkenaan sosok Maria Magdalena. Cerita-cerita berkenaan kehidupan Maria Magdalena selepas peristiwa penyaliban wujud di semua daerah dan di dalam semua bahasa di mana kristian bertapak. Maria Magdalena menjadi subjek nyanyian puji-pujian, puisi-puisi dan tulisan-tulisan dari gereja-gereja sama ada di timur atau di barat. Akan tetapi, minat masyarakat kepada kisah hidup Maria Magdalena paling subur adalah pada era Zaman Pertengahan. Pada kurun ke-13 Masihi, seorang lelaki bernama Jacobus de Varagine menulis ringkasan kisah-kisah hidup para s